Thursday, November 20, 2014

Apa itu foremilk dan hindmilk

entri kali nie nak kongsikan bab penyusuan. terbaca etika pasal masalah bayi tidak popoo lebih dari 5 hari. itu biasa andai bayi itu fully beastfeeding...sooo ibu-ibu diluar sana yang fully BF tak yah risau andai si comel tidak membuang yer..

ok..salah satu funca kenapa bayi kerap menangis dan cepat lapar? ini kerana ketidak seimbangan antara foremilk dan hindmilk. ada mitos mengatakan susu ibu sebelah kanan adalah makanan dan sebelah kiri minuman. betul atau tidak..jom kita kaji.

foremilk
foremilk adalah susu pertama yang baby minum setiap kali baby direct feeding dengan ibunya. biasanya foremilk adalah kurang kandungan lemak berbanding hindmilk. foremilk lebih cair.

Hindmilk
hindmilk adalah susu yang keluar selepas foremilk. hindmilk adalah susu yang lebih tinggi kandungan lemak dan lebih menyelerakan. hindmilk lebih pekat dan kekuningan.



Bagaimana susu terhasil
Apabila susu yang dihasilkam telah melepasi alveoli (sel yang menghasilkan susu) kebanyakkan lemak dalam susu akan berada dibelakang  dan selebihnya susu yang kurang berlemak akan terkumpul di  hadapan payudara. (foremilk akan berada dihadapan kerana ia kurang berlemak)

lemak sebenarnya hanya berada dibelakang payudara dan ini menyebabkan adanya perbezaan yang besar antara susu hadapan dan susu dibelakang. kandungan lemak dalam susu akan meningkat secara beransur-ansur selepas disuapkan kepada bayi. Jika ibu mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan foremilk semakin lambatlah hindmilk akan keluar. setiap beastfeeding , baby kebarangkalian hanya mendapat foremilk atau susu cair jika ibu tidak mrajin mengepam susu. nak tunggu baby dapai hindmilk,baby dah kenyang dulu. sian baby hanya minum air...

tahap laktosa yang tinggi yang terdapat dalam foremilk adalah penting untuk perkembangan otak dan tenaga bayi serta untuk menghilangkan dahaga bayi. hindmilk pula penting untuk membantu bayi kenyang lebih lama.

 sebab itu penting untuk kita susukan bayi pada satu breast hingga bayi kenyang dan berhenti sendiri supaya baby dapat seimbangkan foremilk dan hindmilk. jangan bagi baby hisap sekejap sebelah kanan lepastu tukar sebelah kiri pulak.

baby yang terlebih foremilk, anda boleh tengok pada najis baby. najis baby akan menjadi warna kehijauan. manakala baby yang mendapat hindmilk yang mencukupi akan kurang kembung dan najis akan bewarna kekuningan.

mengenalpasti ketidakseimbangan foremilk dan hindmilk


  1. najis baby akan bewarna hijau dan berbuih
  2. baby akan muntahkan susu dan kalau muntah bewarna putih jernih
  3. masalah kolik atau kembung
  4. baby akan kerap menyusu
  5. berat bayi naik secara perlahan
  6. baby akan terkena ruam lampin kerana najis berasid
  7. baby mempunyai pergerakan usus serta merta selepas penyusuan

punca foremilk dan hindmilk tidak seimbang
  1. susu berlebihan melimpah ruah so..kena pam susu dan kosongkan breast
  2. kurang menyusu atau jarak antara menyusu yang panjang. jarang mengosongkan breast
cara atasi
  1. ibu perlu menyusukan baby dengan sebelah breast sahaja. sebelah lagi pam buat stock.
  2. jika susu melimpah ruah, ibu bolehlah pam susu sebelum menyusukan baby.

berminat dengan barangan shaklee 
boleh hubungi kami di:



jaeiaje || familicare


011-29207515 || 019-9198024

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates