Wednesday, October 17, 2012

Kanak-kanak Lewat/lambat Bercakap




" Anak saya berusia 2 tahun tetapi masih belum bercakap. Bukan tidak boleh atau tidak faham percakapan orang tetapi apabila ditanya, dia hanya menjawab sepatah dua sahaja."
ujar seorang ibu meluahkan rasa....

terdapat 5 faktor penting yanng memainkan peranan utama dalam menentukan bahawa perkembangan pertuturan berjalan dengan memuaskan. Faktor-faktor tersebut ialah:

  1. tiada kecacatan akal
  2. pendengaran yang baik
  3. ketiadaan kecacatan fizikal seperti yang timbul daripada gangguan urat saraf
  4. perkembangan emosi yang sihat
  5. persekitaran dan stimulasi yang memuaskan
kanak-kanak yang cacat akalnya memang selalu lambat bercakap. Selalu terdapat kanak-kanak yang berumur empat tahun yang cacat akalnya hanya mencapai tahap bahasa seakan-akan kanak-kanak yang berumur 2 tahun atau kurang daripada itu. Semakin rendah kebolehan inteleknya semakin lambatlah dia mula bercakap.


walaubagaimanapun, ada juga keadaan dimana bayi normal akan lambat bercakap sehingga usia mereka mencecah 2-5 tahun.

Jika dilihat daripada situasi tersebut, menurut pakar kanak-kanak, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Malinee Thambyayah, cepat atau lambat seseorang kanak-kanak itu bercakap banyak dipengaruhi persekitaran termasuk peranan ibubapa.

Kata beliau, secara umumnya bayi mempelajari cara percakapan menerusi orang yang berada di sekeliling mereka. Lazimnya bayi akan memberi tindak balas sebaik sahaja mereka dilahirkan.

Seorang kanak-kanak normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia lapan bulan ke setahun setengah.

Untuk itu, 6 bulan pertama amat penting dimana ibu bapa harus beerkomunikasi dengan bayi mereka dalam usaha merangsang kanak-kanak bercakap.

Ini kerana seawal 10-12 bulan bayi lazimnya sudah boleh mengungkap perkataan papa, mama, baba, ibu, umi dan sebagainya yang dalam 2perkataan. Perkembangan tersebut akan meningkat perlahan-lahan sehinggalah mereka berusia 18bulan dimana percantuman perkataan mula dituturkan.

Sekiranya bayi lambat bercakap berbanding kanak-kanak seusianya makan ada sesuatu yang tidak kena. Ibubapa yang mengesyaki anak mereka berhadapan masalah dalam percakapan perlu segera merujuk kepada pakar terapi.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa tumbesaran bagi setiap kanak-kanak adalah berbeza. jelas Dr Malinee.
utusan.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates