Tuesday, February 12, 2013

Makanan Untuk Menambahkan Susu Ibu

Antara Milk Booster Dari Alam Semulajadi

Cekur Manis

Cekur manis (pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payudara ibu dan dibasuh selepas kering.

Lobak Putih

Lobak putih mengandungi vitamin C dan serat yang tinggi. Ia membantu dalam penghasilan susu dan meningkatkan sistem imunisasi ibu dan secara tidak langsung sistem imunisasi bayi juga dapat ditingkatkan.

Tauge Alfalfa

Tauge Alfalfa ini memang mudah diperolehi dan juga harganya sangat2 murah. ALfalfa murupakan agen "milk booster" yang tersangat bagus untuk ibu-ibu menyusu. Bayi anda akan sentiasa kenyang.

Bunga Melur

Bunga Melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayua antara kegunaannya ialah untuk menambah susu ibu. Caranya daun bungan melur digiling sehingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Kurma

Kurma membekalkan kalori segera kepada susu badan untuk ibu-ibu menyusu. Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

Susu

Susu membekalkan sumber protein, kalsium, zat dan galian yang diperlukan oleh badan. ia mudah diserap oleh badan.

Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, malah ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan. Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau digulai masak lemak cili padi.
Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3cawan air sehingga kembang. minum airnya (dalam perubatan tradisional cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.


DAPATKAN MILK BOOSTER YANG TERBAIK DARI KAMI


sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
011-29207518 | 013- 3217182

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates