Friday, March 22, 2013

Lebih Jimat Lebih Selamat - GET CLEAN WATER



NIKMATI AIR YANG LEBIH BERSIH DAN SELAMAT
Putarkan paip rumah anda dan lihat air yang keluar. Air itu mungkin kelihatan bersih tapi setakat manakah ianya selamat untuk diminum?

Bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan anda sebenarnya boleh hadir dalam air minuman. logam bera, pencemaran industri, racun perosak - bahan cenar berbahaya ini boleh memasuki bekalan air kita dan mempunyai potensi untuk mewujudkan cabaran kesihatan jangka panjang. Tambahan pula, sehingga 20% daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya daripadaair minuman.

RISIKO MEMINUM AIR TERCEMAR
bahan racun da berbahaya hasil produk sampingan (trihalometana,klorofom dan lain2) menyebabkan masalah hati,buah pinggang atau pusat kawalan saraf.

Baham berat(plumbum) menyebabkan tahap iq rendah, lembap dalam pelajaran, tumbesaran tidak sihat.

Pencemaran pertanian menyebabkan masalah kesuburan tanaman.

Pencemaran Industri (Atrazin) boleh menyebabkan risiko kanser.

AIR YANG BERSIH DAN SIHAT DATANG HANYA DARI SEBUAH JAG AIR...SANGAT ISTIMEWA!!!!



MEMPERKENALKAN GET CLEAN WATER
Merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding jag air lain, Get Clean Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean Water merupakan sistem penurasan jag air pertama yang menggunakan blok karbon yang boleh diisi semula. jadi kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Menangani Jenama Terkemuka yang Lain!!

  • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum,merkuri,kadmium dan bahan-bahan cemar lain disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat.
  • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan bahan sampingan klorin.
  • Disahkan dapat menuraskan 303 liter air (80 gelen) bagi setiap turasan -n dua kali ganda lebih dari jenama terkemuka!
  • Sistem penuras jag air berblok- karbon Isian Semulajadi yang pertama

Pilihan Bijak !
  • Hanya beberapa sen bagi seliter air.
  • Air yang lebih sihat dan rasanya yang lebih enak.
  • jag air bermeter autometik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras - tidak memerlukan kuasa eletrik.
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos- tanpa perlu dimasak



KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT
Menyingkirkan kandungan plumbum dan banyak bendasing lain. Get Clean Water ini berupaya menmgurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh persatuan Kualiti Air ( Water Association (WQA) ) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan  banyak bendasing.

MENJIMATKAN KOS
Rakyat malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. dengan hanya beberapa sen seliter sahaja, Get Clean Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagak.

HANDAL
Get Clean Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding dengan jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM
Get Clean Water ini menggunakan sistem penuras jag air dengan blok karbon isian semula yang pertama dimana ianya dapat mengurangkan timbunan sisi. dan lagi setiap penuras dieprbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.



sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (888383)
011-29207518 | 013- 3217182

Thursday, March 21, 2013

Energy Booster Shaklee



Selalu penat dan keletihan??
tahukah anda kita memerlukan vitamin tambahan untuk menjana tenaga dari makanan. Kesan kekurangan vitamin dalam badan membuatkan badan kita mudah menjadi lesu, cepat letih, mudah terkena penyakit dan sebagainya. 

adalah sangat penting untuk diingatkan bahawa vitamin shaklee adalah semulajadi dan bukan diperbuat dari dadah yang mampu memberi kesan sejurus sahaja selepas makan. Vitamin semulajadi ini memerlukan masa untuk menyeimbangkan nutrien dalam badan kita sebelum menampakkan kesan yang terbaik bersesuaian dengan badan.

Antara Energy Booster Yang Terbaik
Vitalea/multivitamin

  • Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan mikronutrien orang dewasa.
  • Dilengkapi dengan zat besi untuk pembentukkan lebih banyak sel darah merah.
  • mengelakkan amenia
  • meningkatkan paras HB.
  • Mengandungi magnesium, kalsium, fosforus, Vitamin C dan D
  • Menyokong kesihatan tulang
  • sangat membantu dalam peningkatan kesihatan sekiranya diambil secara berterusan.
  • Terdiri daripada 8 vitamin B penting untuk keperluan harian
  • Merupakan anti stress terbaik.
  • vitamin B1,B2,B3,B6,biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  • Asid folid dan B12 membantu membina sel darah merah dalam tubuh.
  • Vitamin B sangat disarankan untuk diambil bersama dengan vitamin C
  • Bekalan vitamin c yang berterusan adalah amat penting untuk menyokong proses dlm badan.
  • menyokong kesihatan tulang,gigi,gusi dan seluruh badan
  • Mengekalkan tenaga secara berterusan
  • sifatnya rendah glesemik indeks memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
  • membantu dalam tumbesaran dan pertumbuhan sek-sel badan
  • Pengambilan ESP bersama dengan susu dan kurma membantu memberikan tenaga secara berterusan.



sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (888383)
011-29207518 | 013- 3217182


Tuesday, March 19, 2013

Testimoni Vivix









Darah Tinggi dan Pencegahan



Jantung anda berfungsi sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti  ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Pengukuran Darah Tinggi
Tekanan darah diukur sebagai tekanan sistolik dan diastolik. Sistolik merujuk kepada tekanan darah apabila jantung berdegup semasa mengepam darah. Diastolik pula merujuk kepada tekanan darah apabila jantung berdegup semasa rehat antara denyutan.

Sering kita nampak tekanan darah seperti ini 120/80Mmhg. Ini bermaksud sistolik -120 dan diastolik  -80

Jadual dibawah menunjukkan nombor tekanan darah yang normal dan tidak normal untuk orang dewasa


Kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
  • Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga dan kerja anda.

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Diwarisi Dari Ahli Keluarga?
Jika kedua ibu bapa anda mengidap penyakit darah tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit ini. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

Faktor Mendapat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
  1. Cara hidup yang tidak sihat
  2. Umur melebihi 35 tahun
  3. Merokok
  4. Berat badan berlebihan/Kegemukan
  5. Paras kolestrol tinggi
  6. Sejarah keluarga
  7. Pengambilan alkohol yang berlebihan
  8. Pengambilan garam yang tinggi



Tanda-tanda/Simptom:
  • Pengidap Hypertensi/darah tinggi kebanyakkanya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala.
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/ tekanan darah tinggi, selalunya ia berlaku diwaktu pagi, bahagian belakang dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap kleterukan tekanan darah tingi.

Pencegahan dan rawatan awal dari Shaklee:
membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio-vaskular

Gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.

Merendahkan paras kolestrol dan meningkatkan fungsi jantung

Garlic Complex
Mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah dan kolestol dan memelihara kesihatan selular.

Kesihatan pada tahap selular. hanya dengan pengambilan vivix sahaja anda tidak perlu lagi mengambil vitamin lain.




sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (888383)
011-29207518 | 013- 3217182

Tuesday, March 12, 2013

Basic H 1001 kegunaan hanya dalam 1 botol

Tahukah anda ??

  1. Kebanyakkan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit atau sistem perafasan.
  2. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  3. Bahan pelarut seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.
  4. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal
  5. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Kepekatan pencuci super organik Basic H tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan merbahaya lain.



Keistimewaan Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate :



  1. Mencuci dan membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia.
  2. Mencuci dan membersih ikan,ayam,daging & makanan laut daripada bahan pengawet.
  3. mencuci dan membersih makanan basah seperti mee kuning, kuehtiaw dsbnya daripada pengawet.
  4. memcuci dan membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yg berminyak).
  5. Membersih & dan mencuci bilik air, tandas,singki, tangki,cerin tingkap,rak buku dsbnya.
  6. Mencuci & membersih tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker, pen , minyak dsbnya.
  7. Mencuci & membersih lantai serta alat mainan.
  8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya.
  9. mengasah pisau.
  10. Membersih dakwat pen pada baju, tgn dsbnya.
  11. Menghapuskan kutu di kepala.
  12. terkena minyak ,air panas atau melecur terkena benda panas.
  13. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, seut, lalat dsbnya.
  14. Mandi anak atau sesiapa sahaja yang demam panas.
  15. Sebagai Tuam kepala anak demam.
  16. sakit gigi.
  17. gatal-gatal pada badan atau miang dan masalah kulit.
  18. ulser dan mulut berbau.
  19. Penyubur tanaman dan penggembur tanah.
  20. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya.

Berkesan:
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda- 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air.
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal basic H dimana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama.

Mesra Alam:
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • selamat untuk sistem septik dan pembentungan.


sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (888383)
011-29207518 | 013- 3217182

Monday, March 11, 2013

Senyum untuk kesihatan



Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan menganggap adna tidak siuman.Bersedih tentu sahaja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangisi sehingga memudaratkan kesihatan anda.

Cuba amati anda wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga wajah mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tidak pernah senyum atau payah untuk senyum apatah lagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan mereka. Wajah mereka  yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.



15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok

Thursday, March 7, 2013

Jadual Pengambilan/Pemakanan Vitamin Shaklee



Jadual pemakanan dan pengambilan vitamin shaklee adalah berbeza bersesuaian dengan jebis vitamin-vitamin yang diambil oleh seseorang. Mungkin dari segi waktu dan jumlahnya berbeza tp asasnya dalah sama.

Rule Of Thumb yang boleh dijadikan panduan :

vitamin larut air (B complex dan Vitamin C)
seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang lebih efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak ( A, D, E, K)
Diambil selepas mengambil makanan berlemak/berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

Ostematrix/kalsium
Diambil bersama dengan produk tenusu seperti susu. selain itu pastikan kalsium anda mempunyai magnesium kerana magnesium membantu kalsium lebih mudah diserap.

Iron/Multivitamin
Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan Vitamin C untuk lebih mudah diserap. Bagi mereka yang baru mengambil supplement, anda boleh menggunakan jadual di bawah sebagai panduan (jadual secara umum) :

BFAST : 1bj Vitalea / 1bj b Complex / 2bj Alfalfa
SUPPER : secawan ESP
LUNCH : 1bj Vitamin C / 2bj Alfalfa
BREAKS TIME : secawan ESP
DINNER : 1bj Omega/ 1bj Vitamin E 
BEFORE SLEEP : 2@4bj Ostematrix

Pantang larangan Pengambilan Vitamin:
  1. alfalfa + vitamin E = vitamin E menghalang penyerapan Alfalfa
  2. Ostematrix  + Vitalea = Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vitalea mengandungi iron,jadi elakkan dari mengambil bersama ostematrix@produk tenusu.
  3. Alfalfa + GLA = GLA mengandungi vitamin E (sama dengan no.1)
  4. Pengambilan bersama kafein = kopi atau tea boleh mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin
  5. Pesakit Thalasemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana vitalea mengandungi iron.




sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 013- 3217182

Wednesday, March 6, 2013

Petua Kempiskan Perut Buncit Shaklee

Perut yang buncit boleh meningkatkan potensi berlakunya sindrom metabolik seperti diabetes, hipertensi, disipemia (gangguan lemak darah/kolestrol) serta meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan pembuluh darah tersumbat.

Ukuran lilit perut yang ditetapkan oleh WHO (Organisasi Kesihatan Sedunia) untuk Asia Pasifik adalah di bawah 90 sm untuk lelaki dan 80 sm bagi wanita.

Ramai antara kita berusaha untuk menurunkan berat badan tanpa membersihkan usus (membuang tosin dari badan) dan membiarkan sisa buangan terkumpul dengan banyak di dalam badan. Sisa buangan (toksin ) yang tidak dibuang ini akan disearp oleh sel badan dan menyebabkan perut buncit dan berat badan susah untuk turun.

Badan yang mengandungi toksin akan menunjukkan simptom-simptom seperti berikut:

  • Berat badan susah nak turun
  • sembelit
  • jarang membuang air besar
  • Sakit kepala
  • Masalah kulit seperti jerawat
  • Mudah letih dan lesu
  • Mulut / badan berbau

Pembersihan usus perlulah diutamakan untuk memastikan penurunan berat badan berhasil tanpa sebarang kesan sampingan untuk jangka panjang. Herb lax membantu mencuci usus sepenuhnya dan dapat menangani masalah perut buncit dengan berkesan. disamping itu proses pembuangan air besar menjadi mudah.



Lecithin / Omega Guard:
Berfungsi sebagai pemecah lemak dan sebagai pelarut kolestrol dan lemak tepu yang lain. Lecithin menyebab lemak terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat semula pada badan.

Alfalfa / heblax:
Membantu membuang lemak yang telah pecah oleh lecithin dan ia merupakan agen penyahtoksin. Alfalfa juga membantu sesiapa sahaja yang mengalami masalah penghadaman dan pencernaan, melegakan sembelit dan membuang angin dalam badan.

Cinh / ESP
Protin amat penting untuk membina otot dan menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protin dapat membantu menahan dari kelaparan yang mana boleh membantu  mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.





sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 013- 3217182

Sunday, March 3, 2013

ESP Masker Semulajadi



MASKER SEMULAJADI ESP
Pasti telah ramai antara kita sudah tahu khasiat masker yogurt yang biasanya terdapat di SPA dan salun kecantikan. 

Manfaat yogurt kepada kulit:

  1. Melegakan kulit terbakar
  2. Membantu memberikan kelembapan kepada kulit
  3. Melicinkan dan melembutkan kulit
  4. Menghilangkan kegatalan kulit kepala
Lebih marbelous apabila ia digabungkan dengan ESP ini kerana ESP yang diperbuat daripada protein tinggi  yang penting dalam membaiki dan membina sel dan tisu baru dalam badan kita. Ia turut membantu dalam memulihkan kecergasan kepada kulit, melembapkan dengan lebih berkesan walaupun tona kulit tidak sekata.

Cara :-
  1. Gunakan 1 cawan yogurt berperisa asli sebagai base masker
  2. Tambahkan 1 sudu kecil ESP ke dalam yugurt dan kacau rata.
  3. Ratakan di sekitar kawasan muka kecuali bahagian mata.
  4. Biarkan selama 10-15 minit dan tunggu sehingga kering
  5. Bilas sehingga bersih.
  6. Best time: selepas mandi pagi.
Selamat Mencuba!!! ^____~




sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 013- 3217182

Sindrom Pra-haid/ PMS - cara atasi



Sindrom pra-haid atau lebih lebih dikenali sebagai premenstrual syndrome (PMS) adalah satu perasaan tidak selesa yang dialami oleh kebanyakkan wanita menjelang haid. Terdapat pelbagai faktor dan penyebab berlakunya PMS.

Jenis-jenis PMS
PMS jenis A
Simptom : gelisah, mudah marah, ood berubah-ubah dan insomnia.
Faktor : Progesteron lebih banyak dari hormon estrogen dan menyebabkan pengeluaran adrenalin dan serotonin. Keadaan ini juga mungkin boleh disebabkan kurangnya vitamin B6.

PMS jenis C
Simptom : sakit kepala, pening dan jantung berdebar-debar.
Faktor :Keadaan ini hampir sama dengan hipoglikemia, akibat tingginya kadar insulin dalam darah. keadaan inu juga boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan magnesium.

PMS jenis D
Simptom : tekanan, mudah lupa dan insomnia.
Faktor : Kekurangan vitamin B dan juga kadar estrogen lebih rendah dari progestreron.inu juga diakibatkan oleh kadar aldesteron yang tinggi dalam darah. Aldesteron adalah hormon yang mempengaruhi keseimbangan cairan tubuh.

PMS jenis H
Simptom : berat badan bertambah, payudara membengkak, perut kembung, tangan dan kaki bengkak.
Faktor : Tingginya kadar aldesteron dan estrogen dalam darah. Kurang vitamin B6 da magnesium.

Pencegahan/Rawatan Shaklee :

GLA COMPLEX

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda monopause.

Kelebihan dan khasiat GLA complex

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • membantu meningkatkan kesuburan
  • melegakan PMS
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • membantu menangani penyakit ekzema
  • melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • menguatkan sistem imun tubuh
  • melambatkan proses penuaan
  • mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • mengawal kolestrol

Lebih dari sekdar kalsium

Ostematrix membekalkan nutrien harian termasuklan kalsium yang membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.

ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 

Kelebihan Ostematrix Shaklee:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah pada paras yang normal.
  • membantu dalam pengcutan otot dan pelancaran saraf.
  • mengurangkan symptom-symptom senggugut seperti perut kembung, sakit dan kekejangan, retensi air, mudah radang dan kemurungan.
  • meringankan stress, mengawal dengupan jantung.
  • memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik





sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 013- 3217182

Saturday, March 2, 2013

migrain dan sakit kepala serta cara mengatasinya


Sakit kepala adalah gejala biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

~ sakit kepala kerana tekanan
~ sakit kepala kerana sinus
~ sakit kepala kerana migrain

Sakit kepala kerana tekanan adalah disebabkan oleh tekanan masalah atau stress samada darisegi fizikal ataiu mental. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot disekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Sakit kepala kerana sinus adalah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tetapi menyengat.

Sakit kepala kerana migrain yang sangat popular setakat ini tiada penyebab rasmi yang boleh dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:-

  • kekurangan zat dan nutrisi
  • keturunan
  • kesan dari pengambilan ubat
  • wanita yang mengalami haid/pra-haid
  • terlalu banyak mengambil minuman kafein
  • mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya untuk mengawal kesakitan mereka. Bagi yang mengalami migrain yang teruk, mereka akan diberikan dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan yang boleh mendatangkan risiko terhadap jangka masa panjang kepada kesihatan. Memilih altenatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah yang lebih bijak dan terbaik bagi mengatasi migrain.

Kenapa Supplement Lebih Baik Dari Ubat?
Ini kerana supplement diperbuat daripada bahan makanan dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrien harian kita. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement Shaklee Yang Terbaik Untuk Merawat Migrain:

Ostematrix (Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D)
kalsium
  •  membantu dalam pembinaan tulang, gigi 
  • membantu menetapkan ritma jantung
  • menyelesaikan masalah insomnia
  • membantu pengaliran gizi
  • membantu dalam pembekuan darah
  • mempertahankan otot badan serta sistem saraf dan buah pinggang. 
  • mengurangkan kolestrol dalam darah.
Magnesium
  • penting untuk metabolisma.
  • Membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang
  • Membantu mengurangkan sakit kepala akibat migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D
  • penting untuk penyerapan kalsium
  • kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal/pundi kencing
* 2biji sekali mkn 2x sehari - kesihatan berpanjangan
   3biji sekali mkn 2x sehari - masalah haid/kejang/stress/kebas
   4biji sekali mkn 3x sehari- tulang retak/patah/osteoporosis
   

B Complex

  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (pyridoxine) terbukti membantu mengurangkan kesakitan migrain
  • mencegah penyakit depresi, strok dan sebagainya.
  • meredakan senggugut/PMS
  • masalah keguguran rambut/uban
  • mencegah anemia
  • membantu tumbesaran
  • melegakan alahan.
* 1 biji sekali makan 1x sehari - kesihatan berpanjangan
   1biji sekali mkn 2-3 kali sehari - utk masalah rambut/anemia/kesakitan.




sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 013- 3217182

Resepi Bancuhan ESP Paling Best


Energizing Soy Protein atau lebih dikenali dengan ESP kaya dengan potein yang cukup berkhasiat untuk seisi keluarga. Amat baik untuk ibu mengandung, berpantang dan menyusu, pesakit sistem penghadaman,sistem pendarahan,metabolisma,sistem saraf serta seangkatan dengannya..

secara basicnya..ESP dibancuh dengan segelas air suam kosong atau sebaliknya..untuk penggemar ESP atau yang baru ingin mencuba minuman berkhasiat nie...pelbagai jenis cadangan yang boleh kita cuba..

  • ESP + air suam/sejuk
  • ESP + fresh milk
  • ESP + fresh milk + kurma (kurma diremndam dahulu selama beberapa jam-->blend--->shake dgn 1sudu ESP)
  • ESP + susu tepung
  • ESP + performance Drink Shaklee + Mealshake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + Fruit Juice
  • ESP + Yogurt drink
  • ESP + rebina
  • ESP + milo/horlick
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + fresh milk + oat + serbuk koko + madu (resepi dari dr.Muhaya)


Nie diantara cadangan variaso dari penggemar ESP Shaklee..andai ada sesiapa yang mempunyai cadangan baru..boleh je tambah kat ruang komen dibawah....dialu-alukan..^_____~




sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 013- 321718

Friday, March 1, 2013

Vitamin E Shaklee 50kali lebih baik dari vitamin C???




VITAMIN E SHAKLEE YANG DILENGKAPI DENGAN EKSTRAK BIJI ANGGUR MEMBERIKAN MANFAAT LEBIH BESAR.

KELEBIHAN GRAPE SEED EXTRACT (EKSTRAK BIJI ANGGUR)
  • mengandungi pelbagai khasiat penting seperti protein, lipid, karbihidrat dan polifenol.
  • Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vitamin E dan 50 kali lebih baik dari vitamin C.
  • Sangat berkesan dalam mengatasi masalah kanser serta sangat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan
  • Menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol,penghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca dari urat timbul.
  • melambatkan proses penuaan
  • membantu kulit lebih cantik dan membuatkan anda lebih muda secara semulajadi.



sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 010-013- 3217182

Supplement Terbaik Untuk Si manja


Shaklee memberikan rangkaian nutrisi terbaik yang diperlukan anak anda untuk sokongan tumbesaran yang sihat di samping mengekalkan kesihatan seiring dengan tumbesaran mereka.

memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otakdan tumbesaran yang sihat.
Ia mengandungi vitamin penting seperti B complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cergas serta cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan selsema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga penting dalam mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Sebahagian besar otak terbina daripada lemak "baik" yang juga dikenali asid lemak omega-3. Kajian menunjukkan diet yang kaya dengan omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak.
Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi, sikap positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa tua kelak.

Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghataran mesej ke otak dalam sistem saraf.

protein baik membantu mencerdaskan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmitter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang sangat diperlukan untuk tumbesaran.



sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 010-013- 3217182

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates