Showing posts with label Beauty Programme. Show all posts
Showing posts with label Beauty Programme. Show all posts

Sunday, March 3, 2013

ESP Masker Semulajadi



MASKER SEMULAJADI ESP
Pasti telah ramai antara kita sudah tahu khasiat masker yogurt yang biasanya terdapat di SPA dan salun kecantikan. 

Manfaat yogurt kepada kulit:

  1. Melegakan kulit terbakar
  2. Membantu memberikan kelembapan kepada kulit
  3. Melicinkan dan melembutkan kulit
  4. Menghilangkan kegatalan kulit kepala
Lebih marbelous apabila ia digabungkan dengan ESP ini kerana ESP yang diperbuat daripada protein tinggi  yang penting dalam membaiki dan membina sel dan tisu baru dalam badan kita. Ia turut membantu dalam memulihkan kecergasan kepada kulit, melembapkan dengan lebih berkesan walaupun tona kulit tidak sekata.

Cara :-
  1. Gunakan 1 cawan yogurt berperisa asli sebagai base masker
  2. Tambahkan 1 sudu kecil ESP ke dalam yugurt dan kacau rata.
  3. Ratakan di sekitar kawasan muka kecuali bahagian mata.
  4. Biarkan selama 10-15 minit dan tunggu sehingga kering
  5. Bilas sehingga bersih.
  6. Best time: selepas mandi pagi.
Selamat Mencuba!!! ^____~




sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 013- 3217182

Monday, January 14, 2013

Masker Semulajadi




Adakah anda terfikir untuk membuat masker sendiri tanpa bahan-bahan kimia?
Selain untuk menambahkan kesihatan tubuh badan, Vitamin C Shaklee juga boleh digunakan sebagai masker semulajadi.

Cara membuat masker dengan Vitamin C Shaklee :-

  1. Patahkan vitamin C kepada 3 bahagian.
  2. Ambil satu bahagian dan hancurkan. (baki simpan utk hari lain)
  3. Masukkan satu sudu air dan biarkan 3-4 minit sehingga ia kembang.
  4. Sapu pada seluruh wajah yang telah dibersih dan kering.
  5. Biarkan ia kering sehingga 20-30 minit.
  6. Bilas dengan air bersih.

Mereka telah pun mencuba.....^________^







Kelebihan Masker Vitamin C shaklee :-

  1. Meransang penghasilan kolagen.
  2. Menegangkan kulit muka.
  3. Mengecutkan jerawat.
  4. Menyegarkan wajah.
  5. Mencerahkan muka.
*Thanks tu Najihah Sudi

Mengatasi Jerawat, Parut dan Luka




Bercakap pasal jerawat..pasti banyak cerita kan? Kadang--kadang jerawat boleh menambahkan stress bagi tuan empunya badan lebih-lebih lagi kepada wanita tak kira remaja mahupun dewasa.

jerawat terjadi apabila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di ruang muka, dada dan belakang..

Anda sudah buntu mencari jalan untuk mengatasi jerawat lebih-lebih lagi parut yang boleh menghilangkan keyakinan diri untuk tampil di kahlayak ramai..saya yakin ramai dah mencuba banyak produk untuk atasi masalah nie..ok.. apa kata kita guna kaedah pengambilan vitamin semulajadi tanpa bahan kimia yang boleh memudharatkan pada masa akan datang..

Vitamin C (klik sini utk lebih lnjut) 
Vitamin C Shaklee yang didatangkan khusus dalam bentuk Sustained Release iaitu kaedah pelepasan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan Vitamin C sentiasa berada dalam badan.

Pengambilan Vitamin C secara konsistent mampu membantu proses pencerahan kulit, melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen.

Vitamin B Complex (klik sini utk lebih lnjut)
B Complex Shaklee terdiri daripada 8 vitamin B iaitu Thiamin (B-1) Riboflavin (B-2) Pantothenic Asid (B-5) Pyridoxine (B-6) folid Asid (B-9) dan Cobalamin (B12) serta biotin.
B-2 iaitu Riboflavin yang lebih dikenali sebagai Beaty Vitamin. Vitamin b sangat bagus untuk mereka yang mengalami masalah kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut serta kulit kering. Ia juga turut mengatasi masalah kelesuan.

Vitamin E Complex
Vitamin E shaklee kini ditambah dengan ekstrak biji anggur yang sangat digalakkan untuk mereka yang pentingkan kecantikan. Ia turut membantu kulit agar kelihatan lebih muda.

Ia juga merupakan anti oksida yang penting untuk melawan radikal bebas dari memusnahkan sel. berfungsi merawat dan mencerahkan kesan parut serta membantu dalam penyerapan oksigen.







~Changing brands Can Changed Your Life ~  ^____________^


Wednesday, August 15, 2012

Collagen Powder Bukan Sekadar Kolagen



Apa itu kolagen??
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya menrangkumi 30% daripada keseluruhan protein dalam badan manusia. Ia menyokong sebahagiaan besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit serta tisu badan. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari setiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting bagi abad ini.

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku) tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati,tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III, IV dan V

Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi.

Kolagen II terdapat pada tulang rawan dan mata.

Kolagen III terdapat pada reticulate (komponen utama retikuler serat). rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati, jantung, sumsum, arteri, kulit, usus dan rahim.

Kolagen IV membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang) , kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

Kolagen V pada permukaan sel, rambut dan uri.

Peranan Kolagen:

  • menghasilkan asid amino penting seperti:
  • Lysin prolin dan Glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong dan untuk mengawal fungsi sel.
  • Hydroxyprolin memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang grisin melembapkan kulit
  • Analin, prolin dan asparagin - menstabilkan struktur, melembapkan dan menegang serta menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit sentiasa cantik serta menghalang penuaan.
  • Arginin - Memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur
  • Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.
  • Menegangkan, menganjal dan melembapkan kulit.
  • Menampung air dalam badan.
  • Meningkatkan penyerapan darah dibawah lapisan kulit.
  • Meningkatkan isyarat induksi
  • Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik.

Kesan Kolagen keatas badan.
  • Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit.
  • Memelihara kelembutan kulit
  • Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • Menguatkan otot serta tulang.
  • Membantu hati dalam proses detoksifikasi (buang toksin)
  • Memelihara kelenturan sendi
  • Mengurangkan keradangan (inflammation)
  • Memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf.
Kesan kekurangan Kolagen dalam badan.
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. kesan penurunannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan hampir kehilangan separuh daripada kolagen yang ada, jadi semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan kita. Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoporosis, arteriosclerosis, selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.





Shaklee Collagen Powder bukan hanya sekadar kolagen.
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (red snapper scare) collagen, Kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan beerkesan.

Tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila bila masa dan dimana sahaja.

Shaklee Collagen Powder meningkatkan keanjalan, penghidratan dan antioksidan dalam badan.

Kolagen -  membekalkan elastin dan mengekalkan kulit lebih anjal.

Ekstrak Kulit kerangan Laut - mengandungi glukosamina sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata.

Loctobacillus acidophilus - meningkatkan penyerapan kalogen.

Kebaikan Kolagen Shaklee

  • Anti-Penuaan-mengurangkan kedutan dan liang-liang roma.
  • Mengembalikan keanjalan.
  • Meningkatkan pergerakan.
  • Menyuburkan
  • Menegang payudara& punggung.
  • Mencerahkan dan mengurangkan pigmentasi jeragat.
  • Melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan.




Sunday, June 24, 2012

Shake-Up Semua Bermula Dari Anda

SHAKE UP PROGRAM
Adalah untuk mereka yang mahu menguruskan badan dan membuang lemak berlebihan. Program ini memjadikan badan lebih ramping dan langsing serta lebih bertenaga dan berkeyakinan dan juga meningkatkan kesihatan anda secara menyeluruh.

Shake-up terdiri daripada:

1- CINCH SHAKE
   Cinch Shake Mix adalah makanan gantian segera untuk mereka mereka yang sibuk dan tiada masa untuk menjaga pemakanan. Ia mengandungi serat makanan yang tinggi dan membantu rasa kenyang. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan. Rumusan proprietary nya diperkaya dengan Leucine iaitu asid animo yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Dalam kata lain, Leucine dalam Cinch Shake membantu menghilangkan lemak dan memelihara otot.


2- HERB LAX
    The most effective , gentle colon detox and cleanser.


3- FIBER UNFLAVORED
     Serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa sangat kaya dengan vitamin C. Ia membantu sistem penghadaman dan berupaya memanjangkan waktu bekalan makanan didalam badan dan membuatkan anda berasa kenyang. Ini dapat membantu anda mengurangkan pengambilan makanan dan kalori.





4- LECITHIN
    ia bertindak mengemulsikan lemak dan memecahkan lemak dalam badan. Tahukah anda Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat  jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian.


5-  CINCH TEA
     Campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau dan teh putih. Memberi tenaga dan rendah kalori.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates