Showing posts with label ruam bayi. Show all posts
Showing posts with label ruam bayi. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Herbal Blend



Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee: Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Ianya dingin, bermentol dan tidak berminyak. Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

Kelebihan dan Kegunaan Herbal Blend Shaklee :
  • melembutkan kulit yang kasar dan tumit pecah
  • menghilangkan masalah gatal-gatal pada kulit
  • menghilangkan parut termasuk campak dan chicken pox
  • menghilangkan ruam-ruam bayi
  • memberikan kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
  • sebagai losyen untuk kegunaan harian.

Jom kongsi pengalaman mereka yang telah mencuba!!



atasi masalah kesihatan anda hari ini...dapatkan tawaran harga istimewa dari kami sini!!

~Changing Brands Can Changed Your Life~ ^____________^



sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 013- 3217182

Monday, December 3, 2012

Masalah Ruam Kulit Bayi dan Cara Merawatnya



RUAM KULIT

Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas

Rawatan: Elakkan memakaikan bayi pakaian yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. Kain kapas merupakan alternatif terbaik untuk dipakai kepada bayi anda berbanding kain nilon dan poliester.

RUAM LAMPIN

Ruam lampin merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi. Ruam lampin boleh berlaku jika bayi anda dibiarkan terlalu lama memakai lampinnya yang kotor kerana air kencing atau najis.

Rawatan: Segera ganti lampin setiap kali bayi buang air besar mahupun air kecil. Bersih dengan air suam, bila perlu dengan sabun halus dan bilas sampai bersih dan keringkan. Hati-hati pada keadaan bayi yang alah pada penggunaan sabun. Sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit.

RUAM SUSU

Ruam susu ialah bintik-bintik putih yang sering muncul di muka, leher dan atas dada bayi.

Rawatan: Jika anda terlihat bintik-bintik ini, tidak perlu bimbang kerana ia akan hilang begitu sahaja.

EKZEMA/ALERGI
Biasanya bayi yang ekzema mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki serta badan. pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. keadaan ini menyebabkan bayi terasa sangat gatal.

Manakala alergi pula merupakan kemerahan disertai rasa gatal yang timbul secara tiba-tiba. biasanya ia berpunca daripada makanan, perubahan cuaca, ubat, binatang peliharaan, serangga dan sebagainya. Reaksi alergi pada kulit terjadi setelah tubuh berhubungan dengan sesuatu alergen samada yang disedut seperti debu, yang dimakan seperti makanan dan ubatan yang menempel seperti alergi kontak, disuntik seperti ubatan atau gigitan dari serangga.

Rawatan: untuk mengelakkan kesan yang teruk, jangan digaru. jika anda mengesaki bayi anda alergi pada makanan, rujuklah pada pakar pediatrik anda. Seandainya tidak sesuai dengan susu formula bayi, anda boleh menukarkan kepada formula soya atau mealshake yang dapat membantu bayi membesar dengan lebih sihat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates