Saturday, February 9, 2013

Kebaikan Penyusuan Ibu Kepada Ibu dan Bayi

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bagi bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikan ia membesar dengan sihat dan kuat. 



Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihadapi oleh bayi yang baru dilahirkan. Malah, kebanyakkan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi.

Senarai saranan nutrien yang peru diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.

Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet seharian. kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya didalalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan penuh protein berkhasiat setiap hari.

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusu secara eksklusif dapat melindungi bayi daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang kuat.

Vitamin B Complex
Vitamin B complex merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai pungsi termasuk pengeluaran hormon,pembentukkan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan saraf serta mengekalkan kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiat kepada bayi melalui susu ibu.

Kalsium
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan tumbesaran gigi pada bayi. Wanita yang mengusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan asid lemak omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata bayi. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan omega 3 lebih banyak didalam otak. tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

Alfalfa
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1,   B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. semua bahan -bahan tersebut penting untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.


sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 013- 3217182

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates