Showing posts with label Mealshakes. Show all posts
Showing posts with label Mealshakes. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Sept - Okt Special Offer Shaklee

bulan nie dan bulan depan sangat2 special shaklee bagi kat kita....2 offer terus dalam satu bulan...WOowWWWWwwwaaaht icon memang rugi siapa tak ambil kesempatan nie...
satu promo Mealshake beli 3 percuma 1...satu lagi Promo collogen Powder beli 6 percuma 1


Beli 3 dapat 1 percuma??? Maknanya...Beli 6 Percuma 2...wahhhhhmisdoubt icon


Apa yang bestnya beli promo collogen nie..dengan setiap belian 6kotak collogen, anda akan mendapat 1 kotak secara percuma dan mendapat keahlian percuma..jadi tunggu apa lagi...jom dapatkan sekarang!!!!




Jaeiaje || Familicare



011-29207518 || 019-9192084




Friday, March 1, 2013

Supplement Terbaik Untuk Si manja


Shaklee memberikan rangkaian nutrisi terbaik yang diperlukan anak anda untuk sokongan tumbesaran yang sihat di samping mengekalkan kesihatan seiring dengan tumbesaran mereka.

memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otakdan tumbesaran yang sihat.
Ia mengandungi vitamin penting seperti B complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cergas serta cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan selsema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga penting dalam mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Sebahagian besar otak terbina daripada lemak "baik" yang juga dikenali asid lemak omega-3. Kajian menunjukkan diet yang kaya dengan omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak.
Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi, sikap positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa tua kelak.

Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghataran mesej ke otak dalam sistem saraf.

protein baik membantu mencerdaskan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmitter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang sangat diperlukan untuk tumbesaran.



sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 010-013- 3217182

Monday, December 3, 2012

Masalah Ruam Kulit Bayi dan Cara Merawatnya



RUAM KULIT

Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas

Rawatan: Elakkan memakaikan bayi pakaian yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. Kain kapas merupakan alternatif terbaik untuk dipakai kepada bayi anda berbanding kain nilon dan poliester.

RUAM LAMPIN

Ruam lampin merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi. Ruam lampin boleh berlaku jika bayi anda dibiarkan terlalu lama memakai lampinnya yang kotor kerana air kencing atau najis.

Rawatan: Segera ganti lampin setiap kali bayi buang air besar mahupun air kecil. Bersih dengan air suam, bila perlu dengan sabun halus dan bilas sampai bersih dan keringkan. Hati-hati pada keadaan bayi yang alah pada penggunaan sabun. Sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit.

RUAM SUSU

Ruam susu ialah bintik-bintik putih yang sering muncul di muka, leher dan atas dada bayi.

Rawatan: Jika anda terlihat bintik-bintik ini, tidak perlu bimbang kerana ia akan hilang begitu sahaja.

EKZEMA/ALERGI
Biasanya bayi yang ekzema mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki serta badan. pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. keadaan ini menyebabkan bayi terasa sangat gatal.

Manakala alergi pula merupakan kemerahan disertai rasa gatal yang timbul secara tiba-tiba. biasanya ia berpunca daripada makanan, perubahan cuaca, ubat, binatang peliharaan, serangga dan sebagainya. Reaksi alergi pada kulit terjadi setelah tubuh berhubungan dengan sesuatu alergen samada yang disedut seperti debu, yang dimakan seperti makanan dan ubatan yang menempel seperti alergi kontak, disuntik seperti ubatan atau gigitan dari serangga.

Rawatan: untuk mengelakkan kesan yang teruk, jangan digaru. jika anda mengesaki bayi anda alergi pada makanan, rujuklah pada pakar pediatrik anda. Seandainya tidak sesuai dengan susu formula bayi, anda boleh menukarkan kepada formula soya atau mealshake yang dapat membantu bayi membesar dengan lebih sihat.


Monday, October 22, 2012

anak kurang makan/ minum susu

Sememangnya ibu-ibu susah hati dan bimbang apabila anak-anak membesar tanpa minat untuk makan ataupun minum susu. Pelbagai cara dan usaha dibuat untuk pastikan mereka menerima nutrisi secukupnya.
kami akan kongsikan sedikit tips yang mungkin dapat memberikan manfaat sedikit sebanyak untuk membantu anak-anak agar suka makan.

  1. jangan terlalu memaksa anak makan. ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. malah anak mungkin akan terus membenci dan merasakan ia satu penyeksaan.
  2. offer makanan bila anak-anak dalam keadaan lapar dan tenang. jangan tunggu sehingga mereka terlalu lapar.
  3. jadikan aktiviti makan satu perkara yang menggembirakan.
  4. campur makanan baru dengan makanan kesukaan mereka. dan mungkin anda boleh menghiasi makanan untuk kelihatan lebih menarik.
  5. amalkan makan bersama. 
  6. ajak anak bermain sambil makan. 
  7. elakkan makan sambil minum air. sebaiknya tunggu sehingga makanan habis
  8. kurangkan makan makanan ringan dan snek berhampiran waktu makan.
  9. biarkan anak-anak turut membantu dalam menyediakan makanan seperti membawa pinggan, sudu
  10. ajak anak membeli makanan dapur bersama.
  11. sekali sekala ajak anak-anak makan bersama rakan sebaya mereka. anak-anak lebih suka makan beramai-ramai.
  12. biarkan anak-anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah.
  13. tanyan anak-anak menu yang diingini
  14. biarkan anak-anak kunyah makanan sampai habis sebelum suapan yang baru.
anda juga boleh membantu mereka dengan memberikan mealshakes. Selain dapat membantu menambahakn selera makan, meal shakes juga merupaka multivitamin berbentuk minuman semulajadi. Jadi anak anda akan mendapat khasiat sepenuhnya walaupun kurang makan.

Monday, October 8, 2012

Alergi



APA ITU ALERGI?
Sebenarnya, alergi atau lebih dikenali sebagai alahan reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau hanya dengan sentuhan. Sistem keimunan badan berindak balas terhadap alergen (bahan yang membangkitkan reaksi) dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti,
kongesi hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau birit-birit, mata berair serta gatal dan ruam gatal.


ADAKAH ALERGI DIWARISI?
Sememangnya alergi itu lazimnya diwarisi secara turun temurun, walaupun mungkin setiap ahli keluarga mempunyai alergi berlainan. Seorang anak mungkin menghidapi asma, manakala seorang lagi cenderung mendapat diarhea, memberi bayi susu badan secara ekslusif untuk enam  bulan pertama akan dapat mengurangkan kejadian alergi baginya semasa diperingkat umur muda.

ADAKAH ALERGI SENANG DIKESAN?
Tidak semestinya, dan agak sukar dikesan bagi bayi. contohnya, ramai bayi akan berdehit apabila diserang infeksi saluran pernafasan respiratori atas. ini sebenarnya bukan tanda alergi, dan kebanyakan bayi akan hilang kecenderungan untuk berdehit apabila mereka matang. Sekiranya dehitan itu berlaku tanpa selsema dan masih kekal apabila mencapai usia 3 tahun, pakar pediatrik anda mungkin akan meminta andasupaya menyimpan buku catatan setiap kali bayi anda menunjukkan simptom ini. Diagnosis asma lazimnya boleh dibuat berdasarkan sejarah bayi dan tindak balasnya terhadap ubat bronchodilators yang melegakan.

Satu cara untuk mengenal pasti punca alergi adalah dengan ujian cucuk kulit, yang amat sesuai untuk alergiekzema akibat sentuhan, namun begitu, ujian ini kurang sesuai bagi bayi yang berumur 18 bulan dan kebawah. Anda dinasihatkan untuk bertanya dengan doktor anda sekiranya timbulnya simptom baru atau sesuatu simptom berlarutan. Sekiranya bayi anda mengalami sesak nafas, atau mencungap atau ternampak bingung, nadi bergerak cepat atau pucat, sejuk, segeralah berjumpa dengan pakar pediatrik anda.

keadaan-keadaan yang berkaitan dengan alergi, seperti asma dan ekzema agak senang juga untuk didiagnosis. Namun begitu, seseorang itu juga boleh mendapat alergi dari pelbagai punca seperti bulu kucing kepada kain poliester. Kongesi pagi hari, yang selalunya kekal sepanjang tahun, disebabkan kutu habuk atau alergi dari haiwan peliharaan. Apabila terdapat simptom, tetapi puncanya sukar untuk dikesan. Elok sekiranya anda berunding dengan pakar pediatrik anda.

KETIDAKTOLERANSI DAN ALERGI MAKANAN
bayi kadangkala menjadi alergi kepada makanan tertentu, seperti gandum, telur, susu, makanan soya, kacang, kerang-kerangan, ikan dan buah sitrus. Simptom alergi semulajadi, umpamanya ruam tebal atau berdehit atau bengkak bibir dan lidah selalunya datang dalam satu atau dua jam selepas memakannya. jika anda mengesyaki bayi anda alergik kepada sesuatu makanan, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.

Jika anda mengesyaki bayi anda mempunyai ketidaktoleransi makanan, jumpalah pakar pediatrik anda yang akan merujuknya kepada pakar diet. Pakr diet mungkin merancangkan diet yang mengasingkan makanan larangan, yang mana makanan yang disyaki, akan dikeluarkan kemudian dimasukkan kembali secara perlahan. ini membantu untuk mengenal pasti makanan yang menyebabkan alergi.

Jika bayi anda diberikan formula dan didapati mempunyai ketidaktoleransi atau alergi terhadap susu lembu, pakar diet mungkin akan mencadangkan agar bayi anda beralih ke formula soya atau formula yang mengandungi susu lembu yang sudah diubahsuai untuk bayi anda.


sumber : babycenter

Friday, September 28, 2012

Testimoni Asthma vs Mealshake



hari nie familicare sibuk buat kajian tentang satu penyakit yang sangat famous dikalangan anak-anak kecil iaitu Asthma

jom kita berkongsi satu pengalaman gembira sis Lia yang sangat gembira dengan kesihatan babynya irfan dan juga dirinya. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

kawan-kawan yang baca blog saya nie tentu tahu anak saya irfan is suffering of bronchitis problem which eventually will leads to asthma. Dah banyak produk saya cuba tapi most of it tak serasi dengan irfan. so, saya bagi irfan try Mealshake. Mula-mula tu irfan nampak ada selera makan balik. sebab before this dia memang skinny and saya masak ape pun dia taknak makan. After few days trying, nampak dia active, tak cepat letih dan tidur malam pun taklar  sharp kol 8 mlm dah. if not tak sempat nak main2 dengan  Irfan dah dia nak tidur. Then, after that, Irfan demam 2 hari, tapi saya tanya Cery sebab ape dia demam after consume Mealshake, Cery kata, body dia tengah create antibodi tu pasal dia demam tapi teruskan bagi mealshake. 2 hari demam plus dengan batuk asthma Irfan, cukup merisaukan saya. Saya teruskan bagi mealshake, masuk hari ke-3 Irfan dah tak demam and batuk2 asthma da terus hilang. Irfan kembali aktif(actually aktif lagi dr biasa..hehe..) dan makan pun nak sahaja. if not, kalau dulu kena asthma, dah baik pun taknak makan, minum susu je. Risau ummi tau..! Sekaarang ni, Irfan makanpun da start with those contain cow's milk. Alhamdulillah. Mealshake ni senang je nak bagi irfan sbb boleh bancuh dalam susu dia. Sehari sekali, satu sudu teh campurkan dalam susu dia. But, what are the nutrition facts in Mealshake? haa..ni diaa...


Shaklee meal Shakes-French Vanilla
Functions of Meal Shake :
Shaklee Meal Shakes can be used as supplements for added nutritional insurance,delicious between-meal snacks, or beverages with meals. It provides 30% of the Daily Value ((DV) for protien and 35% or more of the DVs for 19 essential vitamins and minerals. It is good sources of dietary fiber.

Alhamdulillah, Irfan makin sihat dan saya SANGAT bersyukur atas perubahannya. So, untuk saya, saya cuba Trial Pack Set F coonsists of 30 tabs of Vitamin E and 90 tabs of alfalfa. Before this saya ada masalah lenguh2 leher sebab duduk lama depan pc kat ofis tu and bila malam kadang2 saya cepat rasa sejuk (tak kiralar suhu malam tu panas ke ape ke..) dan tidur mesti selimut dan pakai socks. kadang2 rasa lenguh sangat especially dari pinggang ke kaki (maybe ni sebab saya lahirkan Irfan secara Csect). Bila dah lenguh2 tu mulalar badan pun cepat letih. kalau Irfan tidur kol 8mlm, setengah jam lepas tu saya pun tidur. As if like rehat panjang tapi rasa macam tak cukup je. Alhamdulillah, lepas a week consume those two vitamins, hilang dah lenguh2 kat leher ni, badan rasa ringan, mood pun tak swing (eheks..!), dan yang paling best malam takde rasa sejuk2 lagi. Sekarang ni time tidur socks tah ke mana, selimut dah tak guna dah. tidur pun dalam kol  10 ke atas. so, ada masa lebih nak buat keja2 rumah.. Pada saya harga vitamin2 ni murah. sangat berbaloi sebab boleh beli online, payment online dan tunggu je barang2 tu sampai. Sangat mudah dan jimat masa, tenaga dan duit. So, this is beginning of our healthy and happy 
life..insyaAllah.


sumber mamafaiz
sumber asal sis Lia






Monday, September 3, 2012

Bayi Seringkali Demam, Selsema dan Batuk?






KENALI DEMAM ANAK ANDA

Demam memang satu perkara yang sangat merisaukan ibu-bapa. Walaupun kadang-kadang ia dianggap biasa, tp ia tidak boleh dipandang ringan terutama dibawah umur enam tahun. Sekiranya suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kanak-kanak diserang sawan.

Suhu Badan yang normal adalah 37°C. Seseorang itu boleh dianggap demam jika sekiranya suhu badannya melebih 37°C.

Demam akan berlaku jika jangkitan kuman atau penyakit-penyakit lain yang berinteraksi dengan sistem tahanan badan.

Demam biasa pula bermakna suhu kita meningkat lebih daripada 37 darjah celcius tetapi tidak melebihi 38 darjah celcius. Demam biasa akan pulih dalam masa dua, tiga hari sahaja.

Demam panas pula terjadi apabila suhu melebihi 38 darjah celcius dan berlarutan lebih lama. Selalunya disertai simptom-simptom lain seperti batuk dan selsema.

Viral infection bermaksud jangkitan yang disebabkan oleh virus. Terdapat banyak jenis virus yang boleh dijangkiti. Virus ini selalunya menyebabkan demam yang kadangkala tidak terlalu tinggi tetapi boleh juga menyebabkan demam panas. Walau bagaimanapun, demam virus ini selalunya boleh hilang dalam tempoh dua, tiga hari.

Sistem imun merupakan salah satu sistem yang paling sensitif dan kompleks dalam badan kita.  Ia bekerja untuk menghapuskan bahan asing dan bahan merbahaya dalam badan dan kemudian meneutralkan bahan asing tersebut.

Hari ini kita sering kali dikelilingi dengan pelbagai ancaman penyakit dan pencemaran. Memelihara sistem imun menjadi tanggungjawab utama kita terhadap badan dan kanak-kanak.

Shaklee mementingkan kesihatan imuniti anda bermula dari dalam sehingga ke luarnya. Vitamin Shaklee sangat sesuai untuk mereka yang sentiasa dan kerap kali demam, selsema dan batuk.
  • kanak-kanak umur 1-3 tahun = Mealshake + omega
  • kanak-kanak umur 4-12 tahun = Vita C, VitaLea for children, mealshake, omega, nutriferun.
  • 12 tahun dan keatas = nutriferun, B-complex, carotomax, vita-C, Vita-Lea
Sebaiknya ibubapa hendaklah menyimpan jangka suhu di rumah untuk memantau suhu badan anan-anak ketika mereka demam.

Pertanyaan yang mungkin bermain di kepala ibu-ibu?
Kenapa mealshake..?? apa kurangnya ubat paracetemol...




Wednesday, August 29, 2012

Satu Sarapan Seribu Rahsia

MEALSHAKES

Hanya dengan pengambilan Mealshakes mampu memberikan kita pelbagai nutrisi penting untuk badan

  • Vitamin A-Z
  • protein
  • kulit yang sihat
  • sumber terbaik serat pemakanan
  • sumber pekat kalsium
  • index glisemik rendah
  • mudah lawas
  • menghilangkan stress
  • menghilangkan rasa mengantuk
  • awet muda

Apakah Mealshakes?
Mealshakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik yang terbaik untuk kehidupan seharian. Enak dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek dan amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana satu hidangan mealshakes mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan.

Setiap bancuhan mealshakes memberi 1/3 daripada US RDA dengan 19 vitamin/galian yang diperlukan bersama dengan protien, galian dan 3mg serat.

net wieght : 544 gram
(boleh tahan sehingga 2-3 bulan)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates