Tuesday, September 11, 2012

Fungsi zinc dalam harian kita

Zinc is an essential mineral that naturally present in some foods, added to others, and available as a dietary supplement. Zinc is also found in many cold lozenges and some over the counter drugs sold as cold remedies.

Zinc is involved in numerous aspects of cellular metabolism. it is required for the catalytic activity of approximately 100 enzymes (1,2) and it plays a role in immune function (3,4) protein synthesis (4), wound healing (5), DNA synthesis (2,4) and cell division (4). Zinc also supports normal growth and development during pregnancy, childhood, and adolescence (6,8) and is required for proper sense of taste and smell (9). A daily intake of zinc is required to maintain a steady state because the body has no specialized zinc storage system (10).


Table 1: Recommended Dietary Allowances (RDAs) for Zinc [2]
AgeMaleFemalePregnancyLactation
0–6 months2 mg*2 mg*
7–12 months3 mg3 mg
1–3 years3 mg3 mg
4–8 years5 mg5 mg
9–13 years8 mg8 mg
14–18 years11 mg9 mg12 mg13 mg
19+ years11 mg8 mg11 mg12 mg


Zinc merupakan satu vitamin yang sangat diperlukan oleh matabolisme badan sebagai komponen penting dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

familicare ingin berkongsi dengan anda antara kelebihan vitamin zinc untuk badan.
  • Kesihatan Kulit: kajian telah menunjukkan zinc berkesan untuk merawat dan menyembuhkan jerawat atau akne. ia lebih berkuasa daripada placebo atau ubat-ubatan antibiotik yang dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: gangguan keradangan dan kulit yang kronik. dan salah satu punca utamanya disebabkan kekurangan zinc di dalam badan. Zinc memainkan peranan penting dalam menyembuhkan dan membaiki jangkitan kronik serta membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan cepat dan sempurna.
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. ia bertindak mengawal jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. disamping itu juga, zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu menormalkan jumlah minyak dalam kulit dan mengekalkan kulit sentiasa sihat dan muda.
  • Penyembuh Luka: kekurangan zinc menyebabkan luka lambat sembuh. badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen dan seterusnya membantu merawat luka dengan cepat.
  • Gangguan Prostat: zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah pada kanser. dengan ini, dinasihatkan untuk mengambil zinc 15mg setiap hari, dibawah pemerhatian rapi perubatan apabila mengalami masalah prostat.
  • Hilang Berat Badan: Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Mengandung: ia penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. ia diperlukan untuk mempercepatkan pertumbuhan sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa proses kehamilan.
  • Pembiakan: bagi lelaki zinc banyak membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. sementara wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: zinc memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan,kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: membantu seseorang untuk lebih peka kepada bau dan rasa serta memberikan bantuan dalam penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. zinc membantu dalam melindungi dari gangguan penyakit berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya ia terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat.
  • Aturan Enzim: zinc merupakan kompenan beberapa enzim yang membantu dalam pembinaan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain.
  • Kanser: bagi lelaki, zinc memainkan peranan yang sangat penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  • Kelesuan Kronik: orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zinc. para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain untuk menyembuhkan penyakit keletihan yang ditahap kronik selain dari pengambilan minyak ikan yang kaya dengan zink.
  • Botak: botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan dewasa. pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapi penyakit ini adalah dengan mengambil diet yang kaya dengan zinc. terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zinc akan membantu mencegah keguguran rambut.
  • Kehilangan Kalsium: menyebabkan tulang menjadi rapuh dan lemah, zinc adalah salah satu komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang menjadi kuat dan keras.
  • Buta malam: pengambilan kira-kira 150-450mg zinc akan memperbaiki penglihatan. jadi pesakit ini disyorkan untuk sentiasa mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram,ketam kerana ia kaya dengan zinc dan akan membaiki penglihatan mata.
kebiasaannya zinc boleh didapati didalam multivitamin dan multimineral yang berkualiti. dan ia juga boleh didapati dalam bentuk supplement zinc sulfate, zinc gluconate atau zinc picolinate di dalam dos berkadar dari 15mg ke 50mg.
walaupun zinc bertindak sebagai immune booster, pengambilan dos zinc yang melebihi 150 mg sehari boleh merencatkan tidakbalas sistem imun.
manakala pengambilan dos zinc melebihi 1000mg boleh menyebabkan penghasilan toksin didalam badan.

*info sihat
  1. penambahan zinc ke dalam diet harian memerlukan penambahan vitamin A yang seiring juga.
  2. zinc bertindak dengan efektif dengan kehadiran vitamin A, kalsium dan fosforus.
  3. Elakkan pengambilan suplemen zinc dan zat besi serentak kerana kedua-duanya mengganggu aktiviti satu sama lain.
 Zinc Complex Shaklee antara Zinc yang terbaik!!



Sunday, September 9, 2012

Resdung





Anda selalu bersin, gatal-gatal hidung, selesema akibat resdung?

Jika anda mengalami simtom-simtom seperti sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus atau berkahak terutamanya pada waktu pagi, disarankan segeralah rawati pada peringkat awal bagi memudahkan pencegahan dan rawatan.

Resdung pada peringkat parah bukan sahaja memerlukan pembedahan, malah ia mungkin akan membawa kepada penyakit lain seperti parah yang lebih serius.

Pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca
daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijak ataupun makanan tertentu.

" Resdung bukan penyakit tetapi gejala penyakit yang mesti diselidiki dengan tepat untuk mengetahui penyebab bagi rawatan yang sepatutnya.

Berdasarkan ujian keatas daging yang dikeluarkan daripada rongga sinus, beberapa pesakit resdung, ada yang disahkan penyakit TB, Kanser, kulat, virus dan bakteria. katanya ketika menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Malah, jangkitan resdung juga boleh merebak ke bahagian otak dan mata yang akhirnya menyebabkan seseorang itu menjadi buta. selanjutnya

Walaubagaimana pun, pencegahan dan rawatan awal mampu menyelamatkan anda. Dengan pengambilan vitamin C secara konsisten anda mampu mencegah dan merawat masalah resdung walaupun di peringkat yang agak teruk.

kenali Vita C selanjutnya  : vita c


Apa kata mereka??





Vivix



Jom kenali Vivix dengan lebih dekat

vivix adalah salah satu makanan yang terbaik antara yang terbaik didalam shaklee dan ia merupakan produk terbaru yang telah diperkenalkan dan sampai ke malaysia pada tahun lepas. Vivix adalah minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru didalam pemakanan polifenol.

Vivix mengandungi campuran unik botani polygonum cuspidatum, anggur muscadine, elderberi eropah dan lobak ungu yang kaya dengan polifenol dan sekaligus menjadikan vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi antioksidan dan sel anti penuaan semulajadi.



  • Memperbaiki DNA. setiap hari tubuh kita akan mengalami kerosakan DNA (salah satu akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi dengan begitu cepat. Vivix dapat membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh dan melambatkan proses penuaan.
  • Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Dengan vivix akan dapat membantu menguatkan sel tubuh.
  • Membantu meningkatkan fungsi otak, Kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin banyak kesakitan yang kita akan alami. Vivix dapat mengembalikan keremajaan anda.

VIVIX merupakan tonik anti penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang mengalami diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA serta mencegah proses penuaan dengan pantas.

            
Walaubagaimanapun, vivix tidak sesuai untuk kanak-kanak, wanita hamil atau yang sedang menyusukan bayi kerana is mengubah DNA.

Pihak kami akan menyarankan, sekiranya anda mengambil vivix, anda tidak perlu mengambil supplement lain kerana keberkesanan dan khasiatnya yang cukup tinggi untuk kesihatan tubuh anda. Namun, sebenarnya vivix boleh diambil dengan supplement lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama, vivix sahaja telah mampu untuk memperbaiki sel, menghapus radikal bebas serta memperbaiki DNA.

*vivix perlu disimpan didalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi dan memerlukan suhu rendah agar ia tahan dengan lebih lama.


Wednesday, September 5, 2012

Set Berpantang Shaklee



Mungkin ramai diluar tak sabar untuk menunggu kelahiran cahayamata lebih-lebih lagi buat pasangan yang pertama kali menimang permatahati ini. Adakah anda tercari-cari apakah set yang sesuai ketika berpantang?  mungkin ade juga yang masih tertanya mana lebih baik antara supplement vitamin dengan set jamu?

kali ini familicare ingin kongsikan satu rahsia dan hadiah yang cukup bermakna untuk ibu/bakal ibu.

Sepintas lalu, Jamu juga turut dikategorikan sebagai makanan tambahan yang sama seperti vitamin. Namun badan kita mengambil masa yang agak lama untuk menguraikan jamu tersebut bagi mendapatkan vitamin dan khasiat yang terdapat didalam kandungan jamu dan tidak diketahui jumlah kandungan dengan lebih tepat.

Set Berpantang Shaklee menyelesaikan masalah tersebut kerana vitamin adalah suatu yang istimewa. Badan kita sangat mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita menerima dengan cepat serta pengambilan air yang mencukupi akan menyebabkan penyerapan berlaku dengan sangat baik.

Ibu didalam pantang sangat digalakkan memakan makanan yang kaya dengan khasiat folik asid, zat besi, zink serta vitamin lain supaya kesan dan luka akibat bersalin cepat sembuh.

Selain itu, ibu-ibu disarankan menyusu bayi mereka sepenuhnya, dan tidak mengambil mana-mana jamu kerana takut dan dikhuatiri akan memberi kesan yang kurang elok untuk hati bayi dan mempunyai risiko pada bayi untuk mendapat penyakit demam kuning yang lebih dikenali dengan Jaundice.



untuk kesan yang lebih baik and marvellous..anda boleh menambahkan ESP @ Alfalfa @Vitamin E bagi penghasilan susu ibu yang lebih banyak.



untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi wakil kami.



Monday, September 3, 2012

Bayi Seringkali Demam, Selsema dan Batuk?






KENALI DEMAM ANAK ANDA

Demam memang satu perkara yang sangat merisaukan ibu-bapa. Walaupun kadang-kadang ia dianggap biasa, tp ia tidak boleh dipandang ringan terutama dibawah umur enam tahun. Sekiranya suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kanak-kanak diserang sawan.

Suhu Badan yang normal adalah 37°C. Seseorang itu boleh dianggap demam jika sekiranya suhu badannya melebih 37°C.

Demam akan berlaku jika jangkitan kuman atau penyakit-penyakit lain yang berinteraksi dengan sistem tahanan badan.

Demam biasa pula bermakna suhu kita meningkat lebih daripada 37 darjah celcius tetapi tidak melebihi 38 darjah celcius. Demam biasa akan pulih dalam masa dua, tiga hari sahaja.

Demam panas pula terjadi apabila suhu melebihi 38 darjah celcius dan berlarutan lebih lama. Selalunya disertai simptom-simptom lain seperti batuk dan selsema.

Viral infection bermaksud jangkitan yang disebabkan oleh virus. Terdapat banyak jenis virus yang boleh dijangkiti. Virus ini selalunya menyebabkan demam yang kadangkala tidak terlalu tinggi tetapi boleh juga menyebabkan demam panas. Walau bagaimanapun, demam virus ini selalunya boleh hilang dalam tempoh dua, tiga hari.

Sistem imun merupakan salah satu sistem yang paling sensitif dan kompleks dalam badan kita.  Ia bekerja untuk menghapuskan bahan asing dan bahan merbahaya dalam badan dan kemudian meneutralkan bahan asing tersebut.

Hari ini kita sering kali dikelilingi dengan pelbagai ancaman penyakit dan pencemaran. Memelihara sistem imun menjadi tanggungjawab utama kita terhadap badan dan kanak-kanak.

Shaklee mementingkan kesihatan imuniti anda bermula dari dalam sehingga ke luarnya. Vitamin Shaklee sangat sesuai untuk mereka yang sentiasa dan kerap kali demam, selsema dan batuk.
  • kanak-kanak umur 1-3 tahun = Mealshake + omega
  • kanak-kanak umur 4-12 tahun = Vita C, VitaLea for children, mealshake, omega, nutriferun.
  • 12 tahun dan keatas = nutriferun, B-complex, carotomax, vita-C, Vita-Lea
Sebaiknya ibubapa hendaklah menyimpan jangka suhu di rumah untuk memantau suhu badan anan-anak ketika mereka demam.

Pertanyaan yang mungkin bermain di kepala ibu-ibu?
Kenapa mealshake..?? apa kurangnya ubat paracetemol...




Protein Yang Terbaik Untuk Anda

Kenapa ESP Terbaik Untuk Kita?


Protein merupakan makanan yang terpenting bagi badan kita. Sel-sel dalam badan sangat memerlukan protein untuk terus membina sel-sel tisu badan yang baru bagi menggantikan sel-sel yang telah lama dan rosak.

APA YANG BEST PADA ESP??

  • Sumber "Protein Lengkap" dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi daripada diet seharian.
  • Berasaskan tumbuhan semulajadi yang rendah lemak dan bebas kolestrol.
  • Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga dalam tempoh yang laa untuk bergerak lebih aktif.
  • Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  • Kandungan lemak yang sangat sedikit (1gm) dan tanpa laktosa yang mempunyai kadar penghadaman yang sayang tinggi dan mudah diserap terus kedalam darah.
  • tiada bahan perasa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet tambahan.
  • Mengandungi 5 vitamin B, 2mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
Hanya Yang Terbaik Untuk Anda
  • Menjadikan kulit tampak lebih berseri, halus, gebu dan lebih cantik
  • Membantu hilangkan kesan dan parut jerawat
  • Membekalkan tenaga yang berpanjangan dan menjadikan badan lebih sihat da cergas.
  • Menegang dan menganjalkan kulit payudara.
  • Kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menepous.
  • Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus menbantu dalam proses penurunan berat badan.
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan.
  • Mengawal paras kolestrol dalam badan.
  • Kadar Glisemik yang rendah dapat membantu dalam mengekalkan paras gula dalam badan dan amat sesuai untuk wanita hamil yang mempunyai masalah diabetes.
  • Menyokong dan meningkatkan kesihatan jantung.
  • Membantu menyerap vitamin lain dengan lebih baik.
  • Membantu memekat dan memperbanyakkan susu ibu
Saya..Kamu...dan Dia...
ESP sangat sesuai untuk :
  • Ibu menyusu
  • Ibu mengandungi
  • Ibu dalam pantang
  • Mereka yang mengalami masalah kuli kusam dan tak bermaya
  • Mereka yang baru menjalani pembedahan
  • Mereka yang mengalami masalah gastrik
  • Mereka yang ingin menurunkan berat badan 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates