Wednesday, January 30, 2013

Bagaimana Shaklee Membantu Ibu Angkat Dalam Penyusuan

ramai yang agak terkejut apabila mengetahui ibu yang tidak pernah mengandung mampu menyusukan anak angkat seperti ibu-ibu yang lain. kebanyakkan mereka menyangka hanya ibu mengandung sahaja mempu menghasilkan susu badan.





Bagaimana Ibu Angkat Bertukar menjadi Ibu Susuan?
kunci utama untuk menjayakan matlaamt ini adalah penghasilkan prolaktin dan oksitosin di dalam tubuh seseorang ibu.

Hormon prolaktin bertugas menghasilkan susu, manakala hormon oksitosin berfungsi untuk mengeluarkan susu keluar dari payudara seorang ibu. Diketahui juga kedua-dua hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pitituari iaitu kelenjar yang terletak di bahagian otak manusia. ianya tidak ada kena mengena dengan rahim seorang wanita. Oleh itu walaupun seorang wanita itu tidak lagi mempunyai rahim atau tidak mengandung secara biasa, dia masih boleh menghasilkan susu.

Bagaimana Hendak Menstimulasi perembesan hormon-hormon ini agar susu dapat dihasilkan dan dikeluarkan.?

Terdapat 2 kaedah :

1) Melalui pengambilan ubat yang dapat merangsangkan penghasilan ini dan yang kedua ialah dengan menstimulasi puting susu, yang secara tabiinya akan merangsangkan perembesan hormon. Kebiasaannya penggunaan teknik pertama sahaja jarang sekali membuahkan hasil.

2) Berhasil terutama bagi ibu yang menyusukan anak sebelumnya. Kedah yang terbaik adalah dengan membuat 2 teknik seperti kaedah 1

ramai ibu angkat yang bertanya, bila dan bagaimana hendak memulakan stimulasi. Kebiasaanya , ibu dan bapa angakat dinasihatkan untuk melalui proses kaunseling penyusuan sebelum mengambil anak angkat.

Tujuan kaunseling adalah untuk menyediakan ibu bapa ini agar bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menerima tanggungjawab yang besar. Persediaan mental amat penting kerana proses penyusuan yang ingin mereka lalui ini bukanlah suatu yang tabii tetapi proses adaptasi. Mereka juga perlu tahu mengapa mereka ingin dan perlu menyusukan bayi tersebut dengan susu ibu. Mereka juga perlu tahu cabaran yang perlu dilalui sebelum dan selepas mengambil anak angkat.

Jika ibu dan bapa angkat ini sudah bersedia dari segi fizikal dan mental, barulah langkah seterusnya dapat dilakukan dengan mudah iaitu persediaan fizikal. Persediaan fizikal termasuklah memulakan stimulasi dengan kaedah yang betul seawal dua atau tiga minggu sebelum menerima anak angkat tersebut.

Proses penyusuan anak angkat semestinya bukan sesuatu yang mudah, walaupun begitu ia bukan sesuatu yang mustahil. Dimana kemahuan...disitu ada jalan...

Sekiranay anda benar-benar bertekad, sebenarnya ada jalan yang lebih selamat untuk menghasilkan susu badan selain dari suntikan hormon keatas payudara. ikuti kisah ini....

...selepas 6 tahun menunggu cahaya mata tetapi masih belum dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata, maka beliau dan suami bernekad untuk mengambil anak angkat..hebatnya wanita ini, beliau mempunyai jiwa keibuan yan sangat kuat, beliau berniat hendak menyusukan anak angkatnya.

Beliau meminta konsultasi dari saya dan vitamin yang bagus untuk membanyakkan susu. saya terangkan konsep asas penyusuan agar beliau tidak salah faham. Saya terangkan seperti selalu yang dikongsikan, vitamin tidak membanyakkan susu cuma ia membantu si ibu sihat dan bertenaga serta mempercepatkan penghasilkan susu dengan lebih lancar dan meriah apabila lebih kerap si ibu membuat perahan.

Dalam usaha kita, jangan lupa berdoa dan berharap kepada Pencipta yang memberikan rezeki hambanya kerana dia sebaik-baik pemberi. Saya mengingatkan beliau agar terus berdoa dan berzikir pada Allah.

Alhamdulillah..selepas 3minggu lebih, susunya dah mula menampakkan hasil. ini dinamakan induce lactation. Beliau amalkan vitamin lengkap untuk penyusuan.

hebatnya tekad dan jiwa wanita ini..beliau berusah tanpa putus asa untuk menyusukan walaupun untuk anak angkat.

Hakikatnya duit kita boleh cari....tetapi kepuasan utuk memiliki dan menjadikan anak itu halal untuk selamanya adalah kepuasan yang tidak ternilai.

maka jika anda adalah seorang ibu yang pernah melahirkan dan mahu menyusukan semula atau nama lain proses relaktasi, saya sangat mengalu-alukan.

Bagaimana Produk Shaklee Boleh Membantu Anda Dalam Menghasilkan Susu Untuk Anak Angkat Anda?

Anda ining mencuba vitamin yang sangat selamat dan semulajadi tanpa effect yang tidak baik. Ia dilengkap untuk proses penyusuan tetapi harus di ingatkan, pengambilan supplement haruslah seiring dengan amalan pengepaman dan direct feeding malahan pengambilan air yang turut menjadi aspek penting dalam menjayakan penyusuan.

Pengambilan supplement bagi menjaga kesihatan ibu sepanjang proses ini juga sangat digalakkan kerana induce laktasi bukanlah semudah ABC tetapi memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang sangat tinggi. Supplement seperti Pekej 3M adalah yang terbaik dan insyaaAllah dapat membantu memudahkan lagi usaha murni seorang ibu angkat.

Kliks Sini Untuk Supplement dan Fungsi 





sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiajeShaklee Independent Distributor (888383)
011-29207518 | 013- 3217182

Friday, January 25, 2013

Bayi Cirit Birit dan Cara Mengatasi



Ramai ibu-bapa tertanya-tanya sama ada bayi mereka menghadapi cirit-birit sebab bagi bayi baru lahir pergerakan usus (pembuangan air besar) berlaku secara kerap. Pergerakan usus yang normal bagi bayi banyak bergantung kepada sama ada bayi anda diberikan susu badan atau susu formula. Najis bayi menyusu badan yang baru lahir adalah kekuningan dan agak lembik atau cair dan boleh berlaku sekerap 5 kali sehari.

Kadang kala, bayi yang menyusu badan akan menggerakkan ususnya semasa atau sebaik sahaja dia menghisap susu ibu. Ini berlaku apabila perutnya diisi penuh. Susu itu boleh merangsang keseluruhan saluran usus bayi dan menyebabkan pergerakan usus. Dalam masa sebulan, kebanyakkan bayi yang menyusu badan mengurangkan kekerapan pergerakan usus sampai satu atau dua kali sehari. Pergerakan usus bayi yang mengambi susu formula ialah sekali sehari dan selalunya najisnya agak kental.

Najis longgar yang berlaku dari semasa ke semasa adalah normal. Jika selepas sebulan pertama bayi anda mula melepaskan najis yang busuk, cair dan berlendir pada kadar yang erap sebanyak satu kali setiap kali dia menyusu, atau jika dia juga demam atau kelihatan seperti berat badan mula menurun ia mungkin cirit birit. Jadi berjumpalah dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga.

Punca Cirit-Birit.
Punca utama cirit-birit adalah virus yang bergelar rotavirus. hampir ke semua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastreonteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus keluar tanpa menyebabkan sebarang nutrien.

Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh:

  1. susu formula yang tidak disediakan dengan sempurna, 
  2. selsema
  3. antibiotik
  4. keracunan makanan
  5. alergi
  6. kekurangan enzim tertentu.(jarang berlaku)

Cara Pencegahan
Kebersihan yang sempurna boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit yang disebabkan oleh mikro-organisme yang menyebabkannya boleh berpindah dengan senang dari tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan anda sebersih-bersihnya selama 15 saat dengan sabun anti-bakteria selepas memegang benda yang kotor atau selepas ke tandas.

Rawatan
Jika bayi anda mengambil susu badan atau susu formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Bagi bayi yang lebih tua, anda boleh memberinya beberapa hirup air atau air garam rehidrasi sebagai tambahan kepada susu badan atau susu  formula kekuatan penuh.

Kanak-kanak yang baru bertatih dan yang lebih tua boleh diberikan jus buah-buahan yang betul-betul cair (sekurang-kurangnya satu bahagian jus untuk 10 bahagian air). Elakkan minuman glukosa, minuman bergas dan jus yang tidak cair (gula yang tidak dapat menyerap dapat menarik air ke dalam usus dan boleh menjadikan cirit-birit semakin teruk.)

*jangan berikan ubat anti cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah  umur 12 tahun, sebab ia boleh mendatagkan kesan sampingan yang serius.

Bayi yang menyusu badan lebih terselamat dari cirit-birit
ini kerana elemen dalam susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.

Bilakah harus memanggil doktor?
Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, selalunya ia boleh berhenti sendiri. Jika anak anda mengalami najis yang longgar dan cair selama lebih dari dua hari, panggillah doktor anda. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan. Jadi jangan bertangguh memanggil doktor pakar pediatrik jika anak anda menunjukkan tanda-tanda berikut:

  1. kulit atau bibir kering
  2. lemah dan lesu
  3. menangis tanpa air mata
  4. ubun-ubun menurun
  5. tangan dan kaki pucat
  6. air kencing kuning pekat.
Seharusnya anda berbincang dengan doktor jika anak anda:
  1. tidak mahu minum
  2. demam lebih dari 24jam
  3. terdapat darah dalam najisnya
  4. cirit-birit bersama dengan muntah lebih dari 24jam
  5. perut kembung atau buncit
Jika bayi anda kurang selesa semasa cirit-birit,peluklah dia dan tenangkan hatnya seberapa boleh. Pastikan badanya kerinh. Berikan perhatian dan lembutkanah apabila menukar lampin sebab memang senang untuk punggung bayi menjadi rengsa dan pedih akibat cirit-birit. Yakin , tenang dan banyakkan berdoa...bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa...


sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 013- 3217182


Monday, January 21, 2013

Anti Penuaan Terbaik Di dunia




Satu 
PENEMUAN 
REVOLUSIONARI
dalam anti-penuaan pada tahap sellular




Shaklee produk supplemen revolusionari anti-penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap sellular. 

Vivix merupakan supplemen anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee.

Didalam kajian makmal, ramuan vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular.

4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular
  • Kerosakan DNA
Setiap hari,setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" yang mengganggu fungsi sel dan panjang umur.
Ramuan vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

  • Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada thap sellular.
Didalam satu penemuan utama ujian klinikan terbaru, menunjukkan ramuan vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

  • Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel.
Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun.
Ramuan vivix menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.

  • Penimbunan Protein AGE
Penimbunan berlebihan protein AGE (Advanced Glycation end Products) boleh menyebabkan kerosakkkan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.
Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine" untuk melambatkan pembentukkan protein AGE.




sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 013- 3217182

Sunday, January 20, 2013

Tips Mengajar Mengajar Anak Pada Awal Usia




Proses pembelajaran pada peringkat awal usia banyak membantu bayi anda menjadi lebih pintar.

1- Pengulangan
bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu sebagai contohnya warna biru. begitu juga abjad atau nombor. Jika anda terjumpa anjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda melakukan dengan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh mencuba meletakkan barang bewarna sama di hadapan anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda pada peringkat ini seperti span, ia akan menyerap apa sahaja pembelajaran yang diberi.

2- Jangan Berbahasa Bayi.
Gooo goo gaaa gaaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel ini berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda ketika berkomunikasi dengannya. Paling bagus bercakaplah dengan bahasa yang betul.

3- Ganjaran.
Seperti anak yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka bila diberi pujian, pelukan dan ciuman. Cubalah anda berkata "adik pandai" sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan  blok mainan dalam kotak kecil, pasti merek menunjukkan reaksi wajah yang gembira pada anda. Apa yang pasti, bayi suka bila dibelai dan dimanja dengan penuh kasih sayang. selain itu anda juga boleh memberikan makanan kegemaran mereka sebagai ganjaran apa yang mereka lakukan.

4- Bacakan Buku.
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara yang istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya suka membaca. Bacalah buku kepadanya walaupun mereka belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasa buku itu, tetapi kadang kala bayi anda mungkin akan menggigit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu dibuat daripada jenis kain.


5- Mula Awal Usia.
Ajarlah anak anda dari awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mengajar abjad, nombor dan objek-objek di sekeliling. Anda harus lakukan pengajaran dari sekarang. Bayangkan anak anda boleh mengenal sekeliling pada awal usianya, anda pasti gembira dengan kecemerlangannya.

6- Bersabar
Pengajaran yang konsisten akan menjamin kecemerlangan si kecil dari awal usia. namun anda kena bersabar melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak melihat perubahan anak anda. teruskan usaha dengan sabar, insyaAllah anda dan si kecil pasti berjaya.

7- Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan disekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Pastikan ruang penerokaan itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8- Belajar Dengan Gembira.
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan. Nyanyian lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira.

9- Permudahkan.
Jangan meletakkan harapan dengan terlalu tinggi pada anak anda supaya mengikuti arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berikan dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk dalam 4jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh yang pendek antara 5-10 minit untuk mengelakkan anak anda berasa bosan.

10- Teruskan
Untuk memastikan anda berjaya mengajar dengan baik, lakukan pangajaran setiap hari. Jangan mudah putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang teah besar dan sudah pandai berdikari. Lakukan pengajaran sebagai satu rutin harian anda. semoga berjaya!

Saturday, January 19, 2013

Energizing Soy Protein

opss..besar plak gambar kali nie?knape ye...sbb nak gtau balang ESP nie besar...Smiley

Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecah gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan.

Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. 

Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda keseluruhan kebaikan soya.Smiley





Apa Kata Mereka???






Friday, January 18, 2013

Set Breastfeeding Shaklee Bukan Sekadar MilkBooster

Set Breastfeeding Shaklee yang pastinya penuh dengan kebaikan selain daripada fungsi utamanya untuk menambahkan susu.

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, juga merupakan Anti Stress serta meninggikan sistem pertahanan badan. Menukar makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu-ibu berfikiran positif dan sentiasa dalam mood baik dan secara automatik penghasilan susu akan menjadi lancar. Vitamin B ini turut membantu mencantikkan wajah agar kelihatan lebih berseri

Antihistamine semulajadi yang meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika ibu atau anak demam, anda perlu tingkatkan pengambilan vita C kepada 2biji sehari dan mungkin tidak perlu lagi ubat demam, ia turut membantu dalam menpercepatkan baik luka termasuk luka apabila pumping atau di gigit oleh anak. Vita C turut mencerahkan serta membersih dan mencantikkan kulit.

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 mineral dan zat besi. Ada kajian mengatakan kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi dan ibu digalakkan menambahkan ikan bilis (salah satu sumber zat besi) dalam makanan pertama bayi mereka , pengambilan vita-lea membantu si kecil membesar dengan lebih sihat.

Juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan" sangat kaya dengan pelbagai nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat dalam buah-buahan mahupun sayur-sayuran.
Alfalfa juga terkenal sebagai penggalak susu (milkbooster). Dalam penyusuan, Alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia menambahkan jumlah lemak dalam susu ibu. Selain itu ia turut membantu menurunkan berat badan ibu dan membantu membuang angin dalam badan dan bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan)

Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Bukan sahaja sangat penting untuk ibu menyusu malah  untuk semua wanita dan lelaki, kerana kita akan mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia. Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila ibu di datangi haid. Ada sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala datang period, kepada ibu yang mempunyai bayi demam kuning (jaundice) semasa dalam pantang, digalakkan untuk mengambil ostematrix agar khasiat vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Ia membantu dalam memberi tenaga, melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran serta mencantikkan kulit si ibu dan membantu mengawal paras kolestrol dan juga memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus untuk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Kelebihan ESP dengan susu soya yang lain dipasaran ialah ESP non GMO soy iaitu soya yang dibasuh tidak menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat serderhana agar enzim didalamnya tidak musnah dan kualitinya sangat tinggi.



Penjagaan Bayi Pra-matang






Bayi pra matang yang baru lahir tidak bersedia untuk berdepan dengan dunia sebenar. Masih ada bahagian tertentu dalam tubuh badan si kecil tidak matang dan belum terbentuk sempurna seperti paru-paru, sistem penghadaman dan sistem imun badan.

Dengan kemajuan teknologi perubatan, ia bukan mustahil untuk si kecil ini melalui hari-hari awalnya sehingga mereka mampu bernafas sendiri.

Berada di wad khas untuk bayi pra matang ini adalah satu kemestian yang harus dilalui oleh bayi ini. Wad Neonatal Intensive Care (NICU) merupakan wad yang persekitarannya dilindungi untuk bayi pra matang.

Wad NICU dilengkapi dengan kakitangan yang terlatih, sistem bunyi amaran dan pemantauan, alat bantuan pernafasan, pemerhatian daripada pakar kanak-kanak dan diri anda sendiri.

Melihat alat-alat kelengkapan dalam NICU yang banyak kadang kala menakutkan kita. Ketahui fungsi-fungsi sesetengah mesin mungkin dapat menenangkan anda.

1- Sistem Amaran Bunyi Dan Pemantauan.
Mesin Pemantauan bergantung pada hospital dan wad NICU tersebut. Semua mesin merekodkan kadar dengupan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah dan suhu.

2- Kaedah bantuan Pernafasan.
Bergantung kepada keperluan bayi pra matang tersebut.
  • Endotracheal Tube - Tiub ini menyalurkan udara hangat dan oksigen.
  • Ventilator - Juga dikenali sebagai alat bantuan pernafasan. Ia adalah mesin pernafasan di mana endotracheal tube disambungkan. ia boleh memantau jumlah oksigen, tekanan udara dan tarikan nafas.
  • Continuous Positive Airway Pressure (C-PAP) - Kaedah ini digunakan untuk bayi yang boleh bernafas sendiri tetapi memerlukan sedikit bantuan mendapatkan udara ke paru-parunya.
  • Oxsigen Hood - Ia adalah kotak plastik terang yang diletakkan pada kepala bayi dan bersambung pada tiub yang mengepam oksigen pada bayi.

3- Kaedah Memberi Makan
Ia bergantung pada keperluan bayi pra matang tersebut.
  • Intravenous Lines - Kaedah ini menyalurkan keperluan makanan terus ke dalam saluran darah. Ia sesuai untuk bayi pra matang yang mempunyai sistem penghadaman tidak matang dan tidak mampu menghisap, menelan dan bernafas dengan teratur.
  • Umbilical Catheter - Kaedah ini melibatkan tiub yang dimasukkan pada saluran tali pusat. Jangan risau kerana ia tidak menyakitkan. Kaedah ini hanya digunakan pada bayi yang kritikal sahaja dalam tempoh beberapa minggu.
  • Oral and Nasal Feeding - Kaedah ini memasukkan tiub sempit yang fleksibel menerusi hidung (nasogastric tube) atau mulut (orogastric tube). Kaedah ini sesuai untuk bayi yang bersedia menghadamkan susu ibu atau susu formula tetapi masih tidak boleh menghisap, menelan dan bernafas dengan teratur.

Penjagaan Kangaroo
Ia alah kaedah meletakkan bayi pra matang pada posisi yang betul di dada ibu yang terdedah untuk membenarkan sentuhan perut ke perut dan meletakkan bayi di bawah payudara ibu.

Kepala bayi perlu berpaling agar telinganya berada di atas jantung ibu. banyak kajian dilakukan menunjukkan faedah cara ini. Menurut Krisanne Larimer, penulis buku "Kangarooing Our Little Miracles" . penjagaan kangaroo banyak membantu bayi pra matang dalam beberapa perkara :
  • Suhu Badan - Kajian menunjukkan ibu mempunyai aliran udara hangat yang boleh diselaraskan dengan bayi. Apabila bayi kesejukkan, susu badan ibu boleh menghangatkan bayi.
  • Penyusuan - Penjagaan ini membenarkan bayi mudah mendekati payudara dan sentuhan kulit ke kulit meningkatkan pengeluaran susu. Penyusuan menguatkan sistem imun bayi dan merapatkan hubungan ibu dan anak.
  • Meningkatkan Berat Badan - Membolehkan abyi mendapat tidur lena yang cukup bagi memberi tenaga kepadanya. Peningkatan berat badan bermakna singkatlah masanya tinggal di hospital.

Penglibatan ibubapa.
Bagaimana anda dapat membantu bayi pra matang anda di NICU selain daripada penyusuan dan penjagaan kangaroo?

Ibubapa digalakkan untuk berinteraksi dengan bayi. Sebagai ibu atau bapa, mungkinn anda tidak nampak bagaimana cara untuk berinteraksi dengan bayi kecil yang berselirat dengan wayar, mesin dan berada dalam inkubator. Menariknya, ada beberapa cara yang boleh anda sempurnaan dengan jayanya:
  • Sentuh bayi anda sekerap yang mungkin. lakukan ia dengan lembut atau gerakan perlahan.
  • Bercakap dengan bayi anda. Bayi akan terbiasa dengan suara anda dan boleh mententeramkannya.
  • Tukarkan lampin bayi.
  • Libatkan diri pada kali pertama bayi dimandikan. Ia bergantung pada perkembangannya, anda boleh menggunakan tuala basah atau span lembut semasa memandikannya.
  • Ambil suhu badan bayi
sumber



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates