Friday, August 31, 2012

Alfalfa Complex

Medicago sativa atau lebih dikenali sebagai Alfalfa merupakan spesis rumput yang sangat banyak kegunaan dan khasiatnya.

Budidaya alfalfa sebagai pakan ternak dilakukan untuk beberapa tujuan, seperti pengembalaan dan konservasi. Alfalfa dapat ditanam sendiri ataupun sebagai campuran diantara rumput tropis dan sub-tropis. Bibit alfalfa juga banyak ditanam sebagai kecambah untuk makanan manusia.

Alfalfa memiliki kandungan protein dan kalsium yang tinggi, tetapi energi termetobolisme dan kadar fosfor didalamnya relatif rendah. Alfalfa juga termasuk berserat rendah sehingga mudah mencapai rumen dan mudah dicerna.



Khasiat Alfalfa sesuai untuk mereka yang biasa dengan masalah bengkak-bengkak badan, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, nafas berbau serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman, kaya serat dan klorofil serta mineral. Sesuai untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, anti tumor dan anti bakteria.

Antara Vitamin yang terdapat dalam alfalfa:

  1. Vitamin AA - untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutama saluran pernafasan, menggalakkan kulit yang sihat dan vitamin penting semasa kehamilan.
  2. Vitamin E - Melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran matahari dan pencemaran udara, kesihatan jantung, kardiovaskular dan membaiki otot serta membaiki sistem imun, menguatkan untuk membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah, membantu fokus mata.
  3. Vitamin U - Menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
  4. Vitamin B6 - Membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak, menggalakkan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya.
  5. Vitamin K - Penting bgi pembekuan darah, penting dalam fungsi hati, menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
  6. Vitamin D - Mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.
Mineral yang ditemui di dalam alfalfa:
  1.  Kalsium - Membina dan mengekalkan tulang dan gigi, membantu darah membeku, membantu kecergasan dan daya tahan, mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
  2. Zat Besi - Diperlukan dalam pembinaan hemoglobin, membantu pengangkutan oksigen dalam darah.
  3. Kalium - Perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim serta untuk digests lemak.
  4. Fosforus - Diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
  5. Klorida - Elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan, mengawal metabolisme lemak, gula, kanji.
  6. Sodium - Mengawawl keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
  7. Silikon Magnesium - Membantu badan untuk melawan sembelit, ketahanan saraf, melindungi kulit dan badan serta merangsang fungsi otak.
* sangat baik untuk ibu menyusu.


 
dapatkan sekarang dengan harga yang istimewa dari familicare



Omega Guard

OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Melindungi jantung dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yan tinggi dapat membaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia.
OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak.  Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 990mg asid lemak omega-3

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal.
OmegaGruard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat didalam kebanyakkan jenis ikan.



sebarang pertanyaan boleh hubungi :
familicare 01129207518/0133217182
http://www.facebook.com/Familicare

Set Kesuburan Shaklee

Gembira bila orang lain bahagia...siapa yang tak suka melihat orang disekeliling kita bahagia? banyak pasangan yang menanti saat bahagia untuk bergelar ibu dan ayah lebih-lebih lagi untuk yang dah lama menanti. Bagi yang masih berharap akan kehadiran cahayamata, familicare cuba untuk selesaikan masalah anda, asalkan kita tidak pernah putus untuk terus berdoa.

Alhamdulillah..seandainya kita usaha, Allah pasti akan melihatnya. Seorang costumer Set kesuburan shaklee telah pun hamil setelah mencubanya.

Set kesuburan Shaklee untuk isteri terdiri daripada vita-lea, B Complex, Vita-C, Alfalfadan GLA Complex. Manakala untuk suami terdiri daripada Vita-Lea, B Complex, Vita-C dan Zinc Complex.
  • Multivitamin dan multimineral (Vita-Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan untuk memastikan kesemua nutrien dalam badan mencukupi serta membantu ereksi bagi lelaki .
  • Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang kehamilan kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakan bayi mengalami spina bifida. Dan penting dalam memberi peranan kepada tenaga anda untuk bersama isteri/suami selepas penat bekerja. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan jumlah sperma.
  • Vita-C untuk membina dan memulihkan sel dalam badan serta berfungsi dalam menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, tak bertenaga serta lembab akan menyebabkan ia menghadapi masalah untuk sampai kepada sel ovum.
  • Vita E dan Selenium bekerjasama dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium yang lengkap dalam Vita E shaklee mambantu pergerakan sperma agar bergerak lebih kuat dan tangkas untuk sampai kepada ovum.
  • Omega Guard yang terdiri daripada Omega 3 dan 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma supaya mudah untuk proses persenyawaan
  • Alfalfa  membantu wanita dalam hal2 organ dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya
  • GLA Complex  pula membantu tubuh menghasilkan cecair kesuburan yang memberi ruang untuk sperma terus hidup dalam tiup falipio sehingga 5 h ari.
  • Zinc Complex untuk menguatkan sperma
Maka gabungan antara nutrien diatas dapat memberikan anda harapan untuk menimang cahaya mata seperti pasangan lain...

Familicare mendoakan yang terbaik untuk anda. terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa. yakin pada aturan-Nya.. insyaAllah..kita hanya ikhtiar..Allah yang Maha Memberi Rezeki..




Apa kata mereka?

Thursday, August 30, 2012

Tip Merancang Kehamilan



Anak adalah satu anugerah yang cukup bernilai buat pasangan suami isteri. Kita hanya mampu merancang, segalanya aturan di tangan Nya. Masalah sukar hamil dengan cepat kadang-kadang memberi satu tekanan besar pada pasangan suami isteri apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap kali bertanya soalan yang sama. "Stress juga boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk dapatkan zuriat. Dalam kebanyakan masalah, hanya perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dan dapatkan zuriat dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, 11 perkongsian tip untuk kehamilan yang boleh diamalkan untuk meningkatkan kesuburan dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

1- Fahami Bagaimana Kehamilan Terjadi
Jika putaran haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan memahami mengapa wanita gagal hamil.

2- Jumpa Doktor Anda
Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat pemeriksaan dari doktor. Masalah Cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala, sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan diberikan bagi mengelak masalah kesukaran untuk hamil. sekiranya haid anda teratur dan sudah cuba setahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sprema dan HSG (hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopia anda tidak tersumbat.

3- Dapatkan Berat Badan Yang Ideal.
Sekiranya anda mempunyai berat badan yang teralu besar atau terlalu kurus, ia mungkin sedikit sebanyak memberi kesan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4- Ketahui Hari Subur Anda
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikira dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT (suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan.

5- Hubungan Seks Yang Lebih Kerap
Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur digalakan setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position) Posisi ini mungkin terbaik untuk memastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau biarkan zakar suami berada di dalam faraj selama 15minit selepas ejakulasi.

6- Tingkatkan Kesuburan Suami
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, sebaiknya anda bawa berbincang dengan doktor.

7- Mengambil Multivitamin
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8- Bersenam Secara Rutin
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara menyeluruh dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9- Pengambilan Makanan Seimbang
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda memgalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab dan punca mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan kitaran haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

  • Amalkan makanan berlemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat dalam makanan segera.
  • Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makan makanan berfiber tinggi seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi , mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti aiskream, whole milk dan cheese.
10- Kurangkan Stress
Life is stressful, memang tidak logik kalau tiada tekanan dan ujian dalam hidup. Walaubagaimana pun terlalu tertekan menjejaskan kesuburan anda. Lakukan aktiviti ringan supaya dapat meringankan tekanan dalam diri anda.

11- Banyakan Berdoa
Doa merupakan ibu segala ubat. Banyakan berdoa dalam apa jua keadaan anda sekali pun.
Lakukan solat hajat dengan kesabaran dan pengharapan terhadap Ilahi. lakukan secara istiqamah tanpa rasa putus asa. insyaAllah. Semoga anda dan pasangan dimurahkan rezeki dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Amien



Wednesday, August 29, 2012

Satu Sarapan Seribu Rahsia

MEALSHAKES

Hanya dengan pengambilan Mealshakes mampu memberikan kita pelbagai nutrisi penting untuk badan

  • Vitamin A-Z
  • protein
  • kulit yang sihat
  • sumber terbaik serat pemakanan
  • sumber pekat kalsium
  • index glisemik rendah
  • mudah lawas
  • menghilangkan stress
  • menghilangkan rasa mengantuk
  • awet muda

Apakah Mealshakes?
Mealshakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik yang terbaik untuk kehidupan seharian. Enak dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek dan amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana satu hidangan mealshakes mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan.

Setiap bancuhan mealshakes memberi 1/3 daripada US RDA dengan 19 vitamin/galian yang diperlukan bersama dengan protien, galian dan 3mg serat.

net wieght : 544 gram
(boleh tahan sehingga 2-3 bulan)


Pagi Yang Sihat

Tips Agar Bangun Pagi Yang Sihat



1- Regangan
Lakukan regangan secara perlahan,seperti melakukan gerakan yoga atau memutar tubuh ke kanan dan ke kiri. Gerakan ini akan membantu tubuh mengumpulkan tenaga, dan membuat fikiran anda fokus. Rasa pening-pening lalat yang kerap terjadi akibat bangun terlalu awal pagi akan hilang. Solat subuh yang dilakukan dengan gerakan perlahan-lahan juga boleh dijadikan regangan.

2- Banyakkan Bergerak
Lakukan pergerakan untuk melancarkan peredaran darah. Melakukan crunch (berbaring dengan lutut tertekuk lalu mengangkat kepala, leher) push up atau melompat-lompat ringan juga cukup membantu. lebih sesuai dilakukan selepas solat subuh.

3- Hindari Terlalu Banyak Kafein
Kafein memang boleh membuatkan anda 'mata terang' sepanjang hari, namun mengambilnya secara berlebihan (lebih dari 2cawan setiap pagi) boleh membuat anda lemah pada tengah harinya.

4- Minum Air
Ketika tidur, tubuh anda menggunakan simpanan air yang membuatkan kita kehilangan cecair semasa bangun pagi. Rehidrasi tubuh anda dengan beberapa gelas air sejuk tidak hanya menyegarkan tubuh, tetapi juga membantu menstimulasikan sistem saraf dan pencernaan anda. Minumlah air masak/putih setiap pagi sebelum sarapan

5- Segera Mandi
Mandi dengan air sejuk mampu membangunkan sistem saraf anda,dan membantu menyegarkan badan.

6- Menarik Nafas
Sesetengah orang, bangun pagi boleh menjadi waktu yang mencemaskan. Bayangan mengenai apa yang harus dihadapi di tempat kerja, atau bagaimana mengatasi masalah dengan pasangan, akan segera memenuhi fikiran. Maka setelah anda bangun, ambil sedikit waktu untuk menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan tubuh dan fikiran.




Tuesday, August 28, 2012

Masalah Kekurangan Breast Milk?

Kajian menunjukkan ramai ibu-ibu yang mengadu dan mengalami masalah kekurangan susu ibu. Sebanyak 95% daripada mereka mengalami masalah ini.

- kebiasaanya (50% adalah ibu menyusu)
- Kes-kes biasa
- Hanya 5% wanita tidak dapat menghasilkan susu untuk bayi mereka

Perkara biasa yang menyebabkan kekurangan penghasilan susu (5% daripada wanita) :

- Maternal Hypothyoidism
- Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
- Previous Breast Surgery
- Sheehan's Syndrome
- Retained Placentape

Seseorang wanita akan berjaya menyusukan anaknya jika sekiranya dia mempunyai pengurusan latihan penyusuan yang baik.

Bagi mereka yang baru mengenal dunia penyusuan, set penyusuan daripada Shaklee benar-benar terbaik untuk ibu-ibu.

SET EU FOUR PACK

  • mengandungi multivitamin dengan zat besi, vitamin B dan c serta kalsium.
  • sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami masalah penyusuan ketika haid.
  • membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • sangat sesuai untuk ibu-ibu yang alah pada susu dan laktose
  • Ostematrix sangat bersesuaian yang penuh dengan kalsium, magnesium dan vitamin D
  • dapat membantu ibu supaya kekal cergas sihat dan bertenaga
SET B
  • mengandungi zat besi, vitamin B dan c serta Alfalfa
  • sesuai untuk ibu yang kurang bermasalah dalam penyusuan
  • memperkayakan nutrisi dalam susu ibu
  • membantu mempercepatkan proses penghasilan susu
  • sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
  • membantu bayi yang mempunyai masalah eczema
  • kurang sesuai untuk ibu yang baru melahirkan dan berpantang
SET 3M
  • mengandungi zat besi, vitamin b dan c, kalsium dan alfalfa serta ESP
  • sangat sesuai untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
  • sangat sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah stok susu yang sangat sedikit 
  • sesuai untuk ibu-ibu yang baru mula untuk menyimpan stok susu

PENYIMPANAN SUSU IBU SEGERA

susu ibu segera boleh disimpan untuk digunakan kemudian. Ia disarankan agar susu ibu disimpan dalam bekas kedap udara dan kuat kekuncinya. Terdapat beg plastik khusus dibuat untuk menyimpan susu ibu segera untuk tempoh masa kurang 72 jam dan perlu disimpan dalam peti sejuk bagi mengekalkan kesegarannya. Jika susu ibu disimpan dalam peti sejuk beku, ia boleh kekal kesegarannya sehingga 6 bulan. jumlah masa penyimpanan yang baik bagi kegunaan bayi di rumah seperti jadual dibawah.

Tempat penyimpananSuhuMasa penyimpanan maksimum
Dalam bilik25 °C77 °F6-8 jam
Insulasi beg termal dengan pek aisHingga 24 jam
Dalam peti sejuk4 °C39 °FHingga 5 hari
Peti sejuk beku kompartment atas dalam peti sejuk-15 °C5 °F2 minggu
Kombinasi peti sejuk dan peti sejuk beku dengan pintu berasingan-18 °C0 °F3-6 bulan
Manual deepfrost dalamn peti sejuk beku-20 °C-4 °F6-12 bulan

APA KATA MEREKA


Thursday, August 16, 2012

Mama Breastfeeding

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi sejak mereka lahir hingga usia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Susu ibu sangat bersih dan bebas dari bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan bakteria yang mampu melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. antibodi mampu menentang  jangkitan biasa sehingga bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri.

Kolostrum

kolostrum (kiri) susu ibu matang (kanan)

kolostrum, susu awal yang dibuat oleh payudara anda, biasanya ada selepas bulan kelima atau keenam kehamilan. Apabila bayi anda dilahirkan, ia hadir dalam jumlah yang kecil untuk tiga hari pertama sepadan dengan saiz kecil perut bayi. kebanyakan bayi pada masa ini tidak memerlukan nutrisi tambahan.

mulakan penyusuan secepat mungkin selepas melahirkan anak. menyusu sekurang-kurangnya 8-12 setiap 24jam supaya bayi anda menerima susu berharga ini. kolostrum dan susu matang memenuhi keperluan khas bayi yang baru lahir. kolostrum bewarna kuning, pekat dan tinggi protein dan rendah lemak dan gula.

diantara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. kira-kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIga. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L dalam susu matang. sebaliknya, disebabkan proses-proses yang diperlukan dilakukan ke atas susu formula tiada langsung mengandungi SIgA.

Susu Matang
susu anda akan berubah  dan bertambah dalam kuantiti kira-kira 48-72 jam selepas kelahiran. ia mungkin mengambil masa yang lebih lama bergantung kepada bila masa anda mula penyusuan dan berapa kerap anda menyusu bayi.

Susu anda tidak mencukupi????


Shaklee Family wellness dengan tambahan ostematrix & alfafa adalah sangat berkesan. tidak perlu bergantung kepada milk booster semata-mata, supplement di dalamnya juga memberi kesihatan dan kecergasan kepada ibu.






NutriFeron mencegah lebih baik dari merawat



Tumor dan Sel Kanser adalah satu entiti yang sama tetapi tidak sama. Dari segi konsepnya kita semua tahu sel2 kanser apabila ia mula menetap pada satu tempat (organ dalaman) misalnya ia akan terus berkembang atau membelah dan terus membelah sehingga membentuk Tumor. terdapat lebih dari 100 jenis kanser yang berlainan yang dicatatkan oleh saintis perubatan. kedua-dua kaedah rawatan altenatif dan konvensional bersetuju dan mengakui Tumor adalah ancaman punca kepada berlakunya beberapa komplikasi yang menjejaskan kesihatan secara keseluruhan. sel2 kanser didalam berbentuk tunggal tidak mendatangkan beberapa ancaman yang serius kepada kondisi kesihatan kita, bahkan kita tidak merasa kesakitan.

Tumor yang membesar mampu menghalang atau menjejaskan fungsi pelbagai organ dari berfungsi secara normal. umpamanya sebiji tumor yang besar didalam usus akan menyebabkan tersumbatnya sistem perkumuhan terpenting dalam badan. Tumor yang berkembang didalam otak mampu menghentikan keseluruhan aktiviti badan yang lain.
sistem imun yang kuat dan kukuh mampu melawan...
lebih lanjut

Penyakit barah payudara merupakan barah tisu payudara. di seluruh dunia, ia merupakan penyakit barah paling meluas dikalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi mengesan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita meninggal disebabkan penyakit barah tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua tertinggi bagi wanita.
Kajian Kementerian Kesihatan malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan lagi. Ada diantara puncanya dalah disebabkan pesakit lebih suka mendapatkan rawatan tradisi dan hanya bersetuju mendapat rawatan apabila parah. Berbeza dengan negara maju dimana statistikdi negara maju menunjukkan 80-85 peratus pesakit kanser payudara menjalani kehidupan biasa setelah menjalani rawatan awal, berbanding hanya 58% di Malaysia.
wikipedia


kenapa mesti sakit baru kita mula gaduh untuk mencari rawatan?
 bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat?

PENEMUAN TERHEBAT DALAM BIDANG IMMUNOLOGI



Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954.

Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon  semulajadi di dunia (Nutriferon). Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 jenis tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle jepun dan biji plantago, mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluran semulajadi interferon tubuh.

Didalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia, herpes dan HIV serta lain2. Tambahan pula ia terbukti amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai penyakit.

Kebaikan Nutriferon:


  • mengukuhkan sistem imun badan dalam masa 3hari- ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. mampu membunuh T-cells, B-cells dan makrofag.
  • melawan kanser dan tumor- interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kenser. selain itu ia juga mempu mengurangkan ketidakselesaan ketika waktu kemoterapi.
  • melindungi dari influenza- ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara sekeliling.
  • meringankan stress dan kelesuan.
  • melambatkan penuaan.
  • mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit hepatitis B & C
  • mempertingkatkan menopaus.
  • mengurangkan simtom PMS ketika waktu haids seperti kekejangan, sakit belakang, sakit payudara, jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.





Wednesday, August 15, 2012

Osteomatrix Shaklee

"hari nie kakak tak mengantuk pun...pelik jugak...dapat siapkan banyak tempahan baju raya..Alhamdulillah.. Lenguh-lenguh badan pun kurang...kakak ambik Osteomatrix nie baru 5hari...klu macam nie..insyaAllah kakak akan berterusan makan Osteomatrik"

luahan kakak saya selepas mencuba Osteomatrix Shaklee dalam beberapa hari...alhamdulliah..keletihan dapat dikurangkan bulan-bulan puasa nie....




Kenapa anda perlu mengambil Osteomatrix Shaklee???


  • Sesuai untuk ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak dan ibu-ibu yang pernah melahirkan anak.
  • Mereka yang mem[unyai masalah kekangan pengambilan bahan-bahan tenusu seperti susu, keju.
  • Mereka yang selalu mengalami sakit-sakit kaki, sakit-sakit otot dan sendi, sakit dibahagian tulang belakang, sejuk-sejuk badan, rasa bisa di tapak kaki, selalu kebas atau terasa kaki dicucuk cucuk jarum.
  • Cepat merasa letih dan sukar untuk bangun pagi.
  • Sakit kepala yang teruk dan lama sampai berhari-hari.
  • Meraka yang sedang menjalani fisioterapi.
  • Mereka yang mengalami pecah-pecah dan rekahan di tapak kaki.
  • Mereka yang mengalami PMS yang teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap datang haids.
  • Mereka yang mengalami masalah berkaitan dengan darah.

 kekal bertenaga sepanjang hari byebye icon

 (120 caplets)

Collagen Powder Bukan Sekadar Kolagen



Apa itu kolagen??
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya menrangkumi 30% daripada keseluruhan protein dalam badan manusia. Ia menyokong sebahagiaan besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit serta tisu badan. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari setiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting bagi abad ini.

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku) tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati,tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III, IV dan V

Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi.

Kolagen II terdapat pada tulang rawan dan mata.

Kolagen III terdapat pada reticulate (komponen utama retikuler serat). rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati, jantung, sumsum, arteri, kulit, usus dan rahim.

Kolagen IV membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang) , kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

Kolagen V pada permukaan sel, rambut dan uri.

Peranan Kolagen:

  • menghasilkan asid amino penting seperti:
  • Lysin prolin dan Glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong dan untuk mengawal fungsi sel.
  • Hydroxyprolin memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang grisin melembapkan kulit
  • Analin, prolin dan asparagin - menstabilkan struktur, melembapkan dan menegang serta menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit sentiasa cantik serta menghalang penuaan.
  • Arginin - Memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur
  • Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.
  • Menegangkan, menganjal dan melembapkan kulit.
  • Menampung air dalam badan.
  • Meningkatkan penyerapan darah dibawah lapisan kulit.
  • Meningkatkan isyarat induksi
  • Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik.

Kesan Kolagen keatas badan.
  • Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit.
  • Memelihara kelembutan kulit
  • Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • Menguatkan otot serta tulang.
  • Membantu hati dalam proses detoksifikasi (buang toksin)
  • Memelihara kelenturan sendi
  • Mengurangkan keradangan (inflammation)
  • Memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf.
Kesan kekurangan Kolagen dalam badan.
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. kesan penurunannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan hampir kehilangan separuh daripada kolagen yang ada, jadi semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan kita. Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoporosis, arteriosclerosis, selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.





Shaklee Collagen Powder bukan hanya sekadar kolagen.
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (red snapper scare) collagen, Kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan beerkesan.

Tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila bila masa dan dimana sahaja.

Shaklee Collagen Powder meningkatkan keanjalan, penghidratan dan antioksidan dalam badan.

Kolagen -  membekalkan elastin dan mengekalkan kulit lebih anjal.

Ekstrak Kulit kerangan Laut - mengandungi glukosamina sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata.

Loctobacillus acidophilus - meningkatkan penyerapan kalogen.

Kebaikan Kolagen Shaklee

  • Anti-Penuaan-mengurangkan kedutan dan liang-liang roma.
  • Mengembalikan keanjalan.
  • Meningkatkan pergerakan.
  • Menyuburkan
  • Menegang payudara& punggung.
  • Mencerahkan dan mengurangkan pigmentasi jeragat.
  • Melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates