Sunday, February 17, 2013

Kebaikan Vitamin B Complex Shaklee

Para saintis Shaklee telah mencipta asid filok secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. ini kerana asid filok yang semulajadi tidak mudah diserap oleh badan, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting Vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidak seimbangan vitamin B dalam badan. Vitamin adalh vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui simtem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil B complex setiap hari.

Kebaikan dan Manfaat Vitamin B Complex Shaklee
  1. menukar makanan kepada tenaga - membantu penghadaman, menukar lemak,karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.
  2. Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepada, tekanan dan mengurangan kemurungan serta insomnia.
  3. Membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  4. Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala dan kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  5. baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata dan mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan,perkasaan memori dan daya pemerhatian/daya fokus.
  6. mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan anti bodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendakan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, peming , lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  7. Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut (PMS) meredakan kerisauan , keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  8. mencegah perlcche -  dikenali juga sebagai kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah serta nafas berbau.
  9. Detoksifikasi - meredakan alahan.



sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 013- 3217182

Saturday, February 16, 2013

Banana Puree Recipes


Banana Puree

Bahan2 :
Pisang 
susu ibu/susu fm
sedikit air zam-zam

cara-cara :
  1. masukkan kesemua bahan
  2. lenyekkan pisang sehingga betul-betul hancur
  3. siap untuk di mamammm ^____~

Resepi Untuk Si Manja



APPLE PUREE

bahan2 :

beberapa biji epal ( ikut banyak mana kita nak buat ) *sy guna apple merah

cara :
  1. Basuh buah apple sehingga bersih dan kupas kulitnya.
  2. potong kecil2 supaya mudah masak.
  3. rebus/kukus sehingga lembut
  4. bila dah masak..sejukkan dan kisar sehingga betul2 halus
  5. tapis puree yang telah dikisar tadi dan siap untuk di suap kepada si manja anda.



Darah Tinggi dan Cara Mengawalnya

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan semasa anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor akan memeriksa semula tekanan darah untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut : 120/80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jangtung. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda berehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

140/90 mmHg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang. Angka pertama adalah tekanan sistolik : tekanan apabila jangtung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda. angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

Langkah permulaan untuk mengatasi sebarang kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi.

  1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Pengurangan sebanyak 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan memudahkan lagi kesan pemberian ubat.
  2. senaman yang kerap. Cuba amalkan senaman selama 30-45 minit setiap minggu. Paling kurang 3-4 kali seminggu.
  3. Kurangkan pengambilan garam dan kolestrol kepada kurang daripada 2.3g sehari. garam umpama pasir yang serap air dan meningkatkan tekanan darah.
  4. jangan merokok. Kesan nikotin rokok dapat tingkatkan tekanan darah sehingga 10 mmHg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah lebih tinggi sepanjang masa.
  5. Kurangkan stress. stress kerja, duit, kesesakan lalu lintas dan macam-macam lagi meningkatkan tekanan darah buat sementara waktu. kalau anda mempunyai stress yang kronik, sudah tentu memudaratkan kesihatan anda dan boleh mengakibatkan serangaan jantung, strok dan macam-macam lagi. Jadi elakkan dan amalkan kehidupan  yang seimbang.
  6. Amalkan diet yang lebih baik. Ketahui keperluan kalori setiap hari anda. ini boleh mengawal jumlah makanan. makan 5-7 hidangan sehari dalm sukatan yang kecil. lebihkan serat seperti grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur segar. Kawal kolestrol dan pastikan ada sumber potassium dalm diet harian anda. Pisang adalah antara potassium yang baik dan mudah didapati.
  7. lakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap bagi memantau keadaaan  kesihatan anda. pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.






sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 013- 3217182

Thursday, February 14, 2013

Kebaikan Alfalfa


Three hay bales in a row in a green field.

Khasiat dan Kebaikan Alfalfa :
~ melegakan sakit sendi dan tulang
~ memperbanyakkan susu badan
~ menghilangkan kelesuan dan keletihan
~ mengurangkan kesakitan semasa haids
~ sebagai egen detox
~ merawat masalah keputihan bagi wanita
~ merawat penyakit asthma
~ meningkatkan tenaga batin bagi lelaki
~ membantu merawat tulang yang patah
~ menyeimbangkan hormon badan

Alfalfa juga dikatakan dapat merendahkan tahap kolestrol dalam badan. ia juga merupakan sumber vitamin K yang terbaik. Vitamin K membantu proses pembekuan darah dimana ia menggerakkan kalsium kepada protein yang membentuk jaringan mikroskopik untuk mengangkut sel darah merah.

MINERAL DAN VITAMIN DALAM ALFALFA

kalsium - membantu dalam membina tulang dan gigi, meningkatkan kecerdasan, mengawal rentak jantung, melegakan saraf, membantu darah membeku. sangat digalakkan untuk ibu menyusu.

Kalium - untuk saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim dan untuk mencernakan lemak.

zat besi - diperlukan utnuk pembentukkan hemoglobin, digunakan untuk mengangkut oksigen dalam lemak.

fosforus - diperlukan untuk pembentukkan tulang yang normal dan struktur gigi. saling berkait dengan vitamin D dan kalsium. meningkatkan peranan tisu saraf.

sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, menuetralkan asid, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut

silikon magnesium - membantu menangani sembelit, ketahanan saraf, melindungi fungsi kulit, merangsang fungsi otak.

klorin (klorida) - sebagai elektrolit penting untuk membersih dan menyucikan badan, mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji badan.

Vitamin A - baik untuk mata, membina ketahanan terhadap jangkitan, menggalakkan kulit yang sihat. menggalakkan pertumbuhan sel.

Vitamin E - melindungi sel-sel daripada kerosakkan akibat sinaran matahari dan pencemaran udara, kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot, memperbaiki fungsi imun,menguatkan otot di dalam badan.

Vitamin U - menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak, menggalakkan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya.

Vitamin K - penting untuk pembekuan darah, fungsi hati, menyumbang kepada kecerdasan yang berpanjangan.

Vitamin D - mengawal pengguaan kalsium dan fosforus dalam badan, diperlukan untuk gigi dan tulang yang kuat.



Dapatkan Dengan Harga Termurah Dari Kami !!



sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
011-29207518 | 013- 3217182

Tuesday, February 12, 2013

Makanan Untuk Menambahkan Susu Ibu

Antara Milk Booster Dari Alam Semulajadi

Cekur Manis

Cekur manis (pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payudara ibu dan dibasuh selepas kering.

Lobak Putih

Lobak putih mengandungi vitamin C dan serat yang tinggi. Ia membantu dalam penghasilan susu dan meningkatkan sistem imunisasi ibu dan secara tidak langsung sistem imunisasi bayi juga dapat ditingkatkan.

Tauge Alfalfa

Tauge Alfalfa ini memang mudah diperolehi dan juga harganya sangat2 murah. ALfalfa murupakan agen "milk booster" yang tersangat bagus untuk ibu-ibu menyusu. Bayi anda akan sentiasa kenyang.

Bunga Melur

Bunga Melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayua antara kegunaannya ialah untuk menambah susu ibu. Caranya daun bungan melur digiling sehingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Kurma

Kurma membekalkan kalori segera kepada susu badan untuk ibu-ibu menyusu. Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

Susu

Susu membekalkan sumber protein, kalsium, zat dan galian yang diperlukan oleh badan. ia mudah diserap oleh badan.

Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, malah ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan. Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau digulai masak lemak cili padi.
Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3cawan air sehingga kembang. minum airnya (dalam perubatan tradisional cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.


DAPATKAN MILK BOOSTER YANG TERBAIK DARI KAMI


sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
011-29207518 | 013- 3217182

Monday, February 11, 2013

Petua Banyakkan Susu Ibu



Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun bayi sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang) badan ibu belum adjust dengan hormon yang dihasilkan.

Namun setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan bayi, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak isap kedua dua belah payudara, maka susu yang terhasil banyak walaupun bukan semasa berpantang. Ada pelbagai cara untuk menambahkan penghasilan susu badan. antaranya :

1- Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar - lebih kerap bayi menyusu lebih banyak susu yang dihasilkan.

2- Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehinggan bayi itu sendiri melepaskan puting setelah kekenyangan. ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3- Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh.

4- Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang mencukupi.

5-  Dinasihatkan tidak memberikan bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal seperti makanan tambahan seperti jus-jus, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan. Kerana apabila bayi mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6- Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
  • Ambil hidangan seimbang berpandukan panduan piramid makanan.
  • banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari
  • Ambil suplemen yang sesuai jika tubuh selalu lesu dan tidak dapat memenuhi kuantiti susu yang diperlukan.
  • makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7- Amalkan bacaan surah al-Baqarah ayat 60 atau surah al-Hujurat dan sapu pada kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi dan cium bayi anda.

*sumber : surijunior

klik sini untuk dapatkan Suplemen susu ibu/ milk booster



sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiajeShaklee Independent Distributor (888383)
011-29207518 | 013- 3217182







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates