Tuesday, February 26, 2013

Tekanan Darah Rendah Ketika Hamil

Ramai ibu-ibu sering menghadapi masalah tekanan darah rendah semasa tempoh kehamilan, sedangkan ketika ibu tidak hamil tekanan darah kebanyakkan pada aras yang normal dan stabil.

Keperluan zat besi akan meningkat dengan ketara ketika hamil berikutan jumlah darah dalam badan kita bertambah 50% dari biasa. Zat besi sangat penting untuk haemoglobin, protein dalm sel darah merah untuk membawa oksigen ke sel-sel yang lain. Oleh itu zat besi tambahan sangatlah dieprlukan untuk kesihatan ibu dan dan tumbesaran bayi dalam plasenta.


Bagaimana tekanan darah rendah boleh berlaku semasa hamil?
  1. Kebanyakkan ibu hamil mengalami masalah anemia/tekanan darah rendah kerana kekurangan zat besi semasa trimester ke2 dan ke3.
  2. Risiko anemia adalah lebih tinggi sekiranya ibu hamil mengalami masalah morning sickness yang teruk sehingga menyebabkan muntah yang kerap.
  3. wanita yang hamil lebih dari seorang bayi.
  4. jarak kehamilan seterusnya adalah dekat. (tidak lama selepas bersalin, hamil semula)
  5. tidak mengamalkan diet yang kaya dengan zat besi atau aliran pra-kehamilan haid yang banyak.
Haruslah diketahui, keperluan jumlah zat besi bagi ibu-ibu yang hamil adalah antara 18-27mg sehari. Sebaik-baiknya ibu-ibu hamil mengambil makanan tambahan harian yang mengandungi sekurang-kurangnya 30mg zat besi sehari sebagai pencegahan anemia.

Tanda-tanda kemungkinan anda mempunyai tekanan darah rendah:-

  1. Anda mungkin cepat berasa letih, lemah dan pening (kebanyakkan wanita hamil akan mengalaminya, tetapi kebarangkalian ia bukan anemia.)
  2. Kelihatan pucat terutama bahagian kuku, bawah kelopak mata dan bibir.
  3. degupan jantung yang lebih pantas dan sesak nafas.
  4. Sakit kepala, pening dan cepat marah.
  5. Akhirnya, beberapa kajian telah mendapati hubungan anemia teruk kekurangan zat besi ialah keinginan untuk bahan-bahan bukan makanan seperti ais, kertas dan tanah liat.

Kesan Anemia Yang Teruk Terhadap Kehamilan Sekiranya Tiada Rawatan Awal:-
  1. berisiko mengalami keguguran
  2. kelahiran bayi pra-matang
  3. kematian bayi dalam kandungan
  4. jiwa ibu terancam
  5. koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia

Rawatan:-
  • Jika ujian anda menunjukkan bahawa anda mempunyai anemia kekurangan zat besi, doktor akan menetapkan zat besi tambahan. Dos akan bergantung kepada keterukan anemia anda, kemungkinan anggaran di antara 60-120mg.
  • dalam usaha untuk menyerap seberapa banyak zat besi yang mungkin,adalah lebih baik untuk mengambil pil zat besi anda pada perut kosong. Boleh dimakan dengan minuman air atau jus oren (vitamin C membantu penyerapan) tetapi tidak dengan susu (kalsium mengganggu penyerapan) kopi dan teh juga menghalang penyerapan.
  • dalam masa seminggu atau lebih selepas rawatan, anda perlu menghasilkan banyak sel-sel darah merah yang baru dan tahap hemoglobin anda akan mula meningkat. ia biasanya mengambil masa hanya beberapa bulan untuk anemia menyelesaikan, tetapi doktor anda mungkin akan menasihati untuk terus mengambil zat besi tambahan untuk beberapa bulan .

Pencegahan Awal Anemia Semasa Kehamilan:-
  1. mengamalkan diet pemakanan yang kaya dengan zat besi seperti bayam,sayur hijau, kekacang,hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prune, kismis dan biji bijian.
  2. Mengamalkan pemakanan ubat seperti yang telah dinasihatkan doktor
  3. dapatkan rawatan awal sekiranya anda mendapat simptom-simptom awal anemia
  4. menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta mendapat rehat yang secukupnya.

Pencegah dan rawatan awal dari Shaklee:
  • Vitamin B Complex - mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folid.
  • Vitamin C - mengandungi 120mg bioflanavoid
  • Vitalea / multivitamin - mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, 12 viramin dan 7 mineral penting termasuk zat besi.
  • Ostematrix / kalsium - mengandungi kalsium,magnesium dan fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum , manganes dan baron.
* sekiranya anda telah mengambil set ini obimin dan asid folid tidak perlu diambil lagi.









Perbezaan Soya ESP Shaklee Dengan Soya Lain



Soya ESP Shaklee..Selamat ke?

Seringkali kita dengar isu keburukan soya terhadap kesihatan..Apa yang menyebabkan soya menjadi tidak baik untuk kesihatan...Adakah semua soya dipasaran adalah sama? apa beza soya ESP Shaklee dengan soya yang kat kedai ? untuk makluman, soya ESP shaklee diperbuat dari soya yang bermutu tinggi dan pastinya selamat di consume berbanding dengan soya biasa dipasaran.

Cara Pemprosesan:
Tahukah anda, sesetengah soya diproses dengan menggunakan alkohol. Cara ini menghilangkan isoflavine yang bermanfaat dan mencemarkan soya itu sendiri dengan alkohol. sebeb itulah soya menjadi tidak elok untuk kesihatan.
Perbezaan Shaklee:
Soya Shaklee dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavine genestin dan daidzin yang kritikal untuk membekalkan kepada kita keseluruhan manfaat soya. soya bukannya tidak elok tp cara pemprosesan itu yang membuatkan soya menjadi tidak elok.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Program ini untuk memastikan kacang soya Shaklee bebas dari pendedahan perubahan genetik. Dari benih sehinggalah penyimpanannya. Komitmen Shaklee sangat tinggi untuk pastikan bahan ramuan adalah semulajadi dan berkualiti tinggi.

Shaklee merupakan syarikat pertama yang menciptakan makanan tambahan protein yang berasaskan kacang soya. Kacang soya terasing yang pertama telah dicipta oleh Dr. Shaklee pada 1970 an. Beberapa ujian klinikal dijalankan dan membuktikan betullah protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan. 

Kenapa soya? bukan ayam, daging, ikan atau sebagainya sebagai sumber protein? sebab sumber protein dari soya bebas lemak dan kolestrol.



" Rasulullah S.A.W bersabda: " Apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitabNya adalah halal dan apa yang diharamkan  Allah di dalam kitabNya adalah haram, dan apa yang didiamkan(tidak diterangkan), maka barang itu termasuk yang dimaafkan" (riwayat Ibnu Majah dan al-Tarmizi).


Saturday, February 23, 2013

Kebaikan Zinc Untuk Kesihatan



Zinc adalah salah satu mikronutrien atau mineral yang esensial bagi manusia. Zinc diperlukan oleh perlbagai jenis enzim dalam menjalankan fungsinya. Zinc berperanan penting dalam metabolisme peringkat selular. Kehadiran zinc dalam badan kita sangat mempengaruhi fungsi kekuatan dan ketahanan tubuh dan berperanan penting dalam mencegah infleksi oleh pelbagai jenis bakteria patogen.

Menurut kajian, zinc sangat memainkan peranan dalam membentuk kekuatan janin bagi ibu hamil. Kekurangan zinc pada kanak-kanak pula anak menyebabkan kebantutan dan terlambatnya kematangan kerana zinc memainkan peranan penting dalam proses tumbesaran kanak-kanak.

Ibu hamil kekurangan zinc dapat menyebabkan terganggunya perkembangan fizikal dan intelektual janin. Bagi ibu hamil yang mengamalkan pengambilan zinc 15mg sehari, janinnya akan menunjukkan perkembangan fungsi hati serta motorik yang baik, janin akan lebih aktif berbanding dengan ibu hamil yang tidak mengambil zinc secara betul.

Zinc bertindak balas sebagai neurotransmitter yang berperanan dalam proses kematangan sel serta dalam pertumbuah awal kehidupan janin serta perkembangan saraf dan kecerdasan mereka pada masa akan datang.

Zinc dapat diperolehi dari daging, ikan, kerang,susu, produk gandum serta kekacang. Penyerapan zinc dari usus badan diperbesar oleh vitamin C dan asid amino, namun diperkecilkan oleh kalsium, zat besi dan tembaga.

Hal penting dalam mengatasi kekurangan zinc adalah dengan pengambilan suplemen zinc dan menstabilkan makanan dengan zinc terutamanya untuk bayi, kanak-kanak dan ibu hamil.

Fungsi dan Kebaikan Zinc

  • membaiki fungsi otak
  • menguatkan janin untuk ibu hamil
  • mencegah bayi jaundice dalam awal kelahiran
  • mengatasi lemah daya ingatan
  • mengatasi masalah prostat untuk lelaki
  • sangat baik untuk percepatkan proses penyembuhan luka






sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 013- 3217182


Thursday, February 21, 2013

Kencing Manis dan Tanda-tanda Awal


Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini adalah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.



Tanda -tanda awal/simptom :
  • kerap membuang air kecil
  • selera makan makin meningkat
  • sentiasa rasa dahaga
  • mudah letih
  • hilang berat badan
  • jangkitan kulit yang kerap spt jangkitan kulat
  • luka yang lambat sembuh
  • kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
*kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom ini tetapi ada juga orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.

Rawatan dan Pencegahan

Mencegah dan merawat pada peringkat awal boleh menyelamatkan diri dari pelbagai penyakit lain. Pesakit kencing manis perlu megawal paras gula dalam darah bagi mengelakkan masalah seperti penyakit mata, kegagalan buah pinggang, kerosakkan saraf, sakit jantung dan strok/angin ahmar.

lakukan ujian berikut secara berkala:
  • pemeriksaan tekanan darah
  • ujian urin
  • ujian kolestrol
  • ujian lipid (lemak)
bagi pesakit dinasihatkan mengamalkan agar :
  • mengawal pemakanan/memakan makanan seimbang
  • bersenam 
  • pengambilan ubat seperti nasihat doktor
  • pemeriksaan kaki dan mata secara berkala
  • bekerjasama dengan doktor

Cadangan Pengambilan Vitamin :
  1. Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
  2. Zinc Complex - membantu penghasilan insulin dan penyembuhan luka
  3. B Complex - terlibat dalam metabolisma gula dan pembebasan tenaga
  4. Alfalfa Complex - Membantu menstabilkan tahap gula dalam darah
  5. Vitalea - Imbangan vitamin dan mineral lengkap






sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 013- 3217182


Sunday, February 17, 2013

Kebaikan Vitamin B Complex Shaklee

Para saintis Shaklee telah mencipta asid filok secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. ini kerana asid filok yang semulajadi tidak mudah diserap oleh badan, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting Vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidak seimbangan vitamin B dalam badan. Vitamin adalh vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui simtem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil B complex setiap hari.

Kebaikan dan Manfaat Vitamin B Complex Shaklee
  1. menukar makanan kepada tenaga - membantu penghadaman, menukar lemak,karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.
  2. Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepada, tekanan dan mengurangan kemurungan serta insomnia.
  3. Membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  4. Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala dan kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  5. baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata dan mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan,perkasaan memori dan daya pemerhatian/daya fokus.
  6. mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan anti bodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendakan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, peming , lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  7. Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut (PMS) meredakan kerisauan , keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  8. mencegah perlcche -  dikenali juga sebagai kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah serta nafas berbau.
  9. Detoksifikasi - meredakan alahan.



sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 013- 3217182

Saturday, February 16, 2013

Banana Puree Recipes


Banana Puree

Bahan2 :
Pisang 
susu ibu/susu fm
sedikit air zam-zam

cara-cara :
  1. masukkan kesemua bahan
  2. lenyekkan pisang sehingga betul-betul hancur
  3. siap untuk di mamammm ^____~

Resepi Untuk Si Manja



APPLE PUREE

bahan2 :

beberapa biji epal ( ikut banyak mana kita nak buat ) *sy guna apple merah

cara :
  1. Basuh buah apple sehingga bersih dan kupas kulitnya.
  2. potong kecil2 supaya mudah masak.
  3. rebus/kukus sehingga lembut
  4. bila dah masak..sejukkan dan kisar sehingga betul2 halus
  5. tapis puree yang telah dikisar tadi dan siap untuk di suap kepada si manja anda.



Darah Tinggi dan Cara Mengawalnya

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan semasa anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor akan memeriksa semula tekanan darah untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut : 120/80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jangtung. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda berehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

140/90 mmHg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang. Angka pertama adalah tekanan sistolik : tekanan apabila jangtung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda. angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

Langkah permulaan untuk mengatasi sebarang kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi.

  1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Pengurangan sebanyak 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan memudahkan lagi kesan pemberian ubat.
  2. senaman yang kerap. Cuba amalkan senaman selama 30-45 minit setiap minggu. Paling kurang 3-4 kali seminggu.
  3. Kurangkan pengambilan garam dan kolestrol kepada kurang daripada 2.3g sehari. garam umpama pasir yang serap air dan meningkatkan tekanan darah.
  4. jangan merokok. Kesan nikotin rokok dapat tingkatkan tekanan darah sehingga 10 mmHg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah lebih tinggi sepanjang masa.
  5. Kurangkan stress. stress kerja, duit, kesesakan lalu lintas dan macam-macam lagi meningkatkan tekanan darah buat sementara waktu. kalau anda mempunyai stress yang kronik, sudah tentu memudaratkan kesihatan anda dan boleh mengakibatkan serangaan jantung, strok dan macam-macam lagi. Jadi elakkan dan amalkan kehidupan  yang seimbang.
  6. Amalkan diet yang lebih baik. Ketahui keperluan kalori setiap hari anda. ini boleh mengawal jumlah makanan. makan 5-7 hidangan sehari dalm sukatan yang kecil. lebihkan serat seperti grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur segar. Kawal kolestrol dan pastikan ada sumber potassium dalm diet harian anda. Pisang adalah antara potassium yang baik dan mudah didapati.
  7. lakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap bagi memantau keadaaan  kesihatan anda. pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.






sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 013- 3217182

Thursday, February 14, 2013

Kebaikan Alfalfa


Three hay bales in a row in a green field.

Khasiat dan Kebaikan Alfalfa :
~ melegakan sakit sendi dan tulang
~ memperbanyakkan susu badan
~ menghilangkan kelesuan dan keletihan
~ mengurangkan kesakitan semasa haids
~ sebagai egen detox
~ merawat masalah keputihan bagi wanita
~ merawat penyakit asthma
~ meningkatkan tenaga batin bagi lelaki
~ membantu merawat tulang yang patah
~ menyeimbangkan hormon badan

Alfalfa juga dikatakan dapat merendahkan tahap kolestrol dalam badan. ia juga merupakan sumber vitamin K yang terbaik. Vitamin K membantu proses pembekuan darah dimana ia menggerakkan kalsium kepada protein yang membentuk jaringan mikroskopik untuk mengangkut sel darah merah.

MINERAL DAN VITAMIN DALAM ALFALFA

kalsium - membantu dalam membina tulang dan gigi, meningkatkan kecerdasan, mengawal rentak jantung, melegakan saraf, membantu darah membeku. sangat digalakkan untuk ibu menyusu.

Kalium - untuk saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim dan untuk mencernakan lemak.

zat besi - diperlukan utnuk pembentukkan hemoglobin, digunakan untuk mengangkut oksigen dalam lemak.

fosforus - diperlukan untuk pembentukkan tulang yang normal dan struktur gigi. saling berkait dengan vitamin D dan kalsium. meningkatkan peranan tisu saraf.

sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, menuetralkan asid, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut

silikon magnesium - membantu menangani sembelit, ketahanan saraf, melindungi fungsi kulit, merangsang fungsi otak.

klorin (klorida) - sebagai elektrolit penting untuk membersih dan menyucikan badan, mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji badan.

Vitamin A - baik untuk mata, membina ketahanan terhadap jangkitan, menggalakkan kulit yang sihat. menggalakkan pertumbuhan sel.

Vitamin E - melindungi sel-sel daripada kerosakkan akibat sinaran matahari dan pencemaran udara, kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot, memperbaiki fungsi imun,menguatkan otot di dalam badan.

Vitamin U - menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak, menggalakkan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya.

Vitamin K - penting untuk pembekuan darah, fungsi hati, menyumbang kepada kecerdasan yang berpanjangan.

Vitamin D - mengawal pengguaan kalsium dan fosforus dalam badan, diperlukan untuk gigi dan tulang yang kuat.



Dapatkan Dengan Harga Termurah Dari Kami !!



sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
011-29207518 | 013- 3217182

Tuesday, February 12, 2013

Makanan Untuk Menambahkan Susu Ibu

Antara Milk Booster Dari Alam Semulajadi

Cekur Manis

Cekur manis (pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payudara ibu dan dibasuh selepas kering.

Lobak Putih

Lobak putih mengandungi vitamin C dan serat yang tinggi. Ia membantu dalam penghasilan susu dan meningkatkan sistem imunisasi ibu dan secara tidak langsung sistem imunisasi bayi juga dapat ditingkatkan.

Tauge Alfalfa

Tauge Alfalfa ini memang mudah diperolehi dan juga harganya sangat2 murah. ALfalfa murupakan agen "milk booster" yang tersangat bagus untuk ibu-ibu menyusu. Bayi anda akan sentiasa kenyang.

Bunga Melur

Bunga Melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayua antara kegunaannya ialah untuk menambah susu ibu. Caranya daun bungan melur digiling sehingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Kurma

Kurma membekalkan kalori segera kepada susu badan untuk ibu-ibu menyusu. Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

Susu

Susu membekalkan sumber protein, kalsium, zat dan galian yang diperlukan oleh badan. ia mudah diserap oleh badan.

Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, malah ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan. Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau digulai masak lemak cili padi.
Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3cawan air sehingga kembang. minum airnya (dalam perubatan tradisional cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.


DAPATKAN MILK BOOSTER YANG TERBAIK DARI KAMI


sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
011-29207518 | 013- 3217182

Monday, February 11, 2013

Petua Banyakkan Susu Ibu



Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun bayi sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang) badan ibu belum adjust dengan hormon yang dihasilkan.

Namun setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan bayi, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak isap kedua dua belah payudara, maka susu yang terhasil banyak walaupun bukan semasa berpantang. Ada pelbagai cara untuk menambahkan penghasilan susu badan. antaranya :

1- Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar - lebih kerap bayi menyusu lebih banyak susu yang dihasilkan.

2- Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehinggan bayi itu sendiri melepaskan puting setelah kekenyangan. ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3- Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh.

4- Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang mencukupi.

5-  Dinasihatkan tidak memberikan bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal seperti makanan tambahan seperti jus-jus, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan. Kerana apabila bayi mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6- Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
  • Ambil hidangan seimbang berpandukan panduan piramid makanan.
  • banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari
  • Ambil suplemen yang sesuai jika tubuh selalu lesu dan tidak dapat memenuhi kuantiti susu yang diperlukan.
  • makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7- Amalkan bacaan surah al-Baqarah ayat 60 atau surah al-Hujurat dan sapu pada kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi dan cium bayi anda.

*sumber : surijunior

klik sini untuk dapatkan Suplemen susu ibu/ milk booster



sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiajeShaklee Independent Distributor (888383)
011-29207518 | 013- 3217182







Sunday, February 10, 2013

Perancangan Bijak Untuk Kehamilan dan Kelahiran

Setelah 40 minggu di dalam kandungan, tibalah masanya untuk cahaya mata anda melihat dunia. Ketika itu, pastinya sudah terbayang-bayang wajah si comel anda di depan mata. Jadi, untuk merealisasikan impian tersebut, anda perlulah menjaga kandungan sebaik mungkin. Rutin pemeriksaan antenatal mesti dipatuhi dan sentiasa menjaga kesihatan.  

Hakikatnya, dalam kehamilan, ada banyak perkara di luar jangkaan. Antaranya ialah kelahiran pramatang dan komplikasi-komplikasi lain yang boleh membahayakan nyawa ibu mengandung serta anak di dalam kandungan. Supaya ibu-ibu hamil lebih bersedia, fakta-fakta di bawah boleh dijadikan panduan.
Fakta 1
Menurut jurnal perubatan The Lancet, (isu 2010), daripada 7.6 juta kanak-kanak bawah lima tahun yang meninggal dunia, 1.078 juta daripadanya disebabkan oleh komplikasi kelahiran pramatang.
Fakta 2
Masalah kesihatan yang dialami oleh ibu hamil seperti penyakit kencing manis boleh menyebabkan komplikasi pada bayi di dalam kandungan. Menurut baby center.com (semakan terakhir: Februari 2012), bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula di dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Sehubungan itu, tahap gula di  dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Fakta 3
Menurut myhealth.gov.my (semakan 26 April 2012), di Malaysia lebih kurang 8 peratus bayi dilahirkan pramatang. Bayi pramatang berkemungkinan mengalami masalah pernafasan, kulit kebiruan dan suhu badan tidak stabil. Keperluan penjagaannya bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang seseorang bayi itu. Lazimnya, untuk mengawal suhu badan bayi pramatang, mereka akan dimasukkan ke dalam inkubator atau di bawah pemanas radian.
Perancangan Rapi
Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang kehamilan, rancanglah kehamilan dari awal agar tubuh anda cukup bersedia untuk berhadapan dengan saat itu nanti.  
Langkah 1: Merancang Kehamilan
  • Pastikan anda sudah mendapat suntikan rubela sebelum hamil. Tiga bulan sebelum hamil pula, wanita disarankan agar mengambil asid folik secukupnya untuk mencegah kecacatan saraf seperti spina bifida.
  • Masalah yang berpunca daripada genetik pula boleh dihindarkan jika wanita-wanita yang ingin hamil menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mengandung.
  • Lebih baik jika kedua-dua suami isteri menjalani pemeriksaan untuk mengetahui jika mereka adalah pembawa penyakit genetik seperti hemofilia, Huntington’s, dan talasemia.
Langkah 2: Penjagaan Ketika Hamil
  • Untuk pengetahuan, lazimnya, kecacatan yang melibatkan organ tubuh bayi berlaku ketika trimester pertama kehamilan. Inilah sebabnya penjagaan diri dan kandungan amat penting terutamanya pada peringkat permulaan kehamilan. Makanlah pelbagai jenis makanan yang kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin. Karbohidrat bertindak memberikan tenaga kepada anda dan bayi yang semakin membesar. Protein pula penting untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu-tisu tubuh ibu dan bayi. Manakala vitamin dan zat galian diperlukan untuk mencegah ibu daripada jangkitan penyakit dan untuk pertumbuhan bayi di dalam kandungan.
  • Pada masa yang sama, ibu hamil yang ada masalah kesihatan dinasihatkan agar sentiasa memastikan penyakit yang dialaminya dalam keadaan terkawal. Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan sendiri kerana ini boleh memberi kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan. Dapatkan kebenaran daripada doktor O&G anda sebelum mengambil sebarang ubat.
  • Sebenarnya, untuk memastikan ibu dan anak di dalam kandungan sihat dan selamat, penjagaan kesihatan amat penting. Paling penting, amalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok dan menjaga kebersihan diri sejak sebelum hamil lagi.
Langkah 3: Persediaan Bersalin
  • Ujian darah bagi ibu hamil perlu dilakukan bagi mengenal pasti adakah bayi di dalam kandungan berisiko mengalami penyakit tertentu seperti sindrom Down dan kecacatan tiub neural.  
  • Selain itu, ibu hamil haruslah bersiap sedia untuk berhadapan proses kelahiran dengan mengikuti kelas antenatal dan berbincang bersama pakar perbidanan dan sakit puan tentang sebarang kemungkinan yang bakal berlaku semasa kelahiran. Dengan cara ini komplikasi semasa proses kelahiran dapat dielakkan. 

Saturday, February 9, 2013

Vitamin Untuk Penyusuan Ibu

Shaklee menawarkan satu rangkaian suplemen berkhasiat untuk memenuhi keperluan nutrien untuk penyusuan ibu


Mengandungi keseluruhan nutrisi untuk kekal cergas dan sihat. Ia memberikan tenaga dan makanan berkhasiat untuk tubuh yang sihat.





sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 013- 3217182

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates