Thursday, August 16, 2012

Mama Breastfeeding

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi sejak mereka lahir hingga usia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Susu ibu sangat bersih dan bebas dari bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan bakteria yang mampu melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. antibodi mampu menentang  jangkitan biasa sehingga bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri.

Kolostrum

kolostrum (kiri) susu ibu matang (kanan)

kolostrum, susu awal yang dibuat oleh payudara anda, biasanya ada selepas bulan kelima atau keenam kehamilan. Apabila bayi anda dilahirkan, ia hadir dalam jumlah yang kecil untuk tiga hari pertama sepadan dengan saiz kecil perut bayi. kebanyakan bayi pada masa ini tidak memerlukan nutrisi tambahan.

mulakan penyusuan secepat mungkin selepas melahirkan anak. menyusu sekurang-kurangnya 8-12 setiap 24jam supaya bayi anda menerima susu berharga ini. kolostrum dan susu matang memenuhi keperluan khas bayi yang baru lahir. kolostrum bewarna kuning, pekat dan tinggi protein dan rendah lemak dan gula.

diantara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. kira-kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIga. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L dalam susu matang. sebaliknya, disebabkan proses-proses yang diperlukan dilakukan ke atas susu formula tiada langsung mengandungi SIgA.

Susu Matang
susu anda akan berubah  dan bertambah dalam kuantiti kira-kira 48-72 jam selepas kelahiran. ia mungkin mengambil masa yang lebih lama bergantung kepada bila masa anda mula penyusuan dan berapa kerap anda menyusu bayi.

Susu anda tidak mencukupi????


Shaklee Family wellness dengan tambahan ostematrix & alfafa adalah sangat berkesan. tidak perlu bergantung kepada milk booster semata-mata, supplement di dalamnya juga memberi kesihatan dan kecergasan kepada ibu.






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates