Sunday, January 20, 2013

Tips Mengajar Mengajar Anak Pada Awal Usia




Proses pembelajaran pada peringkat awal usia banyak membantu bayi anda menjadi lebih pintar.

1- Pengulangan
bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu sebagai contohnya warna biru. begitu juga abjad atau nombor. Jika anda terjumpa anjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda melakukan dengan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh mencuba meletakkan barang bewarna sama di hadapan anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda pada peringkat ini seperti span, ia akan menyerap apa sahaja pembelajaran yang diberi.

2- Jangan Berbahasa Bayi.
Gooo goo gaaa gaaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel ini berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda ketika berkomunikasi dengannya. Paling bagus bercakaplah dengan bahasa yang betul.

3- Ganjaran.
Seperti anak yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka bila diberi pujian, pelukan dan ciuman. Cubalah anda berkata "adik pandai" sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan  blok mainan dalam kotak kecil, pasti merek menunjukkan reaksi wajah yang gembira pada anda. Apa yang pasti, bayi suka bila dibelai dan dimanja dengan penuh kasih sayang. selain itu anda juga boleh memberikan makanan kegemaran mereka sebagai ganjaran apa yang mereka lakukan.

4- Bacakan Buku.
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara yang istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya suka membaca. Bacalah buku kepadanya walaupun mereka belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasa buku itu, tetapi kadang kala bayi anda mungkin akan menggigit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu dibuat daripada jenis kain.


5- Mula Awal Usia.
Ajarlah anak anda dari awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mengajar abjad, nombor dan objek-objek di sekeliling. Anda harus lakukan pengajaran dari sekarang. Bayangkan anak anda boleh mengenal sekeliling pada awal usianya, anda pasti gembira dengan kecemerlangannya.

6- Bersabar
Pengajaran yang konsisten akan menjamin kecemerlangan si kecil dari awal usia. namun anda kena bersabar melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak melihat perubahan anak anda. teruskan usaha dengan sabar, insyaAllah anda dan si kecil pasti berjaya.

7- Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan disekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Pastikan ruang penerokaan itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8- Belajar Dengan Gembira.
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan. Nyanyian lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira.

9- Permudahkan.
Jangan meletakkan harapan dengan terlalu tinggi pada anak anda supaya mengikuti arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berikan dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk dalam 4jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh yang pendek antara 5-10 minit untuk mengelakkan anak anda berasa bosan.

10- Teruskan
Untuk memastikan anda berjaya mengajar dengan baik, lakukan pangajaran setiap hari. Jangan mudah putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang teah besar dan sudah pandai berdikari. Lakukan pengajaran sebagai satu rutin harian anda. semoga berjaya!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates