Saturday, February 16, 2013

Darah Tinggi dan Cara Mengawalnya

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan semasa anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor akan memeriksa semula tekanan darah untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut : 120/80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jangtung. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda berehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

140/90 mmHg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang. Angka pertama adalah tekanan sistolik : tekanan apabila jangtung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda. angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

Langkah permulaan untuk mengatasi sebarang kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi.

  1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Pengurangan sebanyak 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan memudahkan lagi kesan pemberian ubat.
  2. senaman yang kerap. Cuba amalkan senaman selama 30-45 minit setiap minggu. Paling kurang 3-4 kali seminggu.
  3. Kurangkan pengambilan garam dan kolestrol kepada kurang daripada 2.3g sehari. garam umpama pasir yang serap air dan meningkatkan tekanan darah.
  4. jangan merokok. Kesan nikotin rokok dapat tingkatkan tekanan darah sehingga 10 mmHg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah lebih tinggi sepanjang masa.
  5. Kurangkan stress. stress kerja, duit, kesesakan lalu lintas dan macam-macam lagi meningkatkan tekanan darah buat sementara waktu. kalau anda mempunyai stress yang kronik, sudah tentu memudaratkan kesihatan anda dan boleh mengakibatkan serangaan jantung, strok dan macam-macam lagi. Jadi elakkan dan amalkan kehidupan  yang seimbang.
  6. Amalkan diet yang lebih baik. Ketahui keperluan kalori setiap hari anda. ini boleh mengawal jumlah makanan. makan 5-7 hidangan sehari dalm sukatan yang kecil. lebihkan serat seperti grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur segar. Kawal kolestrol dan pastikan ada sumber potassium dalm diet harian anda. Pisang adalah antara potassium yang baik dan mudah didapati.
  7. lakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap bagi memantau keadaaan  kesihatan anda. pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.






sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 013- 3217182

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates