Monday, October 8, 2012

Alergi



APA ITU ALERGI?
Sebenarnya, alergi atau lebih dikenali sebagai alahan reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau hanya dengan sentuhan. Sistem keimunan badan berindak balas terhadap alergen (bahan yang membangkitkan reaksi) dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti,
kongesi hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau birit-birit, mata berair serta gatal dan ruam gatal.


ADAKAH ALERGI DIWARISI?
Sememangnya alergi itu lazimnya diwarisi secara turun temurun, walaupun mungkin setiap ahli keluarga mempunyai alergi berlainan. Seorang anak mungkin menghidapi asma, manakala seorang lagi cenderung mendapat diarhea, memberi bayi susu badan secara ekslusif untuk enam  bulan pertama akan dapat mengurangkan kejadian alergi baginya semasa diperingkat umur muda.

ADAKAH ALERGI SENANG DIKESAN?
Tidak semestinya, dan agak sukar dikesan bagi bayi. contohnya, ramai bayi akan berdehit apabila diserang infeksi saluran pernafasan respiratori atas. ini sebenarnya bukan tanda alergi, dan kebanyakan bayi akan hilang kecenderungan untuk berdehit apabila mereka matang. Sekiranya dehitan itu berlaku tanpa selsema dan masih kekal apabila mencapai usia 3 tahun, pakar pediatrik anda mungkin akan meminta andasupaya menyimpan buku catatan setiap kali bayi anda menunjukkan simptom ini. Diagnosis asma lazimnya boleh dibuat berdasarkan sejarah bayi dan tindak balasnya terhadap ubat bronchodilators yang melegakan.

Satu cara untuk mengenal pasti punca alergi adalah dengan ujian cucuk kulit, yang amat sesuai untuk alergiekzema akibat sentuhan, namun begitu, ujian ini kurang sesuai bagi bayi yang berumur 18 bulan dan kebawah. Anda dinasihatkan untuk bertanya dengan doktor anda sekiranya timbulnya simptom baru atau sesuatu simptom berlarutan. Sekiranya bayi anda mengalami sesak nafas, atau mencungap atau ternampak bingung, nadi bergerak cepat atau pucat, sejuk, segeralah berjumpa dengan pakar pediatrik anda.

keadaan-keadaan yang berkaitan dengan alergi, seperti asma dan ekzema agak senang juga untuk didiagnosis. Namun begitu, seseorang itu juga boleh mendapat alergi dari pelbagai punca seperti bulu kucing kepada kain poliester. Kongesi pagi hari, yang selalunya kekal sepanjang tahun, disebabkan kutu habuk atau alergi dari haiwan peliharaan. Apabila terdapat simptom, tetapi puncanya sukar untuk dikesan. Elok sekiranya anda berunding dengan pakar pediatrik anda.

KETIDAKTOLERANSI DAN ALERGI MAKANAN
bayi kadangkala menjadi alergi kepada makanan tertentu, seperti gandum, telur, susu, makanan soya, kacang, kerang-kerangan, ikan dan buah sitrus. Simptom alergi semulajadi, umpamanya ruam tebal atau berdehit atau bengkak bibir dan lidah selalunya datang dalam satu atau dua jam selepas memakannya. jika anda mengesyaki bayi anda alergik kepada sesuatu makanan, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.

Jika anda mengesyaki bayi anda mempunyai ketidaktoleransi makanan, jumpalah pakar pediatrik anda yang akan merujuknya kepada pakar diet. Pakr diet mungkin merancangkan diet yang mengasingkan makanan larangan, yang mana makanan yang disyaki, akan dikeluarkan kemudian dimasukkan kembali secara perlahan. ini membantu untuk mengenal pasti makanan yang menyebabkan alergi.

Jika bayi anda diberikan formula dan didapati mempunyai ketidaktoleransi atau alergi terhadap susu lembu, pakar diet mungkin akan mencadangkan agar bayi anda beralih ke formula soya atau formula yang mengandungi susu lembu yang sudah diubahsuai untuk bayi anda.


sumber : babycenter

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates