Monday, February 11, 2013

Petua Banyakkan Susu Ibu



Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun bayi sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang) badan ibu belum adjust dengan hormon yang dihasilkan.

Namun setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan bayi, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak isap kedua dua belah payudara, maka susu yang terhasil banyak walaupun bukan semasa berpantang. Ada pelbagai cara untuk menambahkan penghasilan susu badan. antaranya :

1- Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar - lebih kerap bayi menyusu lebih banyak susu yang dihasilkan.

2- Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehinggan bayi itu sendiri melepaskan puting setelah kekenyangan. ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3- Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh.

4- Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang mencukupi.

5-  Dinasihatkan tidak memberikan bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal seperti makanan tambahan seperti jus-jus, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan. Kerana apabila bayi mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6- Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
  • Ambil hidangan seimbang berpandukan panduan piramid makanan.
  • banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari
  • Ambil suplemen yang sesuai jika tubuh selalu lesu dan tidak dapat memenuhi kuantiti susu yang diperlukan.
  • makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7- Amalkan bacaan surah al-Baqarah ayat 60 atau surah al-Hujurat dan sapu pada kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi dan cium bayi anda.

*sumber : surijunior

klik sini untuk dapatkan Suplemen susu ibu/ milk booster



sesiapa berminat untuk mendapat harga istimewa boleh pm kami:
familicare | jaeiajeShaklee Independent Distributor (888383)
011-29207518 | 013- 3217182







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates