Monday, October 22, 2012

anak kurang makan/ minum susu

Sememangnya ibu-ibu susah hati dan bimbang apabila anak-anak membesar tanpa minat untuk makan ataupun minum susu. Pelbagai cara dan usaha dibuat untuk pastikan mereka menerima nutrisi secukupnya.
kami akan kongsikan sedikit tips yang mungkin dapat memberikan manfaat sedikit sebanyak untuk membantu anak-anak agar suka makan.

  1. jangan terlalu memaksa anak makan. ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. malah anak mungkin akan terus membenci dan merasakan ia satu penyeksaan.
  2. offer makanan bila anak-anak dalam keadaan lapar dan tenang. jangan tunggu sehingga mereka terlalu lapar.
  3. jadikan aktiviti makan satu perkara yang menggembirakan.
  4. campur makanan baru dengan makanan kesukaan mereka. dan mungkin anda boleh menghiasi makanan untuk kelihatan lebih menarik.
  5. amalkan makan bersama. 
  6. ajak anak bermain sambil makan. 
  7. elakkan makan sambil minum air. sebaiknya tunggu sehingga makanan habis
  8. kurangkan makan makanan ringan dan snek berhampiran waktu makan.
  9. biarkan anak-anak turut membantu dalam menyediakan makanan seperti membawa pinggan, sudu
  10. ajak anak membeli makanan dapur bersama.
  11. sekali sekala ajak anak-anak makan bersama rakan sebaya mereka. anak-anak lebih suka makan beramai-ramai.
  12. biarkan anak-anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah.
  13. tanyan anak-anak menu yang diingini
  14. biarkan anak-anak kunyah makanan sampai habis sebelum suapan yang baru.
anda juga boleh membantu mereka dengan memberikan mealshakes. Selain dapat membantu menambahakn selera makan, meal shakes juga merupaka multivitamin berbentuk minuman semulajadi. Jadi anak anda akan mendapat khasiat sepenuhnya walaupun kurang makan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates