Showing posts with label Omega-3. Show all posts
Showing posts with label Omega-3. Show all posts

Wednesday, April 8, 2015

PETUA CAIRKAN KAHAK BAYI




hari nie nak kongsikan untuk semua tentang petua hilangkan kahak or kurangan selsema dan batuk pada bayi...

Alhamdulillah..si kecil ammar nie sangat jarang demam batuk or selsema...klu mamanya demam..si kecil nie jarang berjangkit..alhamdulillah...nak tau petua yang saya amalkan? sikit sebanyak mungkin boleh membantu mama2 kat luar sana..

Ammar firstime demam n batuk masa umur dia 4bulan lebih..start pada tu saya mula beri dia mkn omega guard seminggu or 2minggu skali...maklumla umur dia time nie xleh mkn apa2 ag kecuali susu..nasib baik omega guard tu cecair..boleh la saya pecahkan dalam mulut dia...hehe..

walaupun omega guard nie seeloknya utk 2thn keatas..tp saya percaya omega gurd shaklee dibuat dari bahan shaklee...soo..selamat untuk bayi...Alhamdulillah..sampai sekarang ammar sihat walafiat walaupun nak tumbuh gigi..ammar tetap sihat tanpa ada sebarang tanda nak demam sebab tumbuh gigi..

sampai sekarang umur dia dah nak masuk 9bln..gigi dah ada 8 batang..hahaha...semua orang duk tegur.. " banyaknyer gigi dia.." ...


ok...selain omega guard...mama2 boleh cuba cara tradisional...senang je..bahan2 pun mudah dapat...
  • MADU ASLI

untuk bayi atau kanak-kanak..ambil 1 sudu kecil madu, kalau pekat sangat boleh tambah air sedikit. madu boleh keringkan kahak. boleh campur dalam susu or minum mcmtu je. boleh diamalkan setiap hari.
  • KUNYIT HIDUP @ BAWANG PUTIH

tumbuk kunyit untuk dapatkan serbuk, lepastu campurkan dengan sedikit minyak masak dan sapu dekat dada bayi. untuk bawang pula...bakar sedikit , jangan sampai hanyus lak...cara yang sama mcm kunyit..lepas bakar..cmpur minyak dan sapu dekat dada baby.


  • DAUN KADUK

ramas daun kaduk bersama kapur sirih. dan sapu pada perut dan dada baby...insyaAllah kahak akan keluar bersama najisnya.

  • KISMIS

andai anak anak dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis 21bj sehari..insyaAllah akan beransur hilang
  • DAUN BUNGA TAHI AYAM

ramas daun bunga tahi ayam dengan sedikit kapur sirih..sapu pada dada dan tengkuk.
  • GULA MELAKA

andai batuk dan kahak berpanjangan..boleh ambil gula melaka dan pecahkan kecil2 dan diberi makan seperti gula2..amalkan setiap hari hingga batuk n kahak hilang.
  • PUCUK UBI

ramas pucuk ubi dengan kapur sirih untuk dapatkan airnya..selepas itu ambil air ramasan tadi dan sapu pada tengkuk dan dada...


ok..selamat mencuba...

berminat dengan supplement shaklee?
boleh hubungi saya: jaeiaje
tel/ wasap : 011-29207518

Friday, March 14, 2014

TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL

Anda hadapi masalah tekanan darah tinggi ketika hamil?
tak perlu risau kerana Shaklee ada penyelesaiannya.

untuk mengawal tekanan darah agar sentiasa pada tahap normal, anda disarankan dengan beberapa rangkaian vitamin Shaklee.

B COMPLEX

 
b complex mampu meredakan tekanan dan membekalkan  nutrisi vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf. Tekanan darah tinggi selalu juga berpunca daripada tekanan  perasaan yang memberi kesan kepada saraf.

OMEGA GUARD


omega guard iaitu minyak ikan shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah serta melancarkan peredaran darah. Ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga mampu mengawal paras kolestrol dalam badan, menghindar pembekuan darah didalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

OSTEMATRIX


ostematrix pula membantu meringankan stress. Ia mengimbangkan tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, menggalakkan tidur yang lena, membaiki jantung yang berdebar, mood swing dan sakit kepala.

GARLIC



Garlic shaklee berupaya meningkatkan kesihatan kardiosakular dan membantu mengekalkan tekanan darah pada paras normal serta tahap kolestrol yang normal. kajian menunjukkan  pengambilan 2-4 biji tablet garlic akan menurunkan tekanan darah tinggi sehingga 8 poin. ia juga baik untuk mereka yang mengalami  keputihan lebih-lebih lagi pada mereka yang alami keputihan ketika hamil.

perlukah diambil kesemua ini?
itu bergantung kepada bujet anda. hubungi kami untuk konsultasi secara PERCUMA  dan  BERTERUSAN.


sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 019-9198024

Thursday, April 4, 2013

Rawatan Buasir Bersama Selamat dan Berkesan



Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak dibahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran disekitarnya membengkak, sakit, perit, gatal dan berdarah. Ini menyebabkan luka apabila najis yang keras bergesel dengan buasir.

Siapa yang selalu terkena buasir??


  • Sesiapa yang meneran dengan terlalu kuat ketika membuang air besar.
  • Sesiapa yang selalu duduk di mangkuk tandas dengan terlalu lama.
  • Sesiapa yang mempunyai masalah cirit birit atau sembelit yang kerap dan ketara
  • Sesiapa yang berkait rapat dengan masalah berat badan atau obesiti.
  • Wanita mengandung - ini kerana janin membesar di dalam rahim dan menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan buasir.
  • Wanita selepas melahirkan bayi - wanita berpantang mungkin juga terdedah dengan buasir kerana ada sesetengah mereka tidak menjaga pemakanan semasa berpantang.
Bagaimana Shaklee Merawat Buasir??


Omega Guard

  • Baik untuk sendi dan otot
  • melegakan proses pembuangan yang perit
  • membantu mengecutkan pembengkakan yang berlaku

  • Membantu mengurangkan sembelit
  • melancarkan pembuangan air besar
  • Memberi keselesaan kepada sesiapa yang mengalami kelukaan buasir

  • Disarankan kepada mereka yang mengalami buasir tahap tinggi dan teruk
  • Yang mengalami pendarahan semasa membuang
  • Membantu menyembuh luka dengan cepat.



sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 013- 3217182

Wednesday, March 6, 2013

Petua Kempiskan Perut Buncit Shaklee

Perut yang buncit boleh meningkatkan potensi berlakunya sindrom metabolik seperti diabetes, hipertensi, disipemia (gangguan lemak darah/kolestrol) serta meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan pembuluh darah tersumbat.

Ukuran lilit perut yang ditetapkan oleh WHO (Organisasi Kesihatan Sedunia) untuk Asia Pasifik adalah di bawah 90 sm untuk lelaki dan 80 sm bagi wanita.

Ramai antara kita berusaha untuk menurunkan berat badan tanpa membersihkan usus (membuang tosin dari badan) dan membiarkan sisa buangan terkumpul dengan banyak di dalam badan. Sisa buangan (toksin ) yang tidak dibuang ini akan disearp oleh sel badan dan menyebabkan perut buncit dan berat badan susah untuk turun.

Badan yang mengandungi toksin akan menunjukkan simptom-simptom seperti berikut:

  • Berat badan susah nak turun
  • sembelit
  • jarang membuang air besar
  • Sakit kepala
  • Masalah kulit seperti jerawat
  • Mudah letih dan lesu
  • Mulut / badan berbau

Pembersihan usus perlulah diutamakan untuk memastikan penurunan berat badan berhasil tanpa sebarang kesan sampingan untuk jangka panjang. Herb lax membantu mencuci usus sepenuhnya dan dapat menangani masalah perut buncit dengan berkesan. disamping itu proses pembuangan air besar menjadi mudah.



Lecithin / Omega Guard:
Berfungsi sebagai pemecah lemak dan sebagai pelarut kolestrol dan lemak tepu yang lain. Lecithin menyebab lemak terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat semula pada badan.

Alfalfa / heblax:
Membantu membuang lemak yang telah pecah oleh lecithin dan ia merupakan agen penyahtoksin. Alfalfa juga membantu sesiapa sahaja yang mengalami masalah penghadaman dan pencernaan, melegakan sembelit dan membuang angin dalam badan.

Cinh / ESP
Protin amat penting untuk membina otot dan menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protin dapat membantu menahan dari kelaparan yang mana boleh membantu  mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.





sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 013- 3217182

Friday, March 1, 2013

Supplement Terbaik Untuk Si manja


Shaklee memberikan rangkaian nutrisi terbaik yang diperlukan anak anda untuk sokongan tumbesaran yang sihat di samping mengekalkan kesihatan seiring dengan tumbesaran mereka.

memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otakdan tumbesaran yang sihat.
Ia mengandungi vitamin penting seperti B complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cergas serta cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan selsema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga penting dalam mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Sebahagian besar otak terbina daripada lemak "baik" yang juga dikenali asid lemak omega-3. Kajian menunjukkan diet yang kaya dengan omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak.
Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi, sikap positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa tua kelak.

Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghataran mesej ke otak dalam sistem saraf.

protein baik membantu mencerdaskan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmitter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang sangat diperlukan untuk tumbesaran.



sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 010-013- 3217182

Saturday, February 9, 2013

Kebaikan Penyusuan Ibu Kepada Ibu dan Bayi

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bagi bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikan ia membesar dengan sihat dan kuat. 



Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihadapi oleh bayi yang baru dilahirkan. Malah, kebanyakkan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi.

Senarai saranan nutrien yang peru diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.

Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet seharian. kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya didalalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan penuh protein berkhasiat setiap hari.

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusu secara eksklusif dapat melindungi bayi daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang kuat.

Vitamin B Complex
Vitamin B complex merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai pungsi termasuk pengeluaran hormon,pembentukkan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan saraf serta mengekalkan kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiat kepada bayi melalui susu ibu.

Kalsium
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan tumbesaran gigi pada bayi. Wanita yang mengusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan asid lemak omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata bayi. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan omega 3 lebih banyak didalam otak. tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

Alfalfa
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1,   B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. semua bahan -bahan tersebut penting untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.


sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 013- 3217182

Friday, August 31, 2012

Omega Guard

OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Melindungi jantung dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yan tinggi dapat membaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia.
OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak.  Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 990mg asid lemak omega-3

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal.
OmegaGruard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat didalam kebanyakkan jenis ikan.



sebarang pertanyaan boleh hubungi :
familicare 01129207518/0133217182
http://www.facebook.com/Familicare

Tuesday, August 14, 2012

Omega-3






Mesti dah ramai yang arif dan tahu tentang khasiat ikan yang penuh dengan protin..begitu juga dengan supplement minyak ikan (fish oil) yang sangat popular pada zaman sekarang. Tak dinafikan ikan memang banyak kebaikan. Ada kajian melaporkan orang Inuit, jantung mereka sangat kuat dan sihat kerana mereka banyak makan ikan. kalau kita, gemuk saja, selalunya dikaitkan dengan bad cholesterol dan sakit jantung, tetapi mereka walaupun berbadan besar, mesti lah berbadan besar yang memerlukan extra lemak untuk menahan dari kesejukan, tetapi jarang diantara mereka sakit jantung. Kenapa?

Inuit Village
Ini disebabkan pengambilan diet yang berasakan ikan yang tinggi sebagai sumber omega-3 yang menyumbang kepada kesihatan jantung.
Kenapa ikan? sebab ikan adalah sumber popular omega-3.

Apakah omega-3
Asid lemak Omega-3 adalah komponen diet yang diperlukan untuk kesihatan optimum. Badan kita tidak boleh menghasilkan Omega -3 tetapi perlu didapatkan dari sumber luar. adakah omega -3 hanya adapa pada ikan?? selain daripada ikan...omega-3 boleh didapato dari sumber marin dan minyak tumbuhan. Selain ikan laut dalam, sumber omega-3 boleh didapati dari flaxseed, canola oil, soybeans, pumpin seeds & wallnuts. Ikan dan smber marin mengandungi DHA dan EPA yang sangat tinggi.

Asid lemak Omega-3 yang penting/vital dalam fisiologi manusia adalah ox-linolenic acid (18:3, n-3; ALA), eicosapentaenoic acid (20:5, n-3; EPA), dan docosahexaenoic acid (22:6, n-3; DHA), senang sebutnya ALA, EPA & DHA.


kenapa ALA, EPA dan DHA penting?
berbanding ALA, kajian-kajian saintifik menunjukkan EPA dan DHA mempunyai fungsi yang lebih signifikan terhadap fisiologi tubuh manusia. jadi, hati-hati dengan sesetengah produk yang claim dan omega yang tinggi tapi sebenarnya kandungan ALA jauh lebih tinggi daripada EPA dan DHA.

Sejauh mana pentingnya Omega -3 terutamanya DHA dan EPA?

  • perkembangan dan fungsi otak 
  • meningkatkan sistem imunisasi
  • mengurangkan keradangan
  • menyokong sistem saraf
  • membantu sistem mata
  • melancarkan pengaliran darah, mengatasi darah beku da seterusnya mengawal tekanan darah
  • membantu menurunkan berat badan
  • mengurangkan sistem depression
  • mencegah arthritis




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates