Wednesday, January 16, 2013

Kenapa Perlu Memilih Vitamin Semulajadi?

Terdapat 3 kumpulan vitamin yang berkawan rapat, dan kemungkinan mereka sama rupa, sama saiz, sama warna dan perwatakan pun mungkin ada yang sama tapi siapa tahu dalaman hati dan funginya terlalu berbeza.

Vitamin Sintetik mahupun organik atau semulajadi pada asalnya bermula dari bahan semulajadi tapi pemprosesannya yang membezakan ia.

Kenali hati budi dalaman setiap jenis vitamin ini:-


Vitamin Sintetik
  • Umpama buah-buahan plastik yang merupakan nutrien yang dihasilkan dalam persekitaran makmal daripada bahan-bahan kimia.
  • Kos penghasilannya adalah lebih rendah.
  • Dilebelkan dengan huruf "l" berbanding dengan vitamin semulajadi yang dilebelkan dengan huruf "d" yang boleh dilihat pada setiap lebel pada botol vitamin.(rujuk: How To Understood Food Supplement Labels by Doc. Bruce B. Miller)
  • Kebanyakkan makanan tambahan dari jenis ini dan banyak terdapat dipasaran.

Vitamin Organik
  • Nutrien yang khususnya dipencilkan dari satu sumber semulajadi, biasanya dengan menggunakan haba, tekanan yang tinggi atau pelarut kimia yang kuat.
  • Ko-faktor yang ada pada nutrien lesap atau rosak tanpa diganti.
  • Semasa pemprosesan ia melibatkan haba yang berlebihan, produk petroleum biasanya digunakan yang menyebabkan kehilangan nutrien.

Vitamin Semulajadi

  • Dihasilkan dengan pemprosesan yang semulajadi seminima mungkin dan kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi.
  • Perlukan pelaburan yang tinggi dalam sumber semulajadi yang berkualiti.
  • Kos menghasilkannya lebih tinggi berbanding dengan kos sintetik.
  • Kebanyakkan syarikan tidak menjual vitamin dan mineral semulaji. Ditemui hanya syarikat shaklee satu-satunya yang berbuat demikian (rujukan : A Costumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care).
~Changing Brands Can Changed Your Life~ rockn, roll icon

Tuesday, January 15, 2013

Herbal Blend



Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee: Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Ianya dingin, bermentol dan tidak berminyak. Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

Kelebihan dan Kegunaan Herbal Blend Shaklee :
  • melembutkan kulit yang kasar dan tumit pecah
  • menghilangkan masalah gatal-gatal pada kulit
  • menghilangkan parut termasuk campak dan chicken pox
  • menghilangkan ruam-ruam bayi
  • memberikan kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
  • sebagai losyen untuk kegunaan harian.

Jom kongsi pengalaman mereka yang telah mencuba!!



atasi masalah kesihatan anda hari ini...dapatkan tawaran harga istimewa dari kami sini!!

~Changing Brands Can Changed Your Life~ ^____________^



sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor
011-29207518 | 013- 3217182

Monday, January 14, 2013

Masker Semulajadi




Adakah anda terfikir untuk membuat masker sendiri tanpa bahan-bahan kimia?
Selain untuk menambahkan kesihatan tubuh badan, Vitamin C Shaklee juga boleh digunakan sebagai masker semulajadi.

Cara membuat masker dengan Vitamin C Shaklee :-

  1. Patahkan vitamin C kepada 3 bahagian.
  2. Ambil satu bahagian dan hancurkan. (baki simpan utk hari lain)
  3. Masukkan satu sudu air dan biarkan 3-4 minit sehingga ia kembang.
  4. Sapu pada seluruh wajah yang telah dibersih dan kering.
  5. Biarkan ia kering sehingga 20-30 minit.
  6. Bilas dengan air bersih.

Mereka telah pun mencuba.....^________^







Kelebihan Masker Vitamin C shaklee :-

  1. Meransang penghasilan kolagen.
  2. Menegangkan kulit muka.
  3. Mengecutkan jerawat.
  4. Menyegarkan wajah.
  5. Mencerahkan muka.
*Thanks tu Najihah Sudi

Mengatasi Jerawat, Parut dan Luka




Bercakap pasal jerawat..pasti banyak cerita kan? Kadang--kadang jerawat boleh menambahkan stress bagi tuan empunya badan lebih-lebih lagi kepada wanita tak kira remaja mahupun dewasa.

jerawat terjadi apabila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di ruang muka, dada dan belakang..

Anda sudah buntu mencari jalan untuk mengatasi jerawat lebih-lebih lagi parut yang boleh menghilangkan keyakinan diri untuk tampil di kahlayak ramai..saya yakin ramai dah mencuba banyak produk untuk atasi masalah nie..ok.. apa kata kita guna kaedah pengambilan vitamin semulajadi tanpa bahan kimia yang boleh memudharatkan pada masa akan datang..

Vitamin C (klik sini utk lebih lnjut) 
Vitamin C Shaklee yang didatangkan khusus dalam bentuk Sustained Release iaitu kaedah pelepasan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan Vitamin C sentiasa berada dalam badan.

Pengambilan Vitamin C secara konsistent mampu membantu proses pencerahan kulit, melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen.

Vitamin B Complex (klik sini utk lebih lnjut)
B Complex Shaklee terdiri daripada 8 vitamin B iaitu Thiamin (B-1) Riboflavin (B-2) Pantothenic Asid (B-5) Pyridoxine (B-6) folid Asid (B-9) dan Cobalamin (B12) serta biotin.
B-2 iaitu Riboflavin yang lebih dikenali sebagai Beaty Vitamin. Vitamin b sangat bagus untuk mereka yang mengalami masalah kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut serta kulit kering. Ia juga turut mengatasi masalah kelesuan.

Vitamin E Complex
Vitamin E shaklee kini ditambah dengan ekstrak biji anggur yang sangat digalakkan untuk mereka yang pentingkan kecantikan. Ia turut membantu kulit agar kelihatan lebih muda.

Ia juga merupakan anti oksida yang penting untuk melawan radikal bebas dari memusnahkan sel. berfungsi merawat dan mencerahkan kesan parut serta membantu dalam penyerapan oksigen.







~Changing brands Can Changed Your Life ~  ^____________^


Demam Kuning atau Jaundice



Demam kuning/Jaundis pada bayi
 lebih kurang 50-60% bayi yang lahir cukup bulan akan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua akhir selepas lahir. Ianya kerap berlaku pada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas.

Pada sesetengah bayi, ia kerap berlaku, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian.

jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun kebahagian bawah badan. bayi jaundis juga akan kerap tidur.

Jaundis biasanya berlaku pada:

  • bayi yang punya kumpulan darah berbeza dengan kumpulan darah ibu.
  • bayi lahir pra matang
  • bayi yang sakit
  • bayi yang dilahirkan oleh ibu yang diabetes
  • bayi yang dilahirkan setelah ibu diberi ubat pencetus kontraksi (induce) atau pitocin
Kenapa bayi jaundis perlu disusukan dengan sekerap mungkin?
Menyusukan bayi dengan kerap akan membuatkan bayi membuang air kecil dan najisnya dengan lebih kerap. maka dengan itu lebih banyaklah bilirubin dapat dibuang atau dikeluarkan dari tubuh bayi. Kolostrum susu ibu juga turut bertindak sebagai julap, yang membantu memproses dan menyingkirkan lebihan bilirubin dari tubuh bayi. kajian menunjukkan penyusuan susu ibu 7kali atau lebih dalam masa sehari dapat menyurangkan bayi risiko jaundis


sebab itulah ibu-ibu baru bersalin digalakkan menyusukan bayi seawal dan sekerap mungkin di awal kelahiran agar bayi dapat merasakan nikmat dan kebaikan susu ibu seterusnya dapat mengelakkan dari terkena jaundis.

Shaklee dalam mengatasi Jaundis
Supplement Shaklee untuk berpantang merupakan satu supplement yang terbaik untuk para ibu memastikan badan kekal sihat dan bertenaga. Tidak ada panas badan dan tidak ada juga rasa dan bau jamu yang kurang menyenangkan. dan apa yang paling best suplement shaklee tetap boleh terus dimakan walaupun anak mengalami jaundis.


peringatan: Alfalfa berunsurkan herba, makan tidak digalakkan diambil di awal kelahiran sekurang-kurangnya seminggu bergantung kepada keadaan bayi. jika ada yang berminat untuk mencuba alfalfa semasa berpantang, amatlah digalakkan untuk sentiasa memantau keadaan bayi terlebih dahulu sebelum mencubanya. Pengambilan alfalfa semasa berpantang boleh mendatangkan risiko bengkak susu. Oleh sebab itulah alfalfa tidak dimasukkan dalam set berpantang kami. Ibu-ibu boleh gantikan dengan ostematrix atau ESP.



sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 013- 3217182

Sunday, January 13, 2013

Masalah bayi Cirit Birit



Cirit-birit adalah penyakit yang biasa terdapat dikalangan kanak-kanak terutamanya yang dibawah lingkungan umur 2 tahun. Penyakit ini biasanya bermula dengan muntah-muntah diikuti dengan cirit. Najis yang keluar biasanya cair tetapi adakalanya bercampur dengan darah. Demam selalunya tidak ketara. Penyakit ini lazimnya berakhir dalam beberapa hari tetapi adakalanya berterusan hingga berminggu-minggu.

Penyelidikkan telah menunjukkan bahawa komuniti-komuniti yang rendah taraf sosio-ekonominya amalan pemberian susu tepung membawa kepada tingginya kadar bayi-bayi yang mati akibat cirit-birit. Ini mungkin ada kaitan dengan pencemaran air yang digunakan untuk membancuh susu serta alat-alat yang digunakan seperti botol-botol atau puting-puting susu. Memandangkan hakikat inilah, pertubuhan sedunia seperti World health Organisation (W.H.O) , UNICEF dan pertubuhan -pertubuhan perubatan antarabangsa telah mengesyorkan supaya semua negaradidunia khususnya negara-negara yang sedang membangun yang masih mempunyai kadar kematian bayi yang tinggi menggalakkkan penduduk mereka meneruskan amalan pemberian susu badan kepada bayi-bayi mereka.

LANGKAH PENCEGAHAN

 Ibu - ibu disarankan supaya memberi susu badan kepada bayi dari lahir lagi kerana susu ibu mempunyai beberapa kuasa perlindungan untuk mencegah penyakit - penyakit termasuk cirit - birit. Bagi ibu - ibu yang memberi susu tepung kepada bayi mereka , kebersihan diri dan kebersihan alat - alat yang digunakan untuk membancuh susu adalah penting supaya bayi tidak terdedah kepada kuman yang boleh menyebabkan penyakit cirit ini. Memang jelas penyakit cirit - birit di kalangan bayi pada masa kini telah banyak berkurangan dengan adanya bekalan air yang bersih dari kuman. Bagi kawasan - kawasan yang masih terpaksa mendapat bekalan air dari perigi - perigi air itu mestilah dimasak terlebih dahulu. Botol , sudu serta segala yang digunakan untuk membancuh susu mesti dimasak terlebih dahulu.
Perkara yang masih didalam proses penyelidikan ialah pengimunan seperti yang terdapat untuk penyakit - penyakit polio , kerongkong , kol - kol dan demam kepialu. Vaksin untuk mencegah penyakit cirit - birit oleh virus Rota dan bakteria E.coli sedang diuji dan ini akan membawa harapan yang besar untuk mengawasi penyakit cirit - birit di kalangan bayi pada masa hadapan jika ujian ini berhasil.

sumber rujukan


suka saya galakkan bagi para ibu supaya memberikan penyusuan penuh untuk bayi mereka..tiada apa yang lebih baik dari susu ibu..

bagi ibu yang selalu memikirkan masalah kekurangan susu badan, anda boleh memcari milkbooster sebagai langkah mengatasinya..antara milkbooster yang paling digemari dan terbaik adalah set breastfeeding shaklee ^____________^

Saturday, January 12, 2013

Kelebihan dan Kebaikan Set Berpantang Shaklee



Penjagaan Selepas Kelahiran bermula sejurus sahaja selepas bersalin sehingga hari ke 42. Kepentingan penjagaan selepas kelahiran adalah untuk memastikan kesihatan ibu dan anak sentiasa dalam keadaan baik dan sihat. Dalam tempoh ini penyusuan susu ibu dan kaaedah merancang keluarga amat diperlukan dan diberi perhatian.

Seribu Kebaikkan Hanya Dalam Satu Set ^________^


satu set yang telah menjadi pilihan ramai ibu yang mementingkan kesihatan diri dan anak. Tertanya-tanya ape kebaikkan dan kelebihan apabila anda mengambil set berpantang shaklee...


B complex sangat penting untuk membantu badan dalam memberikan tenaga serta seimbangkan emosi. Kekurangan B Complex boleh menyebabkan ibu mengalami gangguan emosi dan tekanan. Ia turut membantu dalam penghasilan sel darah merah dan menstabilkan hormon badan.

Vitamin C shaklee membantu meningkatkan antibodi secara berterusan. Berkonsepkan pelepasan secara perlahan-lahan sesuai mengikut keperluan badan serta membantu badan pulih dengan cepat dari proses kelahiran. Dengan kandungan kolagen didalamnya turut membantu para ibu nampak lebih mudan dan anggun.

Proses kelahiran yang menyebabkan para ibu-ibu terpaksa kehilangan banyak darah memerlukan ibu-ibu mengambil makanan seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar. Vitalea yang diformulasi dengan 28 jenis vitamin dan mineral membantu menambahkan metabolisma badan seperti menyokong kekuatan tulang, pengaliran darah, meningkatkan kesihatan hati, jantung dan lain-lain. Dan ia turut membantu badan dari cepat letih, lesu dan pucat.

Zinc merupakan vitamin dan galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan baik luka selepas bersalin. ikan haruan adalah antara makanan yang kaya dengan zinc. Kini ibu-ibu tidak lagi perlu bersusah payah mencari anak ikan haruan kerana Zinc complex kaya dengan minyak ikan. Pengambilan zinc bagi turut memberi kesan pada bayi dimana ia membantu bayi yang disusukan membesar dengan lebih sihat. Zinc juga membantu badan dari terkena jangkitan penyakit berjangkit serta jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis serta dapat mencegah bayi dari terkena demam kuning.


Kelebihan Pengambil Set Berpantang Shaklee :-
  1. Boleh diam seawal hari pertama selepas bersalin.
  2. Boleh terus diambil walaupun anak ade juandis (kuning)
  3. Sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal atau pembedahan.
  4. Dapat membantu ibu mengurangkan stress.
  5. Membantu mengekalkan tenaga berpanjangan dalam tempoh berpantang.


sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 013- 3217182



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates