Wednesday, August 29, 2012

Pagi Yang Sihat

Tips Agar Bangun Pagi Yang Sihat



1- Regangan
Lakukan regangan secara perlahan,seperti melakukan gerakan yoga atau memutar tubuh ke kanan dan ke kiri. Gerakan ini akan membantu tubuh mengumpulkan tenaga, dan membuat fikiran anda fokus. Rasa pening-pening lalat yang kerap terjadi akibat bangun terlalu awal pagi akan hilang. Solat subuh yang dilakukan dengan gerakan perlahan-lahan juga boleh dijadikan regangan.

2- Banyakkan Bergerak
Lakukan pergerakan untuk melancarkan peredaran darah. Melakukan crunch (berbaring dengan lutut tertekuk lalu mengangkat kepala, leher) push up atau melompat-lompat ringan juga cukup membantu. lebih sesuai dilakukan selepas solat subuh.

3- Hindari Terlalu Banyak Kafein
Kafein memang boleh membuatkan anda 'mata terang' sepanjang hari, namun mengambilnya secara berlebihan (lebih dari 2cawan setiap pagi) boleh membuat anda lemah pada tengah harinya.

4- Minum Air
Ketika tidur, tubuh anda menggunakan simpanan air yang membuatkan kita kehilangan cecair semasa bangun pagi. Rehidrasi tubuh anda dengan beberapa gelas air sejuk tidak hanya menyegarkan tubuh, tetapi juga membantu menstimulasikan sistem saraf dan pencernaan anda. Minumlah air masak/putih setiap pagi sebelum sarapan

5- Segera Mandi
Mandi dengan air sejuk mampu membangunkan sistem saraf anda,dan membantu menyegarkan badan.

6- Menarik Nafas
Sesetengah orang, bangun pagi boleh menjadi waktu yang mencemaskan. Bayangan mengenai apa yang harus dihadapi di tempat kerja, atau bagaimana mengatasi masalah dengan pasangan, akan segera memenuhi fikiran. Maka setelah anda bangun, ambil sedikit waktu untuk menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan tubuh dan fikiran.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates