Showing posts with label Asthma. Show all posts
Showing posts with label Asthma. Show all posts

Monday, October 8, 2012

Alergi



APA ITU ALERGI?
Sebenarnya, alergi atau lebih dikenali sebagai alahan reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau hanya dengan sentuhan. Sistem keimunan badan berindak balas terhadap alergen (bahan yang membangkitkan reaksi) dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti,
kongesi hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau birit-birit, mata berair serta gatal dan ruam gatal.


ADAKAH ALERGI DIWARISI?
Sememangnya alergi itu lazimnya diwarisi secara turun temurun, walaupun mungkin setiap ahli keluarga mempunyai alergi berlainan. Seorang anak mungkin menghidapi asma, manakala seorang lagi cenderung mendapat diarhea, memberi bayi susu badan secara ekslusif untuk enam  bulan pertama akan dapat mengurangkan kejadian alergi baginya semasa diperingkat umur muda.

ADAKAH ALERGI SENANG DIKESAN?
Tidak semestinya, dan agak sukar dikesan bagi bayi. contohnya, ramai bayi akan berdehit apabila diserang infeksi saluran pernafasan respiratori atas. ini sebenarnya bukan tanda alergi, dan kebanyakan bayi akan hilang kecenderungan untuk berdehit apabila mereka matang. Sekiranya dehitan itu berlaku tanpa selsema dan masih kekal apabila mencapai usia 3 tahun, pakar pediatrik anda mungkin akan meminta andasupaya menyimpan buku catatan setiap kali bayi anda menunjukkan simptom ini. Diagnosis asma lazimnya boleh dibuat berdasarkan sejarah bayi dan tindak balasnya terhadap ubat bronchodilators yang melegakan.

Satu cara untuk mengenal pasti punca alergi adalah dengan ujian cucuk kulit, yang amat sesuai untuk alergiekzema akibat sentuhan, namun begitu, ujian ini kurang sesuai bagi bayi yang berumur 18 bulan dan kebawah. Anda dinasihatkan untuk bertanya dengan doktor anda sekiranya timbulnya simptom baru atau sesuatu simptom berlarutan. Sekiranya bayi anda mengalami sesak nafas, atau mencungap atau ternampak bingung, nadi bergerak cepat atau pucat, sejuk, segeralah berjumpa dengan pakar pediatrik anda.

keadaan-keadaan yang berkaitan dengan alergi, seperti asma dan ekzema agak senang juga untuk didiagnosis. Namun begitu, seseorang itu juga boleh mendapat alergi dari pelbagai punca seperti bulu kucing kepada kain poliester. Kongesi pagi hari, yang selalunya kekal sepanjang tahun, disebabkan kutu habuk atau alergi dari haiwan peliharaan. Apabila terdapat simptom, tetapi puncanya sukar untuk dikesan. Elok sekiranya anda berunding dengan pakar pediatrik anda.

KETIDAKTOLERANSI DAN ALERGI MAKANAN
bayi kadangkala menjadi alergi kepada makanan tertentu, seperti gandum, telur, susu, makanan soya, kacang, kerang-kerangan, ikan dan buah sitrus. Simptom alergi semulajadi, umpamanya ruam tebal atau berdehit atau bengkak bibir dan lidah selalunya datang dalam satu atau dua jam selepas memakannya. jika anda mengesyaki bayi anda alergik kepada sesuatu makanan, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.

Jika anda mengesyaki bayi anda mempunyai ketidaktoleransi makanan, jumpalah pakar pediatrik anda yang akan merujuknya kepada pakar diet. Pakr diet mungkin merancangkan diet yang mengasingkan makanan larangan, yang mana makanan yang disyaki, akan dikeluarkan kemudian dimasukkan kembali secara perlahan. ini membantu untuk mengenal pasti makanan yang menyebabkan alergi.

Jika bayi anda diberikan formula dan didapati mempunyai ketidaktoleransi atau alergi terhadap susu lembu, pakar diet mungkin akan mencadangkan agar bayi anda beralih ke formula soya atau formula yang mengandungi susu lembu yang sudah diubahsuai untuk bayi anda.


sumber : babycenter

Friday, September 28, 2012

Testimoni Asthma vs Mealshake



hari nie familicare sibuk buat kajian tentang satu penyakit yang sangat famous dikalangan anak-anak kecil iaitu Asthma

jom kita berkongsi satu pengalaman gembira sis Lia yang sangat gembira dengan kesihatan babynya irfan dan juga dirinya. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

kawan-kawan yang baca blog saya nie tentu tahu anak saya irfan is suffering of bronchitis problem which eventually will leads to asthma. Dah banyak produk saya cuba tapi most of it tak serasi dengan irfan. so, saya bagi irfan try Mealshake. Mula-mula tu irfan nampak ada selera makan balik. sebab before this dia memang skinny and saya masak ape pun dia taknak makan. After few days trying, nampak dia active, tak cepat letih dan tidur malam pun taklar  sharp kol 8 mlm dah. if not tak sempat nak main2 dengan  Irfan dah dia nak tidur. Then, after that, Irfan demam 2 hari, tapi saya tanya Cery sebab ape dia demam after consume Mealshake, Cery kata, body dia tengah create antibodi tu pasal dia demam tapi teruskan bagi mealshake. 2 hari demam plus dengan batuk asthma Irfan, cukup merisaukan saya. Saya teruskan bagi mealshake, masuk hari ke-3 Irfan dah tak demam and batuk2 asthma da terus hilang. Irfan kembali aktif(actually aktif lagi dr biasa..hehe..) dan makan pun nak sahaja. if not, kalau dulu kena asthma, dah baik pun taknak makan, minum susu je. Risau ummi tau..! Sekaarang ni, Irfan makanpun da start with those contain cow's milk. Alhamdulillah. Mealshake ni senang je nak bagi irfan sbb boleh bancuh dalam susu dia. Sehari sekali, satu sudu teh campurkan dalam susu dia. But, what are the nutrition facts in Mealshake? haa..ni diaa...


Shaklee meal Shakes-French Vanilla
Functions of Meal Shake :
Shaklee Meal Shakes can be used as supplements for added nutritional insurance,delicious between-meal snacks, or beverages with meals. It provides 30% of the Daily Value ((DV) for protien and 35% or more of the DVs for 19 essential vitamins and minerals. It is good sources of dietary fiber.

Alhamdulillah, Irfan makin sihat dan saya SANGAT bersyukur atas perubahannya. So, untuk saya, saya cuba Trial Pack Set F coonsists of 30 tabs of Vitamin E and 90 tabs of alfalfa. Before this saya ada masalah lenguh2 leher sebab duduk lama depan pc kat ofis tu and bila malam kadang2 saya cepat rasa sejuk (tak kiralar suhu malam tu panas ke ape ke..) dan tidur mesti selimut dan pakai socks. kadang2 rasa lenguh sangat especially dari pinggang ke kaki (maybe ni sebab saya lahirkan Irfan secara Csect). Bila dah lenguh2 tu mulalar badan pun cepat letih. kalau Irfan tidur kol 8mlm, setengah jam lepas tu saya pun tidur. As if like rehat panjang tapi rasa macam tak cukup je. Alhamdulillah, lepas a week consume those two vitamins, hilang dah lenguh2 kat leher ni, badan rasa ringan, mood pun tak swing (eheks..!), dan yang paling best malam takde rasa sejuk2 lagi. Sekarang ni time tidur socks tah ke mana, selimut dah tak guna dah. tidur pun dalam kol  10 ke atas. so, ada masa lebih nak buat keja2 rumah.. Pada saya harga vitamin2 ni murah. sangat berbaloi sebab boleh beli online, payment online dan tunggu je barang2 tu sampai. Sangat mudah dan jimat masa, tenaga dan duit. So, this is beginning of our healthy and happy 
life..insyaAllah.


sumber mamafaiz
sumber asal sis Lia






Anak Anda Menghadapi Asthma?

kenali simptom-simptom yang dihadapi bayi anda :

  1. Batuk yang berpanjangan terutama pada waktu malam atau awal pagi.
  2. Merasa susah bernafas setiap kali batuk-batuk.
  3. Terdengar bunyi "wheezing" iaitu seakan-akan bunyi whisel semasa menghembus bernafas.
  4. Batuk-batuk atau susah untuk bernafas atau setelah bermain.
  5. Batuk selepas memakan makanan atau minuman sejuk ataupun terdedah pada persekitaran yang sejuk atau berhabuk.
  6. merasa lega selepas menerima rawatan nebulizer.
Asthma merupakan penyakit saluran pernafasan yang kronik, dimana saluran pernafasan tersebut menjadi sensitif kepada alergen (faktor persekitaran,makanan etc). Ini menjadikan saluran pernafasan tersebut mengecut, bengkak dan mengeluarkan mukus apabila terdedah kepada alergen-elergen tersebut. Ini menjadikan pengidap asthma susah untuk bernafas apabila mendapat serangan asthma.
kanak-kanak yang mengidap asthma boleh diketogorikan kepada 2 kumpulan utama. Asthma yang tidak kerap (mild intermittent asthma) dan Asthma yang kerap (persistent Asthma). Bagi mereka yang mengidap asthma yang kerap, simptom-simptom seperti diatas berlaku lebih kerap dan lebih teruk. Jika anak anda mengidap asthma yang kerap maka perlulah bagi mereka untuk mendapatkan rawatan pencegahan dari awal usia supaya mereka boleh menjalani kehidupan yang riang dan sihat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates