Thursday, April 11, 2013

bahaya kafein untuk ibu hamil dan menyusu



Sifat kafein yang meransang dan diuretik mengakibatkan kenaikan tekanan darah dan kadar pergerakan jantung serta kekerapan untuk kencing.

Disebabkan kesan yang demikian, wanita yang sedang hamil dan menyusu tidak digalakkan untuk mengambil jumlah kafein yang boleh didapati didalam minuman seperti kopi, teh, minuman berkabonat dan juga coklat dengan kadar yang berlebihan.

Menurut beberapa kajian, jumlah kafein yang selamat diambil adalah sebanyak 200mg sehari yang bersamaan dengan 2 gelas kopi, 2 gelas teh, 6 tin coca cola atau 4 bar oklat 50g. Wanita yang mengambil lebih dari 300mg kafein mempunyai risiko lebih tinggi dalam melahirkan bayi yang berat badannya kurang 100-200g berbanding dengan wanita lain yang hanya mengambil kafein dalam jumlah kecil atau tidak mengambil langsung.

Kesan sampingan yang akibat jumlah kafein yang berlebihan juga termasuklah risiko  keguguran, kelahiran bayi yang kurang berat badan , bayi mudah terkena penyakit anemia serta reproduksi yang lain bagi ibu hamil.

bagi ibu yang sedang menyusukan bayi, kesan kafein yang berlebihan akan menjejaskan produk susu dan mengurangkan zat susu ibu. Dan ada beberapa fakta mengatakan kafein turut menjejaskan kesihatan bayi yang disusui dan menyebabkan bayi tidak selesa.

Demi mengelakkan masalah tersebut, adalah lebih baik bagi ibu hamil untuk tidak mengambil sebarang kafein dalam tempoh 9 bulan tersebut, kurangkan minuman kafein bagi ibu yang sedang menyusu.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates