Monday, January 7, 2013

Altenatif lain untuk Sustained Release Vitamin C

sejak akhir-akhir nie ramai plak duk tny pasal vitamin C Sustained Release nie..Disebabkan kebaikannya yang sangat tinggi dan keserasian untuk badan, vitamin nie mendapat sambutan yang cukup menggalakkan sampai habis licin stok seluruh Malaysia...kena bermusafir ke luar negara la nampaknya untuk dapatkan stok baru...^____^

bar-baru nie pihak Shaklee telah pun memaklumkan pasal Vitamin C nie...

" ...Please be informed that Sustained Release Vitamin C Plus will only available in April 2013 due to certain unforeseen cirmcustances..."

Hhaaa.....??? April baru ade stok baru..

buat peminat vitamin c nie...anda masih mempunyai altenatif lain...

Shaklee Chewable Vita C Plus dilengkapi dengan bioflavanoid untuk memaksimumkan fungsinya..

Chewable Vita C plus juga mempunyai fungsinya yang sama dgn Sustained Release Vita C plus cuma dosnya lebih kecil..untuk penggemar Vitamin C yang mementingkan kesihatan kulit, antioksida, meningkatkan sistem imun, anda jangan bimbang sbb Chewable Vita C Plus 100mg memenuhi keperluan anda. dan anda boleh berkongsi untuk satu keluarga kerana ia sesuai untuk semua peringkat umur

Dengan pengambilan 1-2bj sehari telah pun memcukupi untuk perjalanan harian anda...(Based on RDI,keperluan badan terhadap Vitamin C hanya dlm range 60mg -95mg sehari..bergantung kepada jantina dan status kesihatan)
  
Di samping Chewable Vita C plus.. anda juga ada alternatif lain..
  •  Jika anda pentingkan kecantikan kulit, anda boleh ambil tambahan Collagen Powder (sbb Collagen Powder mengandungi Vitamin C)
  • Jika anda perlukan imuniti, anda boleh gantikan Vitamin C denganNutriferon dan Garlic
  • Jika untuk tujuan antioksida, boleh dapatkan alternatif Carotomax
  • Untuk yang lebih baik..kami sarankan ambil lah Vitalea 2bj sehari.. sebab sebiji Vitalea mengandungi 60mg Vit C..kalau 2bj, ia memberi anda 120mg Vitamin C (memadai utk memenuhi keperluan harian....)








Sunday, January 6, 2013

Kelebihan Vitamin C shaklee



percaya atau tidak...satu tablet vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 1/2 biji oren..


Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.

KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE UNTUK BADAN MANUSIA

Imuniti

Dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.


Hypertension

 ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Antioksidan

Ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.

Membentuk Kolagen
kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulan rawan. Oleh itu ia mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot kita dari menjadi lemah dan lembik.

Memerangi kanser
ia mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsangkan pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kenser dan membuang kimia merbahaya dari tubuh dengan berkesan.

Mencantikkan kulit
Pengambilan vitamin c setiap hari mampu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan serta menyekat pembentukkan pigmen.

Thursday, January 3, 2013

Joint Health Tablet Shaklee

Shaklee Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

Tulang merupakan kerangka yang menyokong tubuh badan kita, melindungi organ-organ penting serta membantu dalam penyimpanan mineral dan juga pembuatan sel darah merah. Oleh itu penjagaan tulang adalah sangat penting bagi setiap insan.

sering kali kita mendengar keluhan dan rintihan daripada orang-orang sekeliling kita tentang masalah sakit sendi.

Penyakit sendi atau "Atritis" boleh menyerang golongan tua mahupun muda. Terdapat 2 jenis Atritis yang lazim kita dengari iaitu Osteoatritis dan juga Atritis Rheumatoid. Simptoms penyakit sendi membuatkan pengidap sering kali berasa dalam keadaan tidak selesa. Namun dengan kaedah teknologi moden pakar sains mampu menghasilkan Joint Health Tablet untuk mengubati panyakit sendi tanpa bahan yang memudaratkan. penghasilannya 100% semulajadi yang mesra untuk sesiapa sahaja.

Osteoatritis berpunca dimana tulang rawan di sendi-sendi rosak dan haus. keadaan ini menyebabkan tulang-tulang tersebut belaga sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan, bengkak serta kekejangan. ia biasa terjadi pada golongan yang lewat usia, berat badan berlebihan serta mereka yang bekerja keras. ini menyebabkan pergerakan mereka menjadi lebih terhad.

Arthritis Rheumatoid merupakan kesakitan pada sendi-sendi jari jemari serta pergelangan tangan. sendi-sendi lain turut mengalami kesakitan sama seperti bahu, lutut serta kaki. sindrom-sindrom atau tanda-tanpa penyakit ini seperti bengkak pada sendi-sendi, kekakuan pada awal pagi, kemerahan serta panas pada bahagian sendi atau rasa seperti mencucuk-cucuk pada bahagian badan seperti hujung-hujung jari dan sebagainya.

rawatan yang terbaik boleh didapati dengan mengawalkan pemakan yang sihat serta kami menggalakkan pesakit ini mengamalkan pengambilan Joint Health Tablet Shaklee secara konsistent. Rawatan yang terbaik mampu menghasilkan kesan yang terbaik.

shaklee Advanced Joint Health tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.

Ia mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda,ekstrak jagung dan nutrien lain termasuk zink, tembaga, mangan dan vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan dan bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100% semulajadi dan selamat.


kata mereka ^________~



Photo: psstt.. Jan promo Advanced Joint Health. Memang terbaik! :)

"CHANGING BRANDS CAN CHANGE YOUR LIFE"

Tuesday, December 25, 2012

set ibu mengandung (pregnancy) shaklee

anda tercari cari apakah pemakanan yang terbaik untuk ibu mengandung? adakah penting vitamin tambahan? jenis vitamin yang diperlukan ketika mengandung? kami ade jawapannya...

set mengandung shaklee yang terbaik untuk diri anda yang sangat pentingkan kesihatan ibu dan anak. Makanan tambahan yang dirumus khas tanpa bahan pengawet dan tiruan... 100% semulajadi dan ia sangat sesuai untuk para ibu yang alah dengan susu.



jom kita kaji lebih mendalam kenapa shaklee adalah yang terbaik dalam yang terbaik.


1- ostemetrix 
kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi  semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan  mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum  yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk  menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan  kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.

2- Energizing Soy Protein
rendah lemak, bukan GMO dan proyein biologi yang lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ia juga turut dinobatkan sebagai kunci melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga kepada ibu yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia turut memelihara dan mengelakkan janin daripa kecatatan. selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhn plasenta, uterus, penghasilan susu dan membantu aliran darah ibu yang bertambah. keperluan protein ini semakin penting apabila memasuki trimester ke 3.

3- Vita-Lea vitamin&multivitamin
Multivitamin dan mineral yang asli dan semulajadi yang dilengkapi dengan 12 jenis vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented sistem penyerapan bioaktif untuk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal ketika hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
Anda tidak lagi perlu mengambil Obimin dan pelengkap untuk menampung vitamin yang kurang.

4- B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh lebih bertenaga, otak lebh fokus dan emosi yang lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, anti stress, menukarkan  makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa.
ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400mg asid folik setiap hari. asid folik juga turut membantu mengurangkan risiko kecacatan saraf bagi bayi khususnya "spina bifida".
Vitamin B juga menjadikan wajah ibu lebih cantik dan berseri secara semulajadi dan tidak kusam.

5- Vita-C
keperluan vitamin C meningkat semasa kehamilan. Pengambilan vitamin c yang rendah sebelum dan semasa kehamilan akan meningkatkan risiko kelahiran pramatang dan preeclampsia berbanding dengan wanita yang mengambil lebih tinggi vitamin C . Jumlah yang disyorkan ialah 500 hingga 1000 mg setiap hari.
Vita C mampu meningkatkan antibodi badan ibu, natural antihistamine dan sumber kolagen. dapat mengurangkan kesan stretch mark serta membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. pengambilan bersama vita-lea iron furmula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam badan.

6- Omega Guard
Ia sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pertumbuhan. Dan mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.DHA dan EPA dari omega ini sangat penting dalam membantu pembentukan otak dan mata bayi. Untuk ibu pula ia membantu mengawal paras kolestrol dalam badan ibu.


TAWARAN TERBAIK !!!!

set J1: 1st trimester




set J2: 2nd &3rd trimester

Monday, December 3, 2012

Masalah Ruam Kulit Bayi dan Cara Merawatnya



RUAM KULIT

Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas

Rawatan: Elakkan memakaikan bayi pakaian yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. Kain kapas merupakan alternatif terbaik untuk dipakai kepada bayi anda berbanding kain nilon dan poliester.

RUAM LAMPIN

Ruam lampin merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi. Ruam lampin boleh berlaku jika bayi anda dibiarkan terlalu lama memakai lampinnya yang kotor kerana air kencing atau najis.

Rawatan: Segera ganti lampin setiap kali bayi buang air besar mahupun air kecil. Bersih dengan air suam, bila perlu dengan sabun halus dan bilas sampai bersih dan keringkan. Hati-hati pada keadaan bayi yang alah pada penggunaan sabun. Sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit.

RUAM SUSU

Ruam susu ialah bintik-bintik putih yang sering muncul di muka, leher dan atas dada bayi.

Rawatan: Jika anda terlihat bintik-bintik ini, tidak perlu bimbang kerana ia akan hilang begitu sahaja.

EKZEMA/ALERGI
Biasanya bayi yang ekzema mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki serta badan. pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. keadaan ini menyebabkan bayi terasa sangat gatal.

Manakala alergi pula merupakan kemerahan disertai rasa gatal yang timbul secara tiba-tiba. biasanya ia berpunca daripada makanan, perubahan cuaca, ubat, binatang peliharaan, serangga dan sebagainya. Reaksi alergi pada kulit terjadi setelah tubuh berhubungan dengan sesuatu alergen samada yang disedut seperti debu, yang dimakan seperti makanan dan ubatan yang menempel seperti alergi kontak, disuntik seperti ubatan atau gigitan dari serangga.

Rawatan: untuk mengelakkan kesan yang teruk, jangan digaru. jika anda mengesaki bayi anda alergi pada makanan, rujuklah pada pakar pediatrik anda. Seandainya tidak sesuai dengan susu formula bayi, anda boleh menukarkan kepada formula soya atau mealshake yang dapat membantu bayi membesar dengan lebih sihat.


Wednesday, November 7, 2012

testimoni Set BreastFeeding Shaklee

hari ini saya nak kongsikan pengalaman seorang pelanggan setia dari Terengganu yang mula-mula sekadar mencuba set family wellness, ostematrix dan alfalfa dan akhirnya sangat teruja dengan penghasilan susu untuk bayinya, juga perubahan positif ke atas dirinya. Nama beliau saya rahsiakan atas permintaanya.

Seawal lebih kurang 9.00 a.m, saya menerima gambar nie melalui whatApp dari beliau.

katanya:
~nak tunjuk stok saya...walaupun tak penuh freezer lagi....tapi tetap rasa bangga boleh buat stok..hehe
~makan vitamin sekarang nie dah tak mengantuk duk opis..dulu kena pekena nescafe.
~pagi dapat 8 oz sekali pump. Suka sangat!
~lepas makan lecithin, pump raasa habis/ takde clog dah

Alhamdulillah, berbunga-bunga hatinya bagitau saya, eheh! rahsianya??? mari kita selongkar =) petuanya?

  • tidak lagi minum ais
  • pum dengan kerap
  • masa pum, mesti relax, ingat baby+lupa kerja pejabat
  • tidak mengambil kafein
  • pengambilan set 3M secara teratur+disarankan pengedar (tips ekslusif la tu) :P
ini merupakan anak ketiga+ beliau bertekad meneruskan penyusuan sehingga 2tahun yang belum pernah dilakukan untuk kedua anak sebelum ini. jika begini komitmenya..TIADA YANG MUSTAHIL!

SET 3M MEMBERIKAN PERLBAGAI KEBAIKAN LAGI SEPERTI:
  • memperbaiki masalah keputihan wanita
  • memperbaiki hubungan intim suami isteri
  • mempercepatkan bayi merasa kenyang
  • menghilangkan lenguh-lenguh sendi, sakit gigi dan tulang
  • menganjalkan kulit
  • mengelakkan ibu berasa lapar terlalu kerap
  • bal..bla..(byk lagi)
banyak beno faedahnya..betul ke?? nak tau betul ke tak, kalau tak percaya, sukar percaya, terlalu mustahil untuk percaya, boleh cuba dulu. faedahnya lebih jauh dan mahal dari harga yang dibayar.

saaranan saya, sekiranya anda diluar sana mengambil milk booster, jangan tinggalkan nutrien asas. susu yang banyak tanpa tubuh yang sihat dan cergas akhirnya akan berakhir dengan stress. stress akan menjadi punca susu merudum.

perkongsian dari http://www.surijunior.com

Sunday, November 4, 2012

Kelebihan Susu Ibu

Di dalam al Quran ada menyebut tentang penyusuan bayi selama 2 tahun oleh ibunya. Antaranya ayat:
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan..." al-Baqarah: 233

" Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu-bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepadaKu jualah kamu kembali" Luqman:14

sudah tentunya pernyataan daripada kalam-kalam Allah ini mengandungi hikmah yang tersembunyi. Ternyata susu ibu memang banyak kelebihannya. Para ibu sememangnya tidak boleh tidak daripada menyusukan bayi mereka selepas kelahiran.



KELEBIHAN SUSU IBU
susu ibu adalah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi untuk bayi manusia, Saintis terus menemui kelebihan-kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi. Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi.

Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi: susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protien yang tinggi. Susu ibu bayi lapan bulan pula mempunyai kalori yang tinggi berbanding bayi berusia sebulan. Susu ibu berubah berdasarkan cuaca. Dalam cuaca panas, Susu ibu mengandungi lebih banyak cecair, dalam cuaca sejuk, ia mengandungi lebih banyak lemak. Susu ibu juga berubah dari segi rasa bergantung jenis pemakanan ibu. Ini memberi peluang kepada bayi untuk mencuba pelbagai jenis rasa di sepanjang tempoh penyusuannya.

KELEBIHAN SUSU IBU KEPADA BAYI:
  • Susu awal ibu pekat yang bewarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya kepadabayi.
  • mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi.
  • Mengandungi protien, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam.
  • perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam kotreks. (kajian menunjukkan bayi yang mengyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. -American journal Of Clinical 1991)
  • Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan.
  • mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti apabila mereka dewasa.
  • mengurangkan risiko sindrom kematian bayi.
  • mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuanyang lain.
FAEDAH PENYUSUAN TERHADAP IBU
  • Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari.
  • mengelakkan pendarahan selepas bersalin.
  • menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semulajadi.
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim.
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  • penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates