Tuesday, October 16, 2012

Khasiat Buah Delima


Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut sebanyak tiga kali dalam al-Quran.

" dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman menghijau, Kami keluarkan pula tanaman itu butir-butir(buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan Kami jadikan kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang bersamaan bentuk, rupa dan rasanya dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang beriman" al-An'am:99

sumber: faktafaktamenarik

KHASIAT BUAH DELIMA
Pohon delima dikatakan mampu hidup selama 200 tahun dan buahnya kaya dengan zat sodium, riboflavin, niasin, vitamin C dan fosforus. Bunganya berwarna keunguan dan putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan  berabad-abad dia Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah s.w.t. Keunggulan buah delima ialah susulan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam.

Ia juga menjadi penawar yang berkesan kerana mengandungi antioksidan yang tinggi untuk penyakit jantung, cepat tua dah barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek. Sementara dalam dunia perubatan Yunani, buah delima mampu mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan melawaskan penghadaman.
  1. membaikpulih fungsi hati dan limpa
  2. memcuci buah pinggang dan salur kencing.
  3. membantu penghadaman.
  4. membuang lemak-lemak berlebihan
  5. menambah tenaga
  6. mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  7. mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  8. membaiki sistem pembersihan dan pemulihan darah
  9. merawat atau membaik pulih pesakit kencing manis
  10. menambahkan tenaga dan mengelakkan dari penyakit lemah tenaga batin
  11. mencantikkan kulit




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates