Friday, January 18, 2013

Penjagaan Bayi Pra-matang






Bayi pra matang yang baru lahir tidak bersedia untuk berdepan dengan dunia sebenar. Masih ada bahagian tertentu dalam tubuh badan si kecil tidak matang dan belum terbentuk sempurna seperti paru-paru, sistem penghadaman dan sistem imun badan.

Dengan kemajuan teknologi perubatan, ia bukan mustahil untuk si kecil ini melalui hari-hari awalnya sehingga mereka mampu bernafas sendiri.

Berada di wad khas untuk bayi pra matang ini adalah satu kemestian yang harus dilalui oleh bayi ini. Wad Neonatal Intensive Care (NICU) merupakan wad yang persekitarannya dilindungi untuk bayi pra matang.

Wad NICU dilengkapi dengan kakitangan yang terlatih, sistem bunyi amaran dan pemantauan, alat bantuan pernafasan, pemerhatian daripada pakar kanak-kanak dan diri anda sendiri.

Melihat alat-alat kelengkapan dalam NICU yang banyak kadang kala menakutkan kita. Ketahui fungsi-fungsi sesetengah mesin mungkin dapat menenangkan anda.

1- Sistem Amaran Bunyi Dan Pemantauan.
Mesin Pemantauan bergantung pada hospital dan wad NICU tersebut. Semua mesin merekodkan kadar dengupan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah dan suhu.

2- Kaedah bantuan Pernafasan.
Bergantung kepada keperluan bayi pra matang tersebut.
  • Endotracheal Tube - Tiub ini menyalurkan udara hangat dan oksigen.
  • Ventilator - Juga dikenali sebagai alat bantuan pernafasan. Ia adalah mesin pernafasan di mana endotracheal tube disambungkan. ia boleh memantau jumlah oksigen, tekanan udara dan tarikan nafas.
  • Continuous Positive Airway Pressure (C-PAP) - Kaedah ini digunakan untuk bayi yang boleh bernafas sendiri tetapi memerlukan sedikit bantuan mendapatkan udara ke paru-parunya.
  • Oxsigen Hood - Ia adalah kotak plastik terang yang diletakkan pada kepala bayi dan bersambung pada tiub yang mengepam oksigen pada bayi.

3- Kaedah Memberi Makan
Ia bergantung pada keperluan bayi pra matang tersebut.
  • Intravenous Lines - Kaedah ini menyalurkan keperluan makanan terus ke dalam saluran darah. Ia sesuai untuk bayi pra matang yang mempunyai sistem penghadaman tidak matang dan tidak mampu menghisap, menelan dan bernafas dengan teratur.
  • Umbilical Catheter - Kaedah ini melibatkan tiub yang dimasukkan pada saluran tali pusat. Jangan risau kerana ia tidak menyakitkan. Kaedah ini hanya digunakan pada bayi yang kritikal sahaja dalam tempoh beberapa minggu.
  • Oral and Nasal Feeding - Kaedah ini memasukkan tiub sempit yang fleksibel menerusi hidung (nasogastric tube) atau mulut (orogastric tube). Kaedah ini sesuai untuk bayi yang bersedia menghadamkan susu ibu atau susu formula tetapi masih tidak boleh menghisap, menelan dan bernafas dengan teratur.

Penjagaan Kangaroo
Ia alah kaedah meletakkan bayi pra matang pada posisi yang betul di dada ibu yang terdedah untuk membenarkan sentuhan perut ke perut dan meletakkan bayi di bawah payudara ibu.

Kepala bayi perlu berpaling agar telinganya berada di atas jantung ibu. banyak kajian dilakukan menunjukkan faedah cara ini. Menurut Krisanne Larimer, penulis buku "Kangarooing Our Little Miracles" . penjagaan kangaroo banyak membantu bayi pra matang dalam beberapa perkara :
  • Suhu Badan - Kajian menunjukkan ibu mempunyai aliran udara hangat yang boleh diselaraskan dengan bayi. Apabila bayi kesejukkan, susu badan ibu boleh menghangatkan bayi.
  • Penyusuan - Penjagaan ini membenarkan bayi mudah mendekati payudara dan sentuhan kulit ke kulit meningkatkan pengeluaran susu. Penyusuan menguatkan sistem imun bayi dan merapatkan hubungan ibu dan anak.
  • Meningkatkan Berat Badan - Membolehkan abyi mendapat tidur lena yang cukup bagi memberi tenaga kepadanya. Peningkatan berat badan bermakna singkatlah masanya tinggal di hospital.

Penglibatan ibubapa.
Bagaimana anda dapat membantu bayi pra matang anda di NICU selain daripada penyusuan dan penjagaan kangaroo?

Ibubapa digalakkan untuk berinteraksi dengan bayi. Sebagai ibu atau bapa, mungkinn anda tidak nampak bagaimana cara untuk berinteraksi dengan bayi kecil yang berselirat dengan wayar, mesin dan berada dalam inkubator. Menariknya, ada beberapa cara yang boleh anda sempurnaan dengan jayanya:
  • Sentuh bayi anda sekerap yang mungkin. lakukan ia dengan lembut atau gerakan perlahan.
  • Bercakap dengan bayi anda. Bayi akan terbiasa dengan suara anda dan boleh mententeramkannya.
  • Tukarkan lampin bayi.
  • Libatkan diri pada kali pertama bayi dimandikan. Ia bergantung pada perkembangannya, anda boleh menggunakan tuala basah atau span lembut semasa memandikannya.
  • Ambil suhu badan bayi
sumber



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates