Saturday, June 15, 2013

ESP SHAKLEE


Protein Bukan GMO Lengkap Dengan Semua Asid Amino Utama

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP Shaklee menyediakan 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP Shaklee adalah rendah lemak dan bebas laktosa serta bebas kolesterol.

ESP Shaklee:

  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Mengandungi protein soya yang sangat membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Manfaat & Kebaikan ESP Shaklee

Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap 1kg ESP Shaklee berasal dari 30kg kacang soya dan ia adalah "booster" tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan sembilan asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda.
Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, tiada kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Faedah ESP Shaklee Termasuklah:

  • Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  • Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  • Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
  • Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki – genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  • Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
  • "Milk Booster" Untuk Ibu Menyusu – Susu ibu lebih cepat dihasilkan dan semakin banyak. Susu menjadi lemak berkrim, sangat digemari oleh bayi anda dan mudah kenyang serta kurang meragam.
  • Membantu Menghilangkan "Stretch Mark" Sewaktu Mengandung – ESP Shaklee bertindak memperbaharui sel-sel kulit dan menghasilkan kulit baru yang lebih cantik dan tegang.
  • Mengurangkan Alahan Ibu Hamil (Morning Sickness)
  • Membantu Menurunkan Berat Badan
  • Meningkatkan Kesuburan
  • ...dan banyak lagi!


Soalan Lazim ESP Shaklee:

ESP Shaklee Perisa Apa?
ESP Shaklee berperasa Vanila, tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna mahupun pengawet.
Boleh Minum Dengan Apa?
Boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan minuman kegemaran, rasanya pun sedap.
Bagaimana Cara Minum ESP Shaklee?
Bancuh satu sudu ESP Shaklee dengan satu gelas air suam atau sejuk (JANGAN guna air panas), ataupun mana-mana minuman kegemaran , kacau atau shake hingga sebati, minum.
Selain Minum, Apa Lagi Boleh Dibuat Dengan ESP Shaklee?
ESP Shaklee boleh dibuat masker dengan mencampurkan ESP Shaklee dengan yogurt.
Ada Pantang Tak?
ESP Shaklee tidak boleh diambil bersama minuman berkafein dan teh, sila jarakkan masa pengambilan antara keduanya.
Satu Bekas 850g Tahan Berapa Lama?
Penggunaan normal biasanya tahan 3-4 bulan.
Apakah Sukatan Harian ESP Shaklee Untuk Dewasa?
Sekali sehari sudah mencukupi untuk penjimatan, boleh ditambah kepada dua atau tiga kali mengikut keperluan individu.
Bolehkah Diminum Oleh Kanak-Kanak?
ESP Shaklee sangat sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak yang sempurna.
Bagaimana Pula Dengan Orang Tua, Ibu Hamil, Ibu Menyusu, Bayi?
Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tidak digalakkan untuk bayi di bawah 12 bulan. Juga sesuai untuk alergik atau alahan.
Saya Ada Gastrik, Bolehkah Minum ESP Shaklee?
Sangat bagus dalam membantu menyembuhkan gastrik. ESP Shaklee juga boleh memberi kekenyangan dengan cara yang paling selesa, sesuai untuk diet menguruskan badan.
Selepas Pembedahan, Dalam Tempoh Berpantang, Gout, Diabetes (Kencing Manis)?
Juga boleh minum tanpa sebarang masalah.



UNTUK TEMPAHAN ANDA BOLEH MENGHUBUNGI


sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 019-9198024


Wednesday, May 1, 2013

Resepi Cinch Cafe Latte

Cinch Shake Shaklee satu produk pelangsingan yang lain dari yang biasa...Membakar lemak tanpa memberikan kesan sampingan, tanpa bahan pengawet, tiruan dan kimia serta GMO. sgt sesuai untuk sesiapa sahaja termasuk ibu hamil dan menyusukan bayi dan pengidap diabetes.

Cinch Shake terdiri daripada 3 pilihan perasa untuk peminat Shaklee Cafe Latte, Chocolate dan Vanilla yang masing2 mempunyai rasa tersendiri...sangat2 best...

ok..hari nie nak bercerita tentang resepi bancuhan cinch shake cafe latte..




Bahan-bahan :
1- Cinch Shake perisa Cafe Latte
2- Susu Rendah Lemak
3- Sirap Chocolate
4- Beberapa ketul ais
5- blander

Cara Membuatnya:

1- Sediakan semua bahan diatas.



2- Ambil 1 scoop cinch dan masukkan kedalam blander.



3- Masukkan susu rendah lemak, ais dan sirap chocolate ke dalam blander dan blend



4- ok..siapppp..hidang mengikut selera anda..
 

Cinch Mocha Latte  1 Scoop Cinch Chocolate Shake Mix  1 Scoop Cinch Cafe Latte Shake Mix  8oz nonfat milk or soy milk  1/2 tsp instant coffee  Ice as desired  Directions: Mix all ingredients together in a blender until frothy. Enjoy!



Tuesday, April 30, 2013

Keistimewaan Cinch Shake Shaklee




Setiap kali anda Shaklee Cinch anda akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larutv (dicadangakan diambil bersama 1sudu protein soya ESP). ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot, dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisme badan dan juga membakar kalori.

Makanan yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan, yang mana ia membantu mengurangkan kadar pengambilan makanan antara waktu makan. Cinch juga mengandungi LEUCINE merupakan nutrisi penting untuk keperluan harian tubuh kita.

Adakah Cinch Shake Shaklee sesuai untuk pengidap kencing manis/diabetes?
Cinch Shake Shaklee mempunyai kadar indeks glisemiks yang rendah dan sesuai untuk pengidap diabetes. Cuma pengidap diabetes perlu karbohidrat kompleks dalam pelan diet mereka.

Adakah Cinch Shake sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan bayi?
Tiada halangan untuk ibu mengandung or menyusu ingin mengambil Cinch Shake kerana ia selamat dari bahan kimia, pewarna tiruan serta bahan pengawet dan paling penting tiada kandungan GMO. Tapi ibu hamil/ menyusu tidak digalakkan berdiet kerana proses kehamilan dan penyusuan memerlukan nutrien yang tinggi terutamanya kalori untuk ibu dan bayi.

Adakah sesuai untuk kanak-kanak?
Cinch Shake tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun

Cara pengambilan terbaik Cinch Shake.
Seperti yang boleh didapati pada cinesternya, cara terbaik pengambilan Cinch adalah bersama dengan susu rendah lemak/ESP. Ini kerana gandingan Cinch Shake dan susu rendah lemak/ESP memberi bekalan nutrisi yang mencukupi dan penggunaan protein dan leucine yang optimum

Perbezaan Cinch dengan ESP.
Cinch lebih banyak membekalkan asid amino termasuk Leucine dalam kandungan setiap hidangan. Berbanding dengan ESP, Cinch lebih memberi tumpuan kedalam proses pembakaran kalori.

Adakah Cinch Shake mengandungi kafein?

 Cinch Shake adalah caffein -free kecuali perasa cafe latte kerana ia mengandungi perasa kopi asli. Kandungan kafein kurang dari 1 mg untuk setiap hidangan.

Perbezaan Cinch dengan produk pelangsian dan penurunan berat badan yang lain
Cinch Shake mengandungi formula istimewa iaitu Leucine yang berfungsi untuk menjaga otot badan. Sesetengah produk kurus boleh merosakkan otot kita dan menyebabkan kehilangan berat badan yang banyak akibat dari kekurangan jisim otot. Keadaan ini menyebabkan berat badan bertambah kembali bila berhenti mengambil produk tersebut. Berbeza dengan Cinch Shaklee yang menjaga jisim otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori secara sihat.






sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 013- 3217182

Friday, April 26, 2013

Isu Keburukan Soya..Kenapa ESP Tidak Seperti Soya Lain?

Ramai yang tertanya2 dan meragui kebaikan dan khasiat ESP dan menyamakan ESP dengan sumber soya yang biasa. Sedikit penerangan dan pemahaman yang mampu dikongsikan supaya kita yang mengambil atau yang ingin mengambil ESP supaya mengambilnya dengan ilmu. Kerana dengan ilmu itu baru kita yakin dan dengan keyakinan barulah khasiatnya akan betul2 menyerap dan terserap dengan sepenuhnya oleh badan serta memberikan kesan seperti yang kita inginkan.



ESP adalah Sumber Protein, Kenapa Protein Penting Untuk Badan?
  • Protein adalah makanan yang sangat penting untuk badan. Tubuh kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit,rambut, otot-otot, organ, plasma, antibody, enzim, hormon, haemoglobin dan sel-sel dalam badan. Semua bergantungkepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama dengan tisu-tisu baru, menggantikan tisu-tisu rosak.
  • ESP merupakan sumber protein lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh  badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, dengan berasaskan tumbuhan (Non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolestrol dan terbukti secara klinikal dapat meningkatkan tenaga berjam-jam lamanyauntuk kehidupan harian supaya kekal aktif sepanjang hari disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan enzim dan hormon yang sempurna.
  • ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu 1gm dan tanpa gula laktosa dimana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus dalam darah. Dan paling penting tiada bahan kimia, tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
  • Kelebihan ESP jugan menjadikan kulit lebih cantik, halus dan gebu setta  berseri. Membantu menghilangkan jerawat di muka, memberikan tenaga berpanjangan serta menjadikan badan makin sihat dan kurang letih. Menganjalkan kulit dan payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam mengawal berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolestrol dan menyokong kesihatan jantung serta prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplement lain turut membantu penyerapan yang lebih baik. Cepat menyerap dan kesan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil bersama ESP
mengkin semua dah tau tentang khasiat dan fungsi ESP..tp mungkin ramai yang belum tau kateria/panduan untuk memilih susu soya atau supplement dari soya.

7 KRITERIA PENTING ESP dan PANDUAN MEMILIH SUPPLEMIENT PROTEIN SOYA.

  1. Kacang soya itu sendiri mesti ditanam dan tumbuh membesar secara organik - kenapa kacang soya mesti ditanam secara organik?...sebab kajian penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Dan dari kajian sudah terbukti ada hubungkait antara kanser dan nitrates. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides dan herbicides tidak digunakan sepanjang proses pembesaran  kacang soya ini.
  2. Kacang Soya itu mestilah Non-GMO (tidak dihasilkan secara genetic) - Kenapa soy protein mestilah Non Genetic Engineered? sebab secara umumnya , kacang soya dari jenis genetic adalah murah untuk dihasilkan (ini lebih kurang vitamin sintetik) dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara untuk menjimatkan kos pemprosesan. Dan semestinya soybean yang dihasilkan secara genetic.
  3. Soy Protein itu mestilah mengandungi 9 asid amino. - ini ciri-ciri yang sangat penting. Badan memerlukan kesemua 9 ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman , antibodi, enzim. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30% and many important body function are deleyed or stopped.
  4. Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mestilah dibersihkan dengan air bukan dengan alkohol - Alkohol tu sendiri dah haram, kalau dicuci dengan alkohol, ia akan memusnahkan kandungan isoflavone...up to 88%. sedangkan isoflavone itu diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan sebagainya. Isoflavone juga berfungsi sebagai menyeimbangkan hormon dan menaikkan berat tulang.
  5. Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan - soya yang mentah mengandungi anti growth dan anti-tyrosine substanse. Sedangkan kalau kekurangan bahan-bahan ini akan  menyebabkan low blood pressure, low body temperature anda restless leg syndrome. Find a brand that used an extracting proses that removes this substance, yet keeps the soy in a raw in order t maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONE which are very sensitive to heat.
  6. Proses pembuatan protein soya sebaiknya adalah tanpa pemanasan. - Amino Acids sangat sensitif dengan suhu yang panas. in some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. if an individual consistently consumes a diet that lacking in all of the essential amino acids, inadequete brain development and hormone or other body tissue development can be result.
  7. Soy Isolate itu mestilah ditambah dengan unsur kalsium. kenapa? - kajian melaporkan baahwa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. dan oleh yang demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah  dalam soy protein untuk menuetralkan kembali serbuk soya itu. Kebanyakkan pengusaha/pengeluar protein soya tidak menambahkan kalsium secukupnya. 




sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 013- 3217182

Thursday, April 11, 2013

bahaya kafein untuk ibu hamil dan menyusu



Sifat kafein yang meransang dan diuretik mengakibatkan kenaikan tekanan darah dan kadar pergerakan jantung serta kekerapan untuk kencing.

Disebabkan kesan yang demikian, wanita yang sedang hamil dan menyusu tidak digalakkan untuk mengambil jumlah kafein yang boleh didapati didalam minuman seperti kopi, teh, minuman berkabonat dan juga coklat dengan kadar yang berlebihan.

Menurut beberapa kajian, jumlah kafein yang selamat diambil adalah sebanyak 200mg sehari yang bersamaan dengan 2 gelas kopi, 2 gelas teh, 6 tin coca cola atau 4 bar oklat 50g. Wanita yang mengambil lebih dari 300mg kafein mempunyai risiko lebih tinggi dalam melahirkan bayi yang berat badannya kurang 100-200g berbanding dengan wanita lain yang hanya mengambil kafein dalam jumlah kecil atau tidak mengambil langsung.

Kesan sampingan yang akibat jumlah kafein yang berlebihan juga termasuklah risiko  keguguran, kelahiran bayi yang kurang berat badan , bayi mudah terkena penyakit anemia serta reproduksi yang lain bagi ibu hamil.

bagi ibu yang sedang menyusukan bayi, kesan kafein yang berlebihan akan menjejaskan produk susu dan mengurangkan zat susu ibu. Dan ada beberapa fakta mengatakan kafein turut menjejaskan kesihatan bayi yang disusui dan menyebabkan bayi tidak selesa.

Demi mengelakkan masalah tersebut, adalah lebih baik bagi ibu hamil untuk tidak mengambil sebarang kafein dalam tempoh 9 bulan tersebut, kurangkan minuman kafein bagi ibu yang sedang menyusu.



Tuesday, April 9, 2013

Set Bersalin Terbaik Untuk Penyusuan dan Baikpulih Rahim Ibu



Sejak akhir-akhir ni ramai ibu-ibu or bakal2 ibu muda yang bertanya apa keistimewaan set berpantang/bersalin Shaklee.

Dah menjadi adat dan keperluan bagi seseorang ibu mencari set bersalin yang sesuai dan terbaik untuk diri dan baby. Pasti kita ingin kan sesuatu yang benar2 bagus dan berbaloi..

Saya mula2 ternampak set berpantang Shaklee dah mula jatuh cinta..banyak sebab dan keistimewaannya berbanding dengan jamu yang berbau n buat badan terasa panas dan tidak selesa serta tidak boleh dimakan ketika baby jaundice..

Terlalu banyak set berpantang/bersalin yang kita boleh cari dipasaran...bermacam-macam jenis...ada yang jenis sapu..jenis jamu dan juga jenis supplement mcm shaklee...terpulang pada kita untuk menilai mana yang terbaik.

Kenapa Set Berpantang Ni Terbaik??

Set berpantang Shaklee (basic) dilengkapi dengan 4 vitamin Semulajadi iaitu
  1. B Complex
  2. Vitamin C
  3. Multivitamin Vitalea
  4. Zinc Complex.


Saya tak nak bahaskan kelebihan set berpantang basic nie.. sebab dah banyak pos tentang kebaikan dan fungsi utama 4 items diatas.

layari link ini utk fungsi dan kebaikan set berpantang 

Digalakkan untuk menambah Alfalfa, Ostematrix atau ESP sebagai pelengkap yang terbaik.

Alfalfa
  • mengecutkan rahim
  • membantu memperbanyakkan susu ibu
  • mengurangkan sakit sendi
  • membuang toksin
*alfalfa tidak sesuai untuk penyakit SLE/autoimun/alergi alfalfa. dan juga untuk ibu berpantang ketika anak terkena jaundice.

Ostematrix
  • Mencegah sembelit
  • menguatkan sistem otot dan sendi serta tulang dan gigi ibu serta bayi.
  • pencegahan awal osteoporosis
  • sangat bagus untuk kalsium dan penyusuan

Protein Soya ESP
  • sangat membantu penyusuan ibu
  • memekatkan susu badan
  • melenakan tidur bayi
  • menambah tenaga
  • menguatkan sistem imunisasi ibu dan anak
  • mencantikkan kulit bayi dan ibu
  • pencegahan awal kanser dan penyakit jantung
  • sangat sesuai utk ibu hamil yang diabetes

supplement ini banyak membantu dalam mengurangkan baby terkena jaundice, serta memberikan ibu lebih bertenaga dan melancarkan penghasilan susu badan. Bagi ibu yang selalu menghadapi masalah sembelit serta berkeingin untuk turunkan berat badan, boleh mengambil lecithin kerana ia tidak mengganggu penyusuan bayi.


Siapa Yang Digalakkan Mengambil Set Berpantang ini.
  1. ibu yang berdarah O kerana risiko bayi terkena jaundice lebih tinggi
  2. Ibu yang bersalin secara caesar atau pun normal
  3. ibu yang tidak boleh menelan anak ikan haruan
  4. ibu yang tidak suka jamu 
  5. ibu yang ingin menyusukan anak dan ingin kekal sihat.
  6. ibu yang ingin rasa kelainan berpantang dengan shaklee.

Mengapa Saya Katakan Sangat Berbaloi Berpantang Dengan Shaklee?

bagi ibu-ibu yang biasa pergi ke forum-forum ibu hamil, tentu ibu-ibu banyak mendapat feedback yang mengatakan mereka tidak habis menggunakan set bersalin yang biasa dijual dipasaran. Akibatnya set itu terbengkalai dan berlaku pembaziran.

Sangat berbeza dengan supplement, anda boleh meneruskan pengambilan walaupun telah habis berpantang. Tiada lagi istilah pembaziran dalm pengambilan supplement kerana seisi keluarga boleh makan termasuk suami dan anak-anak.

Saya sangat2 berpuas hati selama menggunakan mana2 supplement shaklee. ini kerana kebaikannya yang diperbuat dari bahan semulajadi, tanpa bahan kimia, pengawet dan pewarna tiruan membuatkan lebih yakin dan sangat berpuas hati. Ia terbukti berkesan dan sangat-sangat membantu.






sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 013- 3217182

Thursday, April 4, 2013

Rawatan Buasir Bersama Selamat dan Berkesan



Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak dibahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran disekitarnya membengkak, sakit, perit, gatal dan berdarah. Ini menyebabkan luka apabila najis yang keras bergesel dengan buasir.

Siapa yang selalu terkena buasir??


  • Sesiapa yang meneran dengan terlalu kuat ketika membuang air besar.
  • Sesiapa yang selalu duduk di mangkuk tandas dengan terlalu lama.
  • Sesiapa yang mempunyai masalah cirit birit atau sembelit yang kerap dan ketara
  • Sesiapa yang berkait rapat dengan masalah berat badan atau obesiti.
  • Wanita mengandung - ini kerana janin membesar di dalam rahim dan menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan buasir.
  • Wanita selepas melahirkan bayi - wanita berpantang mungkin juga terdedah dengan buasir kerana ada sesetengah mereka tidak menjaga pemakanan semasa berpantang.
Bagaimana Shaklee Merawat Buasir??


Omega Guard

  • Baik untuk sendi dan otot
  • melegakan proses pembuangan yang perit
  • membantu mengecutkan pembengkakan yang berlaku

  • Membantu mengurangkan sembelit
  • melancarkan pembuangan air besar
  • Memberi keselesaan kepada sesiapa yang mengalami kelukaan buasir

  • Disarankan kepada mereka yang mengalami buasir tahap tinggi dan teruk
  • Yang mengalami pendarahan semasa membuang
  • Membantu menyembuh luka dengan cepat.



sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 013- 3217182

Friday, March 22, 2013

Lebih Jimat Lebih Selamat - GET CLEAN WATER



NIKMATI AIR YANG LEBIH BERSIH DAN SELAMAT
Putarkan paip rumah anda dan lihat air yang keluar. Air itu mungkin kelihatan bersih tapi setakat manakah ianya selamat untuk diminum?

Bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan anda sebenarnya boleh hadir dalam air minuman. logam bera, pencemaran industri, racun perosak - bahan cenar berbahaya ini boleh memasuki bekalan air kita dan mempunyai potensi untuk mewujudkan cabaran kesihatan jangka panjang. Tambahan pula, sehingga 20% daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya daripadaair minuman.

RISIKO MEMINUM AIR TERCEMAR
bahan racun da berbahaya hasil produk sampingan (trihalometana,klorofom dan lain2) menyebabkan masalah hati,buah pinggang atau pusat kawalan saraf.

Baham berat(plumbum) menyebabkan tahap iq rendah, lembap dalam pelajaran, tumbesaran tidak sihat.

Pencemaran pertanian menyebabkan masalah kesuburan tanaman.

Pencemaran Industri (Atrazin) boleh menyebabkan risiko kanser.

AIR YANG BERSIH DAN SIHAT DATANG HANYA DARI SEBUAH JAG AIR...SANGAT ISTIMEWA!!!!



MEMPERKENALKAN GET CLEAN WATER
Merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding jag air lain, Get Clean Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean Water merupakan sistem penurasan jag air pertama yang menggunakan blok karbon yang boleh diisi semula. jadi kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Menangani Jenama Terkemuka yang Lain!!

  • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum,merkuri,kadmium dan bahan-bahan cemar lain disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat.
  • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan bahan sampingan klorin.
  • Disahkan dapat menuraskan 303 liter air (80 gelen) bagi setiap turasan -n dua kali ganda lebih dari jenama terkemuka!
  • Sistem penuras jag air berblok- karbon Isian Semulajadi yang pertama

Pilihan Bijak !
  • Hanya beberapa sen bagi seliter air.
  • Air yang lebih sihat dan rasanya yang lebih enak.
  • jag air bermeter autometik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras - tidak memerlukan kuasa eletrik.
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos- tanpa perlu dimasak



KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT
Menyingkirkan kandungan plumbum dan banyak bendasing lain. Get Clean Water ini berupaya menmgurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh persatuan Kualiti Air ( Water Association (WQA) ) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan  banyak bendasing.

MENJIMATKAN KOS
Rakyat malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. dengan hanya beberapa sen seliter sahaja, Get Clean Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagak.

HANDAL
Get Clean Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding dengan jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM
Get Clean Water ini menggunakan sistem penuras jag air dengan blok karbon isian semula yang pertama dimana ianya dapat mengurangkan timbunan sisi. dan lagi setiap penuras dieprbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.



sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (888383)
011-29207518 | 013- 3217182

Thursday, March 21, 2013

Energy Booster Shaklee



Selalu penat dan keletihan??
tahukah anda kita memerlukan vitamin tambahan untuk menjana tenaga dari makanan. Kesan kekurangan vitamin dalam badan membuatkan badan kita mudah menjadi lesu, cepat letih, mudah terkena penyakit dan sebagainya. 

adalah sangat penting untuk diingatkan bahawa vitamin shaklee adalah semulajadi dan bukan diperbuat dari dadah yang mampu memberi kesan sejurus sahaja selepas makan. Vitamin semulajadi ini memerlukan masa untuk menyeimbangkan nutrien dalam badan kita sebelum menampakkan kesan yang terbaik bersesuaian dengan badan.

Antara Energy Booster Yang Terbaik
Vitalea/multivitamin

  • Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan mikronutrien orang dewasa.
  • Dilengkapi dengan zat besi untuk pembentukkan lebih banyak sel darah merah.
  • mengelakkan amenia
  • meningkatkan paras HB.
  • Mengandungi magnesium, kalsium, fosforus, Vitamin C dan D
  • Menyokong kesihatan tulang
  • sangat membantu dalam peningkatan kesihatan sekiranya diambil secara berterusan.
  • Terdiri daripada 8 vitamin B penting untuk keperluan harian
  • Merupakan anti stress terbaik.
  • vitamin B1,B2,B3,B6,biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  • Asid folid dan B12 membantu membina sel darah merah dalam tubuh.
  • Vitamin B sangat disarankan untuk diambil bersama dengan vitamin C
  • Bekalan vitamin c yang berterusan adalah amat penting untuk menyokong proses dlm badan.
  • menyokong kesihatan tulang,gigi,gusi dan seluruh badan
  • Mengekalkan tenaga secara berterusan
  • sifatnya rendah glesemik indeks memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
  • membantu dalam tumbesaran dan pertumbuhan sek-sel badan
  • Pengambilan ESP bersama dengan susu dan kurma membantu memberikan tenaga secara berterusan.



sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (888383)
011-29207518 | 013- 3217182


Tuesday, March 19, 2013

Testimoni Vivix









Darah Tinggi dan Pencegahan



Jantung anda berfungsi sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti  ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Pengukuran Darah Tinggi
Tekanan darah diukur sebagai tekanan sistolik dan diastolik. Sistolik merujuk kepada tekanan darah apabila jantung berdegup semasa mengepam darah. Diastolik pula merujuk kepada tekanan darah apabila jantung berdegup semasa rehat antara denyutan.

Sering kita nampak tekanan darah seperti ini 120/80Mmhg. Ini bermaksud sistolik -120 dan diastolik  -80

Jadual dibawah menunjukkan nombor tekanan darah yang normal dan tidak normal untuk orang dewasa


Kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
  • Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga dan kerja anda.

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Diwarisi Dari Ahli Keluarga?
Jika kedua ibu bapa anda mengidap penyakit darah tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit ini. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

Faktor Mendapat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
  1. Cara hidup yang tidak sihat
  2. Umur melebihi 35 tahun
  3. Merokok
  4. Berat badan berlebihan/Kegemukan
  5. Paras kolestrol tinggi
  6. Sejarah keluarga
  7. Pengambilan alkohol yang berlebihan
  8. Pengambilan garam yang tinggi



Tanda-tanda/Simptom:
  • Pengidap Hypertensi/darah tinggi kebanyakkanya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala.
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/ tekanan darah tinggi, selalunya ia berlaku diwaktu pagi, bahagian belakang dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap kleterukan tekanan darah tingi.

Pencegahan dan rawatan awal dari Shaklee:
membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio-vaskular

Gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.

Merendahkan paras kolestrol dan meningkatkan fungsi jantung

Garlic Complex
Mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah dan kolestol dan memelihara kesihatan selular.

Kesihatan pada tahap selular. hanya dengan pengambilan vivix sahaja anda tidak perlu lagi mengambil vitamin lain.




sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (888383)
011-29207518 | 013- 3217182

Tuesday, March 12, 2013

Basic H 1001 kegunaan hanya dalam 1 botol

Tahukah anda ??

  1. Kebanyakkan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit atau sistem perafasan.
  2. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  3. Bahan pelarut seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.
  4. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal
  5. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Kepekatan pencuci super organik Basic H tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan merbahaya lain.



Keistimewaan Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate :



  1. Mencuci dan membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia.
  2. Mencuci dan membersih ikan,ayam,daging & makanan laut daripada bahan pengawet.
  3. mencuci dan membersih makanan basah seperti mee kuning, kuehtiaw dsbnya daripada pengawet.
  4. memcuci dan membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yg berminyak).
  5. Membersih & dan mencuci bilik air, tandas,singki, tangki,cerin tingkap,rak buku dsbnya.
  6. Mencuci & membersih tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker, pen , minyak dsbnya.
  7. Mencuci & membersih lantai serta alat mainan.
  8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya.
  9. mengasah pisau.
  10. Membersih dakwat pen pada baju, tgn dsbnya.
  11. Menghapuskan kutu di kepala.
  12. terkena minyak ,air panas atau melecur terkena benda panas.
  13. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, seut, lalat dsbnya.
  14. Mandi anak atau sesiapa sahaja yang demam panas.
  15. Sebagai Tuam kepala anak demam.
  16. sakit gigi.
  17. gatal-gatal pada badan atau miang dan masalah kulit.
  18. ulser dan mulut berbau.
  19. Penyubur tanaman dan penggembur tanah.
  20. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya.

Berkesan:
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda- 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air.
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal basic H dimana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama.

Mesra Alam:
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • selamat untuk sistem septik dan pembentungan.


sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (888383)
011-29207518 | 013- 3217182

Monday, March 11, 2013

Senyum untuk kesihatan



Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan menganggap adna tidak siuman.Bersedih tentu sahaja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangisi sehingga memudaratkan kesihatan anda.

Cuba amati anda wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga wajah mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tidak pernah senyum atau payah untuk senyum apatah lagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan mereka. Wajah mereka  yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.



15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok

Thursday, March 7, 2013

Jadual Pengambilan/Pemakanan Vitamin Shaklee



Jadual pemakanan dan pengambilan vitamin shaklee adalah berbeza bersesuaian dengan jebis vitamin-vitamin yang diambil oleh seseorang. Mungkin dari segi waktu dan jumlahnya berbeza tp asasnya dalah sama.

Rule Of Thumb yang boleh dijadikan panduan :

vitamin larut air (B complex dan Vitamin C)
seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang lebih efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak ( A, D, E, K)
Diambil selepas mengambil makanan berlemak/berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

Ostematrix/kalsium
Diambil bersama dengan produk tenusu seperti susu. selain itu pastikan kalsium anda mempunyai magnesium kerana magnesium membantu kalsium lebih mudah diserap.

Iron/Multivitamin
Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan Vitamin C untuk lebih mudah diserap. Bagi mereka yang baru mengambil supplement, anda boleh menggunakan jadual di bawah sebagai panduan (jadual secara umum) :

BFAST : 1bj Vitalea / 1bj b Complex / 2bj Alfalfa
SUPPER : secawan ESP
LUNCH : 1bj Vitamin C / 2bj Alfalfa
BREAKS TIME : secawan ESP
DINNER : 1bj Omega/ 1bj Vitamin E 
BEFORE SLEEP : 2@4bj Ostematrix

Pantang larangan Pengambilan Vitamin:
  1. alfalfa + vitamin E = vitamin E menghalang penyerapan Alfalfa
  2. Ostematrix  + Vitalea = Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vitalea mengandungi iron,jadi elakkan dari mengambil bersama ostematrix@produk tenusu.
  3. Alfalfa + GLA = GLA mengandungi vitamin E (sama dengan no.1)
  4. Pengambilan bersama kafein = kopi atau tea boleh mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin
  5. Pesakit Thalasemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana vitalea mengandungi iron.




sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 013- 3217182

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates