Tuesday, September 11, 2012

Tips Merangsang Kehamilan


Anak adalah anugerah yang cukup bernilai bagi setiap pasangan. Namun masih ramai dikalangan kita masih menunggu kehadiran permata hati ini. Kepada anda yang masih dan sukar untuk hamil, mungkin anda boleh mencuba tips berikut:


  1. Mengambil asid folik. Anda mengurangkan kemungkinan untuk melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural 50% sehingga 70%, tahniah !!. pengambilan sekurang-kurangnya 2-3 bulan sebelum mengandung.
  2. cuba mencari sesi melakukan hubungan seks adalah saat ditunggu tunggu dan menyeronokkan. Gunakan bilik lain selain bilik tidur.
  3. Jangan terus bangun dan pergi ke bilik air selepas melakukan hubungan intem. Berbaring sekurang-kurangnya 5 minit bagi meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke telur.
  4. ingatlah, menghasilkan zuriat seperti anda bermain dengan nombor. walaupun semuanya kelihatan "sempurna" anda sebenarnya hanya mempunyai 25-30% untuk hamil bagi setiap kitaran haid. digalakkan anda untuk mengetahui waktu kesuburan anda.
  5. adakah anda seorang peminat minuman berkafein? hentikannya atau bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan 3 cawan minuman kafein sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
  6. silalah bertukar kepada pekerjaan lain sekiranya anda atau pasangan anda bekerja ditempat yang terdedah kepada bahan-bahan yang merbahaya. ade sesetengah bahan memberi kesan kepada kualiti sperma dan perkembangan embrio.
  7. berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincang mengenai rancangan untuk hamil.
  8. pastikan kawasan di sekitar vagina adalah "mesra sperma". elakkan penggunaan penyembur vagina atau tampon yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. dan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran boleh membunuh sperma.
  9. minta suami anda untuk mandi air sejuk 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. air sejuk akan merangsang pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakkan sperma.
  10. sebaik sahaja selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkan bantal dibawah punggung dan tunggu selama 30 minit. mengapa biarkan graviti menghalang? berikan sedikit rangsangan kepada "mereka" untuk berenang.
setelah kita berusaha..mintalah pada Pemberi Rezeki semoga kita dikurniakan anak yang soleh/solehah.

antara doa-doa mustajab:


doa sebelum bersetubuh:


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates