Monday, December 3, 2012

Masalah Ruam Kulit Bayi dan Cara Merawatnya



RUAM KULIT

Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas

Rawatan: Elakkan memakaikan bayi pakaian yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. Kain kapas merupakan alternatif terbaik untuk dipakai kepada bayi anda berbanding kain nilon dan poliester.

RUAM LAMPIN

Ruam lampin merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi. Ruam lampin boleh berlaku jika bayi anda dibiarkan terlalu lama memakai lampinnya yang kotor kerana air kencing atau najis.

Rawatan: Segera ganti lampin setiap kali bayi buang air besar mahupun air kecil. Bersih dengan air suam, bila perlu dengan sabun halus dan bilas sampai bersih dan keringkan. Hati-hati pada keadaan bayi yang alah pada penggunaan sabun. Sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit.

RUAM SUSU

Ruam susu ialah bintik-bintik putih yang sering muncul di muka, leher dan atas dada bayi.

Rawatan: Jika anda terlihat bintik-bintik ini, tidak perlu bimbang kerana ia akan hilang begitu sahaja.

EKZEMA/ALERGI
Biasanya bayi yang ekzema mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki serta badan. pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. keadaan ini menyebabkan bayi terasa sangat gatal.

Manakala alergi pula merupakan kemerahan disertai rasa gatal yang timbul secara tiba-tiba. biasanya ia berpunca daripada makanan, perubahan cuaca, ubat, binatang peliharaan, serangga dan sebagainya. Reaksi alergi pada kulit terjadi setelah tubuh berhubungan dengan sesuatu alergen samada yang disedut seperti debu, yang dimakan seperti makanan dan ubatan yang menempel seperti alergi kontak, disuntik seperti ubatan atau gigitan dari serangga.

Rawatan: untuk mengelakkan kesan yang teruk, jangan digaru. jika anda mengesaki bayi anda alergi pada makanan, rujuklah pada pakar pediatrik anda. Seandainya tidak sesuai dengan susu formula bayi, anda boleh menukarkan kepada formula soya atau mealshake yang dapat membantu bayi membesar dengan lebih sihat.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates