Sunday, November 4, 2012

Kelebihan Susu Ibu

Di dalam al Quran ada menyebut tentang penyusuan bayi selama 2 tahun oleh ibunya. Antaranya ayat:
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan..." al-Baqarah: 233

" Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu-bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepadaKu jualah kamu kembali" Luqman:14

sudah tentunya pernyataan daripada kalam-kalam Allah ini mengandungi hikmah yang tersembunyi. Ternyata susu ibu memang banyak kelebihannya. Para ibu sememangnya tidak boleh tidak daripada menyusukan bayi mereka selepas kelahiran.



KELEBIHAN SUSU IBU
susu ibu adalah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi untuk bayi manusia, Saintis terus menemui kelebihan-kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi. Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi.

Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi: susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protien yang tinggi. Susu ibu bayi lapan bulan pula mempunyai kalori yang tinggi berbanding bayi berusia sebulan. Susu ibu berubah berdasarkan cuaca. Dalam cuaca panas, Susu ibu mengandungi lebih banyak cecair, dalam cuaca sejuk, ia mengandungi lebih banyak lemak. Susu ibu juga berubah dari segi rasa bergantung jenis pemakanan ibu. Ini memberi peluang kepada bayi untuk mencuba pelbagai jenis rasa di sepanjang tempoh penyusuannya.

KELEBIHAN SUSU IBU KEPADA BAYI:
  • Susu awal ibu pekat yang bewarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya kepadabayi.
  • mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi.
  • Mengandungi protien, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam.
  • perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam kotreks. (kajian menunjukkan bayi yang mengyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. -American journal Of Clinical 1991)
  • Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan.
  • mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti apabila mereka dewasa.
  • mengurangkan risiko sindrom kematian bayi.
  • mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuanyang lain.
FAEDAH PENYUSUAN TERHADAP IBU
  • Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari.
  • mengelakkan pendarahan selepas bersalin.
  • menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semulajadi.
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim.
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  • penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates