Friday, September 28, 2012

Anak Anda Menghadapi Asthma?

kenali simptom-simptom yang dihadapi bayi anda :

  1. Batuk yang berpanjangan terutama pada waktu malam atau awal pagi.
  2. Merasa susah bernafas setiap kali batuk-batuk.
  3. Terdengar bunyi "wheezing" iaitu seakan-akan bunyi whisel semasa menghembus bernafas.
  4. Batuk-batuk atau susah untuk bernafas atau setelah bermain.
  5. Batuk selepas memakan makanan atau minuman sejuk ataupun terdedah pada persekitaran yang sejuk atau berhabuk.
  6. merasa lega selepas menerima rawatan nebulizer.
Asthma merupakan penyakit saluran pernafasan yang kronik, dimana saluran pernafasan tersebut menjadi sensitif kepada alergen (faktor persekitaran,makanan etc). Ini menjadikan saluran pernafasan tersebut mengecut, bengkak dan mengeluarkan mukus apabila terdedah kepada alergen-elergen tersebut. Ini menjadikan pengidap asthma susah untuk bernafas apabila mendapat serangan asthma.
kanak-kanak yang mengidap asthma boleh diketogorikan kepada 2 kumpulan utama. Asthma yang tidak kerap (mild intermittent asthma) dan Asthma yang kerap (persistent Asthma). Bagi mereka yang mengidap asthma yang kerap, simptom-simptom seperti diatas berlaku lebih kerap dan lebih teruk. Jika anak anda mengidap asthma yang kerap maka perlulah bagi mereka untuk mendapatkan rawatan pencegahan dari awal usia supaya mereka boleh menjalani kehidupan yang riang dan sihat.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates