Sunday, January 13, 2013

Masalah bayi Cirit Birit



Cirit-birit adalah penyakit yang biasa terdapat dikalangan kanak-kanak terutamanya yang dibawah lingkungan umur 2 tahun. Penyakit ini biasanya bermula dengan muntah-muntah diikuti dengan cirit. Najis yang keluar biasanya cair tetapi adakalanya bercampur dengan darah. Demam selalunya tidak ketara. Penyakit ini lazimnya berakhir dalam beberapa hari tetapi adakalanya berterusan hingga berminggu-minggu.

Penyelidikkan telah menunjukkan bahawa komuniti-komuniti yang rendah taraf sosio-ekonominya amalan pemberian susu tepung membawa kepada tingginya kadar bayi-bayi yang mati akibat cirit-birit. Ini mungkin ada kaitan dengan pencemaran air yang digunakan untuk membancuh susu serta alat-alat yang digunakan seperti botol-botol atau puting-puting susu. Memandangkan hakikat inilah, pertubuhan sedunia seperti World health Organisation (W.H.O) , UNICEF dan pertubuhan -pertubuhan perubatan antarabangsa telah mengesyorkan supaya semua negaradidunia khususnya negara-negara yang sedang membangun yang masih mempunyai kadar kematian bayi yang tinggi menggalakkkan penduduk mereka meneruskan amalan pemberian susu badan kepada bayi-bayi mereka.

LANGKAH PENCEGAHAN

 Ibu - ibu disarankan supaya memberi susu badan kepada bayi dari lahir lagi kerana susu ibu mempunyai beberapa kuasa perlindungan untuk mencegah penyakit - penyakit termasuk cirit - birit. Bagi ibu - ibu yang memberi susu tepung kepada bayi mereka , kebersihan diri dan kebersihan alat - alat yang digunakan untuk membancuh susu adalah penting supaya bayi tidak terdedah kepada kuman yang boleh menyebabkan penyakit cirit ini. Memang jelas penyakit cirit - birit di kalangan bayi pada masa kini telah banyak berkurangan dengan adanya bekalan air yang bersih dari kuman. Bagi kawasan - kawasan yang masih terpaksa mendapat bekalan air dari perigi - perigi air itu mestilah dimasak terlebih dahulu. Botol , sudu serta segala yang digunakan untuk membancuh susu mesti dimasak terlebih dahulu.
Perkara yang masih didalam proses penyelidikan ialah pengimunan seperti yang terdapat untuk penyakit - penyakit polio , kerongkong , kol - kol dan demam kepialu. Vaksin untuk mencegah penyakit cirit - birit oleh virus Rota dan bakteria E.coli sedang diuji dan ini akan membawa harapan yang besar untuk mengawasi penyakit cirit - birit di kalangan bayi pada masa hadapan jika ujian ini berhasil.

sumber rujukan


suka saya galakkan bagi para ibu supaya memberikan penyusuan penuh untuk bayi mereka..tiada apa yang lebih baik dari susu ibu..

bagi ibu yang selalu memikirkan masalah kekurangan susu badan, anda boleh memcari milkbooster sebagai langkah mengatasinya..antara milkbooster yang paling digemari dan terbaik adalah set breastfeeding shaklee ^____________^

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates