Tuesday, August 14, 2012

Omega-3






Mesti dah ramai yang arif dan tahu tentang khasiat ikan yang penuh dengan protin..begitu juga dengan supplement minyak ikan (fish oil) yang sangat popular pada zaman sekarang. Tak dinafikan ikan memang banyak kebaikan. Ada kajian melaporkan orang Inuit, jantung mereka sangat kuat dan sihat kerana mereka banyak makan ikan. kalau kita, gemuk saja, selalunya dikaitkan dengan bad cholesterol dan sakit jantung, tetapi mereka walaupun berbadan besar, mesti lah berbadan besar yang memerlukan extra lemak untuk menahan dari kesejukan, tetapi jarang diantara mereka sakit jantung. Kenapa?

Inuit Village
Ini disebabkan pengambilan diet yang berasakan ikan yang tinggi sebagai sumber omega-3 yang menyumbang kepada kesihatan jantung.
Kenapa ikan? sebab ikan adalah sumber popular omega-3.

Apakah omega-3
Asid lemak Omega-3 adalah komponen diet yang diperlukan untuk kesihatan optimum. Badan kita tidak boleh menghasilkan Omega -3 tetapi perlu didapatkan dari sumber luar. adakah omega -3 hanya adapa pada ikan?? selain daripada ikan...omega-3 boleh didapato dari sumber marin dan minyak tumbuhan. Selain ikan laut dalam, sumber omega-3 boleh didapati dari flaxseed, canola oil, soybeans, pumpin seeds & wallnuts. Ikan dan smber marin mengandungi DHA dan EPA yang sangat tinggi.

Asid lemak Omega-3 yang penting/vital dalam fisiologi manusia adalah ox-linolenic acid (18:3, n-3; ALA), eicosapentaenoic acid (20:5, n-3; EPA), dan docosahexaenoic acid (22:6, n-3; DHA), senang sebutnya ALA, EPA & DHA.


kenapa ALA, EPA dan DHA penting?
berbanding ALA, kajian-kajian saintifik menunjukkan EPA dan DHA mempunyai fungsi yang lebih signifikan terhadap fisiologi tubuh manusia. jadi, hati-hati dengan sesetengah produk yang claim dan omega yang tinggi tapi sebenarnya kandungan ALA jauh lebih tinggi daripada EPA dan DHA.

Sejauh mana pentingnya Omega -3 terutamanya DHA dan EPA?

  • perkembangan dan fungsi otak 
  • meningkatkan sistem imunisasi
  • mengurangkan keradangan
  • menyokong sistem saraf
  • membantu sistem mata
  • melancarkan pengaliran darah, mengatasi darah beku da seterusnya mengawal tekanan darah
  • membantu menurunkan berat badan
  • mengurangkan sistem depression
  • mencegah arthritis




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates