Thursday, February 21, 2013

Kencing Manis dan Tanda-tanda Awal


Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini adalah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.



Tanda -tanda awal/simptom :
  • kerap membuang air kecil
  • selera makan makin meningkat
  • sentiasa rasa dahaga
  • mudah letih
  • hilang berat badan
  • jangkitan kulit yang kerap spt jangkitan kulat
  • luka yang lambat sembuh
  • kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
*kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom ini tetapi ada juga orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.

Rawatan dan Pencegahan

Mencegah dan merawat pada peringkat awal boleh menyelamatkan diri dari pelbagai penyakit lain. Pesakit kencing manis perlu megawal paras gula dalam darah bagi mengelakkan masalah seperti penyakit mata, kegagalan buah pinggang, kerosakkan saraf, sakit jantung dan strok/angin ahmar.

lakukan ujian berikut secara berkala:
  • pemeriksaan tekanan darah
  • ujian urin
  • ujian kolestrol
  • ujian lipid (lemak)
bagi pesakit dinasihatkan mengamalkan agar :
  • mengawal pemakanan/memakan makanan seimbang
  • bersenam 
  • pengambilan ubat seperti nasihat doktor
  • pemeriksaan kaki dan mata secara berkala
  • bekerjasama dengan doktor

Cadangan Pengambilan Vitamin :
  1. Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
  2. Zinc Complex - membantu penghasilan insulin dan penyembuhan luka
  3. B Complex - terlibat dalam metabolisma gula dan pembebasan tenaga
  4. Alfalfa Complex - Membantu menstabilkan tahap gula dalam darah
  5. Vitalea - Imbangan vitamin dan mineral lengkap






sesiapa berminat untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi kami:
 FB : familicare | jaeiaje
Shaklee Independent Distributor (ID NO 888383 )
pm/ whatsapp : 011-29207518 | 013- 3217182


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates