Tuesday, February 26, 2013

Tekanan Darah Rendah Ketika Hamil

Ramai ibu-ibu sering menghadapi masalah tekanan darah rendah semasa tempoh kehamilan, sedangkan ketika ibu tidak hamil tekanan darah kebanyakkan pada aras yang normal dan stabil.

Keperluan zat besi akan meningkat dengan ketara ketika hamil berikutan jumlah darah dalam badan kita bertambah 50% dari biasa. Zat besi sangat penting untuk haemoglobin, protein dalm sel darah merah untuk membawa oksigen ke sel-sel yang lain. Oleh itu zat besi tambahan sangatlah dieprlukan untuk kesihatan ibu dan dan tumbesaran bayi dalam plasenta.


Bagaimana tekanan darah rendah boleh berlaku semasa hamil?
  1. Kebanyakkan ibu hamil mengalami masalah anemia/tekanan darah rendah kerana kekurangan zat besi semasa trimester ke2 dan ke3.
  2. Risiko anemia adalah lebih tinggi sekiranya ibu hamil mengalami masalah morning sickness yang teruk sehingga menyebabkan muntah yang kerap.
  3. wanita yang hamil lebih dari seorang bayi.
  4. jarak kehamilan seterusnya adalah dekat. (tidak lama selepas bersalin, hamil semula)
  5. tidak mengamalkan diet yang kaya dengan zat besi atau aliran pra-kehamilan haid yang banyak.
Haruslah diketahui, keperluan jumlah zat besi bagi ibu-ibu yang hamil adalah antara 18-27mg sehari. Sebaik-baiknya ibu-ibu hamil mengambil makanan tambahan harian yang mengandungi sekurang-kurangnya 30mg zat besi sehari sebagai pencegahan anemia.

Tanda-tanda kemungkinan anda mempunyai tekanan darah rendah:-

  1. Anda mungkin cepat berasa letih, lemah dan pening (kebanyakkan wanita hamil akan mengalaminya, tetapi kebarangkalian ia bukan anemia.)
  2. Kelihatan pucat terutama bahagian kuku, bawah kelopak mata dan bibir.
  3. degupan jantung yang lebih pantas dan sesak nafas.
  4. Sakit kepala, pening dan cepat marah.
  5. Akhirnya, beberapa kajian telah mendapati hubungan anemia teruk kekurangan zat besi ialah keinginan untuk bahan-bahan bukan makanan seperti ais, kertas dan tanah liat.

Kesan Anemia Yang Teruk Terhadap Kehamilan Sekiranya Tiada Rawatan Awal:-
  1. berisiko mengalami keguguran
  2. kelahiran bayi pra-matang
  3. kematian bayi dalam kandungan
  4. jiwa ibu terancam
  5. koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia

Rawatan:-
  • Jika ujian anda menunjukkan bahawa anda mempunyai anemia kekurangan zat besi, doktor akan menetapkan zat besi tambahan. Dos akan bergantung kepada keterukan anemia anda, kemungkinan anggaran di antara 60-120mg.
  • dalam usaha untuk menyerap seberapa banyak zat besi yang mungkin,adalah lebih baik untuk mengambil pil zat besi anda pada perut kosong. Boleh dimakan dengan minuman air atau jus oren (vitamin C membantu penyerapan) tetapi tidak dengan susu (kalsium mengganggu penyerapan) kopi dan teh juga menghalang penyerapan.
  • dalam masa seminggu atau lebih selepas rawatan, anda perlu menghasilkan banyak sel-sel darah merah yang baru dan tahap hemoglobin anda akan mula meningkat. ia biasanya mengambil masa hanya beberapa bulan untuk anemia menyelesaikan, tetapi doktor anda mungkin akan menasihati untuk terus mengambil zat besi tambahan untuk beberapa bulan .

Pencegahan Awal Anemia Semasa Kehamilan:-
  1. mengamalkan diet pemakanan yang kaya dengan zat besi seperti bayam,sayur hijau, kekacang,hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prune, kismis dan biji bijian.
  2. Mengamalkan pemakanan ubat seperti yang telah dinasihatkan doktor
  3. dapatkan rawatan awal sekiranya anda mendapat simptom-simptom awal anemia
  4. menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta mendapat rehat yang secukupnya.

Pencegah dan rawatan awal dari Shaklee:
  • Vitamin B Complex - mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folid.
  • Vitamin C - mengandungi 120mg bioflanavoid
  • Vitalea / multivitamin - mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, 12 viramin dan 7 mineral penting termasuk zat besi.
  • Ostematrix / kalsium - mengandungi kalsium,magnesium dan fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum , manganes dan baron.
* sekiranya anda telah mengambil set ini obimin dan asid folid tidak perlu diambil lagi.









0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates