Showing posts with label info sihat. Show all posts
Showing posts with label info sihat. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

bahaya kafein untuk ibu hamil dan menyusu



Sifat kafein yang meransang dan diuretik mengakibatkan kenaikan tekanan darah dan kadar pergerakan jantung serta kekerapan untuk kencing.

Disebabkan kesan yang demikian, wanita yang sedang hamil dan menyusu tidak digalakkan untuk mengambil jumlah kafein yang boleh didapati didalam minuman seperti kopi, teh, minuman berkabonat dan juga coklat dengan kadar yang berlebihan.

Menurut beberapa kajian, jumlah kafein yang selamat diambil adalah sebanyak 200mg sehari yang bersamaan dengan 2 gelas kopi, 2 gelas teh, 6 tin coca cola atau 4 bar oklat 50g. Wanita yang mengambil lebih dari 300mg kafein mempunyai risiko lebih tinggi dalam melahirkan bayi yang berat badannya kurang 100-200g berbanding dengan wanita lain yang hanya mengambil kafein dalam jumlah kecil atau tidak mengambil langsung.

Kesan sampingan yang akibat jumlah kafein yang berlebihan juga termasuklah risiko  keguguran, kelahiran bayi yang kurang berat badan , bayi mudah terkena penyakit anemia serta reproduksi yang lain bagi ibu hamil.

bagi ibu yang sedang menyusukan bayi, kesan kafein yang berlebihan akan menjejaskan produk susu dan mengurangkan zat susu ibu. Dan ada beberapa fakta mengatakan kafein turut menjejaskan kesihatan bayi yang disusui dan menyebabkan bayi tidak selesa.

Demi mengelakkan masalah tersebut, adalah lebih baik bagi ibu hamil untuk tidak mengambil sebarang kafein dalam tempoh 9 bulan tersebut, kurangkan minuman kafein bagi ibu yang sedang menyusu.



Monday, March 11, 2013

Senyum untuk kesihatan



Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan menganggap adna tidak siuman.Bersedih tentu sahaja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangisi sehingga memudaratkan kesihatan anda.

Cuba amati anda wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga wajah mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tidak pernah senyum atau payah untuk senyum apatah lagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan mereka. Wajah mereka  yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.



15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok

Saturday, February 16, 2013

Darah Tinggi dan Cara Mengawalnya

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan semasa anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor akan memeriksa semula tekanan darah untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut : 120/80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jangtung. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda berehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

140/90 mmHg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang. Angka pertama adalah tekanan sistolik : tekanan apabila jangtung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda. angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

Langkah permulaan untuk mengatasi sebarang kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi.

  1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Pengurangan sebanyak 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan memudahkan lagi kesan pemberian ubat.
  2. senaman yang kerap. Cuba amalkan senaman selama 30-45 minit setiap minggu. Paling kurang 3-4 kali seminggu.
  3. Kurangkan pengambilan garam dan kolestrol kepada kurang daripada 2.3g sehari. garam umpama pasir yang serap air dan meningkatkan tekanan darah.
  4. jangan merokok. Kesan nikotin rokok dapat tingkatkan tekanan darah sehingga 10 mmHg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah lebih tinggi sepanjang masa.
  5. Kurangkan stress. stress kerja, duit, kesesakan lalu lintas dan macam-macam lagi meningkatkan tekanan darah buat sementara waktu. kalau anda mempunyai stress yang kronik, sudah tentu memudaratkan kesihatan anda dan boleh mengakibatkan serangaan jantung, strok dan macam-macam lagi. Jadi elakkan dan amalkan kehidupan  yang seimbang.
  6. Amalkan diet yang lebih baik. Ketahui keperluan kalori setiap hari anda. ini boleh mengawal jumlah makanan. makan 5-7 hidangan sehari dalm sukatan yang kecil. lebihkan serat seperti grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur segar. Kawal kolestrol dan pastikan ada sumber potassium dalm diet harian anda. Pisang adalah antara potassium yang baik dan mudah didapati.
  7. lakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap bagi memantau keadaaan  kesihatan anda. pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.






sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 013- 3217182

Monday, February 11, 2013

Petua Banyakkan Susu Ibu



Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun bayi sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang) badan ibu belum adjust dengan hormon yang dihasilkan.

Namun setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan bayi, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak isap kedua dua belah payudara, maka susu yang terhasil banyak walaupun bukan semasa berpantang. Ada pelbagai cara untuk menambahkan penghasilan susu badan. antaranya :

1- Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar - lebih kerap bayi menyusu lebih banyak susu yang dihasilkan.

2- Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehinggan bayi itu sendiri melepaskan puting setelah kekenyangan. ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3- Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh.

4- Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang mencukupi.

5-  Dinasihatkan tidak memberikan bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal seperti makanan tambahan seperti jus-jus, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan. Kerana apabila bayi mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6- Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
  • Ambil hidangan seimbang berpandukan panduan piramid makanan.
  • banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari
  • Ambil suplemen yang sesuai jika tubuh selalu lesu dan tidak dapat memenuhi kuantiti susu yang diperlukan.
  • makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7- Amalkan bacaan surah al-Baqarah ayat 60 atau surah al-Hujurat dan sapu pada kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi dan cium bayi anda.

*sumber : surijunior

klik sini untuk dapatkan Suplemen susu ibu/ milk booster



sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiajeShaklee Independent Distributor (888383)
011-29207518 | 013- 3217182







Friday, January 18, 2013

Penjagaan Bayi Pra-matang






Bayi pra matang yang baru lahir tidak bersedia untuk berdepan dengan dunia sebenar. Masih ada bahagian tertentu dalam tubuh badan si kecil tidak matang dan belum terbentuk sempurna seperti paru-paru, sistem penghadaman dan sistem imun badan.

Dengan kemajuan teknologi perubatan, ia bukan mustahil untuk si kecil ini melalui hari-hari awalnya sehingga mereka mampu bernafas sendiri.

Berada di wad khas untuk bayi pra matang ini adalah satu kemestian yang harus dilalui oleh bayi ini. Wad Neonatal Intensive Care (NICU) merupakan wad yang persekitarannya dilindungi untuk bayi pra matang.

Wad NICU dilengkapi dengan kakitangan yang terlatih, sistem bunyi amaran dan pemantauan, alat bantuan pernafasan, pemerhatian daripada pakar kanak-kanak dan diri anda sendiri.

Melihat alat-alat kelengkapan dalam NICU yang banyak kadang kala menakutkan kita. Ketahui fungsi-fungsi sesetengah mesin mungkin dapat menenangkan anda.

1- Sistem Amaran Bunyi Dan Pemantauan.
Mesin Pemantauan bergantung pada hospital dan wad NICU tersebut. Semua mesin merekodkan kadar dengupan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah dan suhu.

2- Kaedah bantuan Pernafasan.
Bergantung kepada keperluan bayi pra matang tersebut.
  • Endotracheal Tube - Tiub ini menyalurkan udara hangat dan oksigen.
  • Ventilator - Juga dikenali sebagai alat bantuan pernafasan. Ia adalah mesin pernafasan di mana endotracheal tube disambungkan. ia boleh memantau jumlah oksigen, tekanan udara dan tarikan nafas.
  • Continuous Positive Airway Pressure (C-PAP) - Kaedah ini digunakan untuk bayi yang boleh bernafas sendiri tetapi memerlukan sedikit bantuan mendapatkan udara ke paru-parunya.
  • Oxsigen Hood - Ia adalah kotak plastik terang yang diletakkan pada kepala bayi dan bersambung pada tiub yang mengepam oksigen pada bayi.

3- Kaedah Memberi Makan
Ia bergantung pada keperluan bayi pra matang tersebut.
  • Intravenous Lines - Kaedah ini menyalurkan keperluan makanan terus ke dalam saluran darah. Ia sesuai untuk bayi pra matang yang mempunyai sistem penghadaman tidak matang dan tidak mampu menghisap, menelan dan bernafas dengan teratur.
  • Umbilical Catheter - Kaedah ini melibatkan tiub yang dimasukkan pada saluran tali pusat. Jangan risau kerana ia tidak menyakitkan. Kaedah ini hanya digunakan pada bayi yang kritikal sahaja dalam tempoh beberapa minggu.
  • Oral and Nasal Feeding - Kaedah ini memasukkan tiub sempit yang fleksibel menerusi hidung (nasogastric tube) atau mulut (orogastric tube). Kaedah ini sesuai untuk bayi yang bersedia menghadamkan susu ibu atau susu formula tetapi masih tidak boleh menghisap, menelan dan bernafas dengan teratur.

Penjagaan Kangaroo
Ia alah kaedah meletakkan bayi pra matang pada posisi yang betul di dada ibu yang terdedah untuk membenarkan sentuhan perut ke perut dan meletakkan bayi di bawah payudara ibu.

Kepala bayi perlu berpaling agar telinganya berada di atas jantung ibu. banyak kajian dilakukan menunjukkan faedah cara ini. Menurut Krisanne Larimer, penulis buku "Kangarooing Our Little Miracles" . penjagaan kangaroo banyak membantu bayi pra matang dalam beberapa perkara :
  • Suhu Badan - Kajian menunjukkan ibu mempunyai aliran udara hangat yang boleh diselaraskan dengan bayi. Apabila bayi kesejukkan, susu badan ibu boleh menghangatkan bayi.
  • Penyusuan - Penjagaan ini membenarkan bayi mudah mendekati payudara dan sentuhan kulit ke kulit meningkatkan pengeluaran susu. Penyusuan menguatkan sistem imun bayi dan merapatkan hubungan ibu dan anak.
  • Meningkatkan Berat Badan - Membolehkan abyi mendapat tidur lena yang cukup bagi memberi tenaga kepadanya. Peningkatan berat badan bermakna singkatlah masanya tinggal di hospital.

Penglibatan ibubapa.
Bagaimana anda dapat membantu bayi pra matang anda di NICU selain daripada penyusuan dan penjagaan kangaroo?

Ibubapa digalakkan untuk berinteraksi dengan bayi. Sebagai ibu atau bapa, mungkinn anda tidak nampak bagaimana cara untuk berinteraksi dengan bayi kecil yang berselirat dengan wayar, mesin dan berada dalam inkubator. Menariknya, ada beberapa cara yang boleh anda sempurnaan dengan jayanya:
  • Sentuh bayi anda sekerap yang mungkin. lakukan ia dengan lembut atau gerakan perlahan.
  • Bercakap dengan bayi anda. Bayi akan terbiasa dengan suara anda dan boleh mententeramkannya.
  • Tukarkan lampin bayi.
  • Libatkan diri pada kali pertama bayi dimandikan. Ia bergantung pada perkembangannya, anda boleh menggunakan tuala basah atau span lembut semasa memandikannya.
  • Ambil suhu badan bayi
sumber



Wednesday, January 16, 2013

Kenapa Perlu Memilih Vitamin Semulajadi?

Terdapat 3 kumpulan vitamin yang berkawan rapat, dan kemungkinan mereka sama rupa, sama saiz, sama warna dan perwatakan pun mungkin ada yang sama tapi siapa tahu dalaman hati dan funginya terlalu berbeza.

Vitamin Sintetik mahupun organik atau semulajadi pada asalnya bermula dari bahan semulajadi tapi pemprosesannya yang membezakan ia.

Kenali hati budi dalaman setiap jenis vitamin ini:-


Vitamin Sintetik
  • Umpama buah-buahan plastik yang merupakan nutrien yang dihasilkan dalam persekitaran makmal daripada bahan-bahan kimia.
  • Kos penghasilannya adalah lebih rendah.
  • Dilebelkan dengan huruf "l" berbanding dengan vitamin semulajadi yang dilebelkan dengan huruf "d" yang boleh dilihat pada setiap lebel pada botol vitamin.(rujuk: How To Understood Food Supplement Labels by Doc. Bruce B. Miller)
  • Kebanyakkan makanan tambahan dari jenis ini dan banyak terdapat dipasaran.

Vitamin Organik
  • Nutrien yang khususnya dipencilkan dari satu sumber semulajadi, biasanya dengan menggunakan haba, tekanan yang tinggi atau pelarut kimia yang kuat.
  • Ko-faktor yang ada pada nutrien lesap atau rosak tanpa diganti.
  • Semasa pemprosesan ia melibatkan haba yang berlebihan, produk petroleum biasanya digunakan yang menyebabkan kehilangan nutrien.

Vitamin Semulajadi

  • Dihasilkan dengan pemprosesan yang semulajadi seminima mungkin dan kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi.
  • Perlukan pelaburan yang tinggi dalam sumber semulajadi yang berkualiti.
  • Kos menghasilkannya lebih tinggi berbanding dengan kos sintetik.
  • Kebanyakkan syarikan tidak menjual vitamin dan mineral semulaji. Ditemui hanya syarikat shaklee satu-satunya yang berbuat demikian (rujukan : A Costumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care).
~Changing Brands Can Changed Your Life~ rockn, roll icon

Wednesday, January 9, 2013

Bioflavonoid ???



Sustained Realease Vita-C Plus yang di lengkapi dengan Bioflavonoid meningkatkan mutu dan kualitinya pada badan.

Apa itu Bioflavonoid??? jom kita kaji lebih mendalam.....

Flavonoids are a class of water-soluble plant pigments. Flavonoids are broken down into categories. Though the issue of how to divide them is not universally agreed open. One system breaks flavonoids into isoflavones, anthocyanidins, flavans, flavonols, flavones and flavanones. Some of the best-known flavonoids, such as genistein in soy, and quercetin in onions, can be considered subcategories of categories. Although they are all structurally related their functions are different. Flavonoids also include hesperidin, rutin, citrus flavonoids and a variety of other supplements.

Bioflavonoid adalah satu kumpulan sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi yang bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan antioksida. Mereka mempamerkan pelbagai aktiviti biologi terutamanya untuk sifat antioksida dan dapat meningkatkan Vitamin C.

Bioflavonoid bekerja dengan antioksida untuk meningkatkan satu sistem perlindungan. Banyak kajian menunjukkan peranan yang unik dalam melindungi vitamin C daripada pengoksidaan dalam badan, dengan itu badan akan mendapat manfaat yang lebih dari vitamin C

contoh sumber makanan: bean sprouts, buah beri, epal, cauliflower, buah-buahan sitrus, kentang, keledek, tomato serta sayur-sayuran hijau.

kesan Vitamin C dan bioflavonoid :-

  • Membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kapilari.
  • Melindungi paru-paru dengan menghalang oksigen dari menukar ke peroksida.
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Membantu luka cepat sembuh
  • Membantu usus menyerap zat besi.
  • Merendahkan tahap kolesterol darah.
  • Melindungi tubuh terhadap pencemaran terutamanya logam plumbum, merkuri, aluminium serta toksin kimia sperti formaldehid, pelarut organik dan racun perosak.
  • Melindungi badan dari bakteria dan virus.
  • Melindungi daripada serangan jantung.
  • Mengurangkan stress.
  • Mengurangkan gejala selsema dan flu.

Kesan terhadap otak :-
  • Meningkatkan kecerdasan dan fungsi mental.
Beberapa kajian telah menunjukkan pelajar yang mengamalkan pengambilan vitamin C lebih baik ujian IQ berbanding pelajar yang kurang mengambil vitamin C

kekurangan vitamin C akan membuatkan seseorang mengalami gejala gusi berdarah, pendarahan, gigi longgar, gangguan emosi serta kelembapan proses penyembuhan luka. mungkin ini tidak berlaku sekarang tapi dalam jangka masa panjang.

Untuk penggemar vitamin c, pastikan Vitamin C yang anda ambil dilengkapi dengan bioflavonoid...^__________^



Wednesday, October 17, 2012

Kanak-kanak Lewat/lambat Bercakap




" Anak saya berusia 2 tahun tetapi masih belum bercakap. Bukan tidak boleh atau tidak faham percakapan orang tetapi apabila ditanya, dia hanya menjawab sepatah dua sahaja."
ujar seorang ibu meluahkan rasa....

terdapat 5 faktor penting yanng memainkan peranan utama dalam menentukan bahawa perkembangan pertuturan berjalan dengan memuaskan. Faktor-faktor tersebut ialah:

  1. tiada kecacatan akal
  2. pendengaran yang baik
  3. ketiadaan kecacatan fizikal seperti yang timbul daripada gangguan urat saraf
  4. perkembangan emosi yang sihat
  5. persekitaran dan stimulasi yang memuaskan
kanak-kanak yang cacat akalnya memang selalu lambat bercakap. Selalu terdapat kanak-kanak yang berumur empat tahun yang cacat akalnya hanya mencapai tahap bahasa seakan-akan kanak-kanak yang berumur 2 tahun atau kurang daripada itu. Semakin rendah kebolehan inteleknya semakin lambatlah dia mula bercakap.


walaubagaimanapun, ada juga keadaan dimana bayi normal akan lambat bercakap sehingga usia mereka mencecah 2-5 tahun.

Jika dilihat daripada situasi tersebut, menurut pakar kanak-kanak, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Malinee Thambyayah, cepat atau lambat seseorang kanak-kanak itu bercakap banyak dipengaruhi persekitaran termasuk peranan ibubapa.

Kata beliau, secara umumnya bayi mempelajari cara percakapan menerusi orang yang berada di sekeliling mereka. Lazimnya bayi akan memberi tindak balas sebaik sahaja mereka dilahirkan.

Seorang kanak-kanak normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia lapan bulan ke setahun setengah.

Untuk itu, 6 bulan pertama amat penting dimana ibu bapa harus beerkomunikasi dengan bayi mereka dalam usaha merangsang kanak-kanak bercakap.

Ini kerana seawal 10-12 bulan bayi lazimnya sudah boleh mengungkap perkataan papa, mama, baba, ibu, umi dan sebagainya yang dalam 2perkataan. Perkembangan tersebut akan meningkat perlahan-lahan sehinggalah mereka berusia 18bulan dimana percantuman perkataan mula dituturkan.

Sekiranya bayi lambat bercakap berbanding kanak-kanak seusianya makan ada sesuatu yang tidak kena. Ibubapa yang mengesyaki anak mereka berhadapan masalah dalam percakapan perlu segera merujuk kepada pakar terapi.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa tumbesaran bagi setiap kanak-kanak adalah berbeza. jelas Dr Malinee.
utusan.com

Tuesday, October 16, 2012

Khasiat Buah Delima


Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut sebanyak tiga kali dalam al-Quran.

" dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman menghijau, Kami keluarkan pula tanaman itu butir-butir(buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan Kami jadikan kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang bersamaan bentuk, rupa dan rasanya dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang beriman" al-An'am:99

sumber: faktafaktamenarik

KHASIAT BUAH DELIMA
Pohon delima dikatakan mampu hidup selama 200 tahun dan buahnya kaya dengan zat sodium, riboflavin, niasin, vitamin C dan fosforus. Bunganya berwarna keunguan dan putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan  berabad-abad dia Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah s.w.t. Keunggulan buah delima ialah susulan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam.

Ia juga menjadi penawar yang berkesan kerana mengandungi antioksidan yang tinggi untuk penyakit jantung, cepat tua dah barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek. Sementara dalam dunia perubatan Yunani, buah delima mampu mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan melawaskan penghadaman.
  1. membaikpulih fungsi hati dan limpa
  2. memcuci buah pinggang dan salur kencing.
  3. membantu penghadaman.
  4. membuang lemak-lemak berlebihan
  5. menambah tenaga
  6. mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  7. mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  8. membaiki sistem pembersihan dan pemulihan darah
  9. merawat atau membaik pulih pesakit kencing manis
  10. menambahkan tenaga dan mengelakkan dari penyakit lemah tenaga batin
  11. mencantikkan kulit




Saturday, September 15, 2012

Serat Makanan

APA ITU SERAT MAKANAN??
Serat adalah bahagian daripada tanaman yang tidak boleh dicerna oleh manusia. Tanaman memberikan kekuatan struktur mereka. Serat yang ditemuai dalam biji-bijian, bijirin, gandum, buah-buahan, sayuran, psyllium sekam, kekacang, polon-polongan(kacang kering,kacang polong dan lentil). Namun, serat hanya ditemui dalam tanaman, sementara haiwan seperti daging, ikan dan produk susu tidak mengandungi serat.

Serat datang yang dari dinding sel tumbuhan makanan ini merupakan bahan yang mambantu untuk memastikan kesihatan tumbuhan,menghalang dinding sel daripada jatuh. Terdapat dua jenis serat makanan ; serat yang boleh hadam dan serat yang tidak boleh hadam. Kedua-dua jenis ini diperlukan dalam gizi pemakanan.

MENGAPA SERAT PENTING UNTUK BADAN?
Ahli kesihatan percaya bahawa bermula dari usus besar, dan mengekalkan tubuh anda serat yang mencukupi setiap hari adalah penting untuk fungsi usus kecil dan usus besar. Diet tinggi serat juga membantu mengawal berat badan dengan membuat anda berasa kenyang lebih lama selepas makan dan kecil kemungkinan untuk makanan ringan.

Serat makanan tidak dicerna oleh badan manusia, tetapi memaninkan peranan penting dalam kesihatan, antaranya:


  1. Ia Menyumbang kepada saluran penghadaman yang sihat dengan membekalkan bahan pukal dan melembutkan kumuhan pejal, membantunya bergerak melalui saluran penghadaman dalam rentak yang sihat.
  2. Serat makanan adalah bahan penting untuk bakteria baik yang hidup dalam salur penghadaman. Bakteria baik ini membantu dengan melepaskan nutrien-nutrien untuk diserap badan dan menghalang pembiakan bakteria merbahaya disaluran penghadaman.
  3. Serat makanan berupaya mengikat bahan-bahan yang merbahaya yang terdapat di saluran penghadaman dan membawanya ke dalam bahan kumbuhan.

SIAPA YANG MEMERLUKAN SERAT?
Setiap orang harus memakan serat setiap hari terutama untuk pesakit diabetis dan yang mengalami berat badan yang berlebihan.

BERAPA JUMLAH SERAT YANG PERLU SAYA AMBIL DALAM SEHARI?
Nutrisi cadangan adalah untuk 20-35gm jumlah semua jenis serat dalam sehari. Secara berperingkat menambah serat ke dalam makanan anda, anda juga disarankan untuk minum lebih banyak air saat anda meningkatkan jumlah serat yang anda makan. Bilangan yang disyorkan adalah 8 gelas sehari.

veggies2

HUBUNGAN SERAT DENGAN BERAT BADAN
Serat akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa sepenuhnya.Tindakan ini dapat membantu anda mengehadkan jumlah kalori. Selain itu, pola pemakanan yang sihat dan bersukan secara teratur juga sangat penting untuk membantu seseorang dalam mengendalikan berat badan.

ADAKAH KESAN SAMPINGAN DALAM JANGKA PANJANG JIKA MENGAMBIL MAKANAN TAMBAHAN BERSERAT TINGGI ?
Serat akan meningkatkan pergerakan usus dan fungsinya. Sehingga anda boleh bertindak balas secara bebas jika produk yang dibeli daripada syarikat terkemuka.






Monday, September 3, 2012

Bayi Seringkali Demam, Selsema dan Batuk?






KENALI DEMAM ANAK ANDA

Demam memang satu perkara yang sangat merisaukan ibu-bapa. Walaupun kadang-kadang ia dianggap biasa, tp ia tidak boleh dipandang ringan terutama dibawah umur enam tahun. Sekiranya suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kanak-kanak diserang sawan.

Suhu Badan yang normal adalah 37°C. Seseorang itu boleh dianggap demam jika sekiranya suhu badannya melebih 37°C.

Demam akan berlaku jika jangkitan kuman atau penyakit-penyakit lain yang berinteraksi dengan sistem tahanan badan.

Demam biasa pula bermakna suhu kita meningkat lebih daripada 37 darjah celcius tetapi tidak melebihi 38 darjah celcius. Demam biasa akan pulih dalam masa dua, tiga hari sahaja.

Demam panas pula terjadi apabila suhu melebihi 38 darjah celcius dan berlarutan lebih lama. Selalunya disertai simptom-simptom lain seperti batuk dan selsema.

Viral infection bermaksud jangkitan yang disebabkan oleh virus. Terdapat banyak jenis virus yang boleh dijangkiti. Virus ini selalunya menyebabkan demam yang kadangkala tidak terlalu tinggi tetapi boleh juga menyebabkan demam panas. Walau bagaimanapun, demam virus ini selalunya boleh hilang dalam tempoh dua, tiga hari.

Sistem imun merupakan salah satu sistem yang paling sensitif dan kompleks dalam badan kita.  Ia bekerja untuk menghapuskan bahan asing dan bahan merbahaya dalam badan dan kemudian meneutralkan bahan asing tersebut.

Hari ini kita sering kali dikelilingi dengan pelbagai ancaman penyakit dan pencemaran. Memelihara sistem imun menjadi tanggungjawab utama kita terhadap badan dan kanak-kanak.

Shaklee mementingkan kesihatan imuniti anda bermula dari dalam sehingga ke luarnya. Vitamin Shaklee sangat sesuai untuk mereka yang sentiasa dan kerap kali demam, selsema dan batuk.
  • kanak-kanak umur 1-3 tahun = Mealshake + omega
  • kanak-kanak umur 4-12 tahun = Vita C, VitaLea for children, mealshake, omega, nutriferun.
  • 12 tahun dan keatas = nutriferun, B-complex, carotomax, vita-C, Vita-Lea
Sebaiknya ibubapa hendaklah menyimpan jangka suhu di rumah untuk memantau suhu badan anan-anak ketika mereka demam.

Pertanyaan yang mungkin bermain di kepala ibu-ibu?
Kenapa mealshake..?? apa kurangnya ubat paracetemol...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates