Thursday, August 30, 2012

Tip Merancang Kehamilan



Anak adalah satu anugerah yang cukup bernilai buat pasangan suami isteri. Kita hanya mampu merancang, segalanya aturan di tangan Nya. Masalah sukar hamil dengan cepat kadang-kadang memberi satu tekanan besar pada pasangan suami isteri apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap kali bertanya soalan yang sama. "Stress juga boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk dapatkan zuriat. Dalam kebanyakan masalah, hanya perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dan dapatkan zuriat dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, 11 perkongsian tip untuk kehamilan yang boleh diamalkan untuk meningkatkan kesuburan dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

1- Fahami Bagaimana Kehamilan Terjadi
Jika putaran haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan memahami mengapa wanita gagal hamil.

2- Jumpa Doktor Anda
Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat pemeriksaan dari doktor. Masalah Cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala, sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan diberikan bagi mengelak masalah kesukaran untuk hamil. sekiranya haid anda teratur dan sudah cuba setahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sprema dan HSG (hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopia anda tidak tersumbat.

3- Dapatkan Berat Badan Yang Ideal.
Sekiranya anda mempunyai berat badan yang teralu besar atau terlalu kurus, ia mungkin sedikit sebanyak memberi kesan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4- Ketahui Hari Subur Anda
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikira dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT (suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan.

5- Hubungan Seks Yang Lebih Kerap
Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur digalakan setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position) Posisi ini mungkin terbaik untuk memastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau biarkan zakar suami berada di dalam faraj selama 15minit selepas ejakulasi.

6- Tingkatkan Kesuburan Suami
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, sebaiknya anda bawa berbincang dengan doktor.

7- Mengambil Multivitamin
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8- Bersenam Secara Rutin
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara menyeluruh dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9- Pengambilan Makanan Seimbang
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda memgalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab dan punca mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan kitaran haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

  • Amalkan makanan berlemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat dalam makanan segera.
  • Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makan makanan berfiber tinggi seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi , mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti aiskream, whole milk dan cheese.
10- Kurangkan Stress
Life is stressful, memang tidak logik kalau tiada tekanan dan ujian dalam hidup. Walaubagaimana pun terlalu tertekan menjejaskan kesuburan anda. Lakukan aktiviti ringan supaya dapat meringankan tekanan dalam diri anda.

11- Banyakan Berdoa
Doa merupakan ibu segala ubat. Banyakan berdoa dalam apa jua keadaan anda sekali pun.
Lakukan solat hajat dengan kesabaran dan pengharapan terhadap Ilahi. lakukan secara istiqamah tanpa rasa putus asa. insyaAllah. Semoga anda dan pasangan dimurahkan rezeki dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Amien



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates