Saturday, September 1, 2012

DTX Complex (kesihatan hati)

  Liver DTX Complex menyediakan makanan sokongan bagi fungi hati yang sihat dengan satu formula herba yang unik dengan antioksidan dan mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu yang bila digabungkan dapat melindungi dan merangsang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.

  • mengandungi ekstrak biji benih pokok susu tisel yang menunjukkan dalam penyelidikan menyokong keupayaan normal badan membuat protein yang membantu jana semulajadi sel.
  • Cendawan reishi dan schizandra chinensis mempunyai ciri-ciri antioksida
  • dandelion, kunyit, articok membantu mengekalkan aliran hempedu.



Carotomax




Perlindungan Antioksida Berasaskan Alam Semulajadi
Setiap hari, sel-sel dalam badan kita diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. Apakah yang boleh membantu? Jawapannya adalah anti-oksida. Antioksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas serta meningkatkan  kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan menentang kerosakan sel.

Shaklee mengambil perlindungan antioksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan dan menyalurkannya dalam bentuk flavanoid dan karotenoid yang semulajadi. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

Purata pengambian karotenoid lutein,likopena dan beta-karotena adalah 8mg setiap hari manakala carotomax pula dapat membekalkan 13mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat

  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, biji benih anggur, minyak palma, bunga marigold, dan brokoli bertunas.
  • Menguatkan sistem imun dan membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, peparu, prostat dan serviks secara khasnya.
  • Memelihara kesihatan yang baik.
  • Membantu engekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu.
  • Membantu memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir.
satu hidangan Carotomax Shaklee menyerupai:



*tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet tambahan.



Friday, August 31, 2012

Alfalfa Complex

Medicago sativa atau lebih dikenali sebagai Alfalfa merupakan spesis rumput yang sangat banyak kegunaan dan khasiatnya.

Budidaya alfalfa sebagai pakan ternak dilakukan untuk beberapa tujuan, seperti pengembalaan dan konservasi. Alfalfa dapat ditanam sendiri ataupun sebagai campuran diantara rumput tropis dan sub-tropis. Bibit alfalfa juga banyak ditanam sebagai kecambah untuk makanan manusia.

Alfalfa memiliki kandungan protein dan kalsium yang tinggi, tetapi energi termetobolisme dan kadar fosfor didalamnya relatif rendah. Alfalfa juga termasuk berserat rendah sehingga mudah mencapai rumen dan mudah dicerna.



Khasiat Alfalfa sesuai untuk mereka yang biasa dengan masalah bengkak-bengkak badan, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, nafas berbau serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman, kaya serat dan klorofil serta mineral. Sesuai untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, anti tumor dan anti bakteria.

Antara Vitamin yang terdapat dalam alfalfa:

  1. Vitamin AA - untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutama saluran pernafasan, menggalakkan kulit yang sihat dan vitamin penting semasa kehamilan.
  2. Vitamin E - Melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran matahari dan pencemaran udara, kesihatan jantung, kardiovaskular dan membaiki otot serta membaiki sistem imun, menguatkan untuk membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah, membantu fokus mata.
  3. Vitamin U - Menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
  4. Vitamin B6 - Membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak, menggalakkan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya.
  5. Vitamin K - Penting bgi pembekuan darah, penting dalam fungsi hati, menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
  6. Vitamin D - Mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.
Mineral yang ditemui di dalam alfalfa:
  1.  Kalsium - Membina dan mengekalkan tulang dan gigi, membantu darah membeku, membantu kecergasan dan daya tahan, mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
  2. Zat Besi - Diperlukan dalam pembinaan hemoglobin, membantu pengangkutan oksigen dalam darah.
  3. Kalium - Perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim serta untuk digests lemak.
  4. Fosforus - Diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
  5. Klorida - Elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan, mengawal metabolisme lemak, gula, kanji.
  6. Sodium - Mengawawl keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
  7. Silikon Magnesium - Membantu badan untuk melawan sembelit, ketahanan saraf, melindungi kulit dan badan serta merangsang fungsi otak.
* sangat baik untuk ibu menyusu.


 
dapatkan sekarang dengan harga yang istimewa dari familicare



Omega Guard

OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Melindungi jantung dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yan tinggi dapat membaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia.
OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak.  Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 990mg asid lemak omega-3

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal.
OmegaGruard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat didalam kebanyakkan jenis ikan.



sebarang pertanyaan boleh hubungi :
familicare 01129207518/0133217182
http://www.facebook.com/Familicare

Set Kesuburan Shaklee

Gembira bila orang lain bahagia...siapa yang tak suka melihat orang disekeliling kita bahagia? banyak pasangan yang menanti saat bahagia untuk bergelar ibu dan ayah lebih-lebih lagi untuk yang dah lama menanti. Bagi yang masih berharap akan kehadiran cahayamata, familicare cuba untuk selesaikan masalah anda, asalkan kita tidak pernah putus untuk terus berdoa.

Alhamdulillah..seandainya kita usaha, Allah pasti akan melihatnya. Seorang costumer Set kesuburan shaklee telah pun hamil setelah mencubanya.

Set kesuburan Shaklee untuk isteri terdiri daripada vita-lea, B Complex, Vita-C, Alfalfadan GLA Complex. Manakala untuk suami terdiri daripada Vita-Lea, B Complex, Vita-C dan Zinc Complex.
  • Multivitamin dan multimineral (Vita-Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan untuk memastikan kesemua nutrien dalam badan mencukupi serta membantu ereksi bagi lelaki .
  • Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang kehamilan kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakan bayi mengalami spina bifida. Dan penting dalam memberi peranan kepada tenaga anda untuk bersama isteri/suami selepas penat bekerja. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan jumlah sperma.
  • Vita-C untuk membina dan memulihkan sel dalam badan serta berfungsi dalam menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, tak bertenaga serta lembab akan menyebabkan ia menghadapi masalah untuk sampai kepada sel ovum.
  • Vita E dan Selenium bekerjasama dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium yang lengkap dalam Vita E shaklee mambantu pergerakan sperma agar bergerak lebih kuat dan tangkas untuk sampai kepada ovum.
  • Omega Guard yang terdiri daripada Omega 3 dan 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma supaya mudah untuk proses persenyawaan
  • Alfalfa  membantu wanita dalam hal2 organ dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya
  • GLA Complex  pula membantu tubuh menghasilkan cecair kesuburan yang memberi ruang untuk sperma terus hidup dalam tiup falipio sehingga 5 h ari.
  • Zinc Complex untuk menguatkan sperma
Maka gabungan antara nutrien diatas dapat memberikan anda harapan untuk menimang cahaya mata seperti pasangan lain...

Familicare mendoakan yang terbaik untuk anda. terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa. yakin pada aturan-Nya.. insyaAllah..kita hanya ikhtiar..Allah yang Maha Memberi Rezeki..




Apa kata mereka?

Thursday, August 30, 2012

Tip Merancang Kehamilan



Anak adalah satu anugerah yang cukup bernilai buat pasangan suami isteri. Kita hanya mampu merancang, segalanya aturan di tangan Nya. Masalah sukar hamil dengan cepat kadang-kadang memberi satu tekanan besar pada pasangan suami isteri apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap kali bertanya soalan yang sama. "Stress juga boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk dapatkan zuriat. Dalam kebanyakan masalah, hanya perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dan dapatkan zuriat dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, 11 perkongsian tip untuk kehamilan yang boleh diamalkan untuk meningkatkan kesuburan dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

1- Fahami Bagaimana Kehamilan Terjadi
Jika putaran haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan memahami mengapa wanita gagal hamil.

2- Jumpa Doktor Anda
Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat pemeriksaan dari doktor. Masalah Cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala, sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan diberikan bagi mengelak masalah kesukaran untuk hamil. sekiranya haid anda teratur dan sudah cuba setahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sprema dan HSG (hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopia anda tidak tersumbat.

3- Dapatkan Berat Badan Yang Ideal.
Sekiranya anda mempunyai berat badan yang teralu besar atau terlalu kurus, ia mungkin sedikit sebanyak memberi kesan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4- Ketahui Hari Subur Anda
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikira dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT (suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan.

5- Hubungan Seks Yang Lebih Kerap
Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur digalakan setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position) Posisi ini mungkin terbaik untuk memastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau biarkan zakar suami berada di dalam faraj selama 15minit selepas ejakulasi.

6- Tingkatkan Kesuburan Suami
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, sebaiknya anda bawa berbincang dengan doktor.

7- Mengambil Multivitamin
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8- Bersenam Secara Rutin
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara menyeluruh dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9- Pengambilan Makanan Seimbang
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda memgalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab dan punca mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan kitaran haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

  • Amalkan makanan berlemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat dalam makanan segera.
  • Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makan makanan berfiber tinggi seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi , mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti aiskream, whole milk dan cheese.
10- Kurangkan Stress
Life is stressful, memang tidak logik kalau tiada tekanan dan ujian dalam hidup. Walaubagaimana pun terlalu tertekan menjejaskan kesuburan anda. Lakukan aktiviti ringan supaya dapat meringankan tekanan dalam diri anda.

11- Banyakan Berdoa
Doa merupakan ibu segala ubat. Banyakan berdoa dalam apa jua keadaan anda sekali pun.
Lakukan solat hajat dengan kesabaran dan pengharapan terhadap Ilahi. lakukan secara istiqamah tanpa rasa putus asa. insyaAllah. Semoga anda dan pasangan dimurahkan rezeki dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Amien



Wednesday, August 29, 2012

Satu Sarapan Seribu Rahsia

MEALSHAKES

Hanya dengan pengambilan Mealshakes mampu memberikan kita pelbagai nutrisi penting untuk badan

  • Vitamin A-Z
  • protein
  • kulit yang sihat
  • sumber terbaik serat pemakanan
  • sumber pekat kalsium
  • index glisemik rendah
  • mudah lawas
  • menghilangkan stress
  • menghilangkan rasa mengantuk
  • awet muda

Apakah Mealshakes?
Mealshakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik yang terbaik untuk kehidupan seharian. Enak dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek dan amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana satu hidangan mealshakes mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan.

Setiap bancuhan mealshakes memberi 1/3 daripada US RDA dengan 19 vitamin/galian yang diperlukan bersama dengan protien, galian dan 3mg serat.

net wieght : 544 gram
(boleh tahan sehingga 2-3 bulan)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates