Friday, June 22, 2012

Kenapa Perlu Kepada Supplement

Pencernaan yang bermasalah akan menganggu proses pemecahan, penyerapan dan metabolisme khasiat makanan.
Ini bermaksud tubuh anda tidak dapat memperolehi khasiat daripada makanan yang diambil, tanpa mengira jumlah makanan yang diambil. Rujuk daripada artikel "Kesihatan Sistem Pencernaan." Penyerapan khasiat yang lemah membawa kepada paras tenaga yang rendah, lalu mengurangkan produktiviti dan menjejaskan kualiti hidup. Apabila tubuh kekurangan tenaga, ia tidak berdaya untuk kekal aktif, cergas dan sentiasa bersedia untuk kehadapan dengan tekanan kehidupan seharian.

kekurangan khasiat juga mungkin menjurus kepada masalah gastrousus seperti sindrom iritasi usus, dyspepsia atau sembelit yang membawa kepada ketidakselesaan dengan simptom-simptom seperti sakit perut, kembung, perut berangin, cirit birit, kelesuan yang kronik dan lain-lain.

simptom ini menjejaskan kesejahteraan emosi, kehidupan sosial, kerjaya serta percutian. Kekurangan khasiat yang berterusan akan mengakibatkan arthritis, masalah kulit dan rambut, alergi, barah, osteoporosis, diabetes, masalah jantung, penuaan dan penyakit-penyakit lain.

Cabaran hidup kurang aktif, stress berlarutan, masa makan yang tidak teratur dan melebihkan makanan yang diproses, meningkatkan lagi keperluan untuk mineral penting, Vitamin dan mikro nutrisi yang lain.

Tiada siapa yang dapat lari dari masalah ini, termasuk mereka yang prihatin dengan kesihatan diri dan pemilihan makanan. Makanan yang dihidangkan tidak lagi segar dan semakin kekurangan khasiat setelah melalui kaedah-kaedah pertanian, pemprosesan dan pengilangan yang intensif.

Masalah ini diburukkan lagi dengan waktu  yang lama diperlukan untuk penghantaran dan penyimpanan. Pendedahan kepada cahaya, pengoksidaan dan haba semasa memasak juga mengurangkan khasiat sumber makanan kita.

Sejak beberapa tahun yang lalu, pakar pemakanan mendapati penurunan nilai khasiat yang mendadak dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang diambil menangani ketidakseimbangan nutrisi keperluan setiap orang adalah berbeza beerdasarkan faktor umur, gaya hidup, keturunan dan tabiat makanan. Aspek utama nutrisi adalah mencegah penyakit dan menjamin kehidupan yang lebih berkualiti untuk jangka masa panjang.

Suplement Vitamin dan mineral mungkin menjadi satu keperluan pada abad ini untuk mengatasi cabaran ketidakseimbangan nutrisi. Vitamin membantu sistem enzim dan mekanisme hormon, yang penting bagi sel tubuh kerana ia mempengaruhi perkembangan dan fungsi pelbagai sel.

Mineral pula ialah struktur bahan mikro molekul yang diperlukan untuk pengaliran oksigen dan cecair tubuh.

Walaupun begitu, suplemen yang tidak diserap ke dalam sistem tubuh mungkin tidak akan mendatangkan manfaat yang diperlukan. penyelesaiannya ialah untuk menguruskan masalah penyerapan pada sistem pencernaan terutamanya dalam usus.

Flora usus yang sihat dan probiotik akan memulihkan kesihatan pencernaan dan merangsang penyerapan khasiat. Ini akan membolehkan tubuh sembuh secara semulajadi tanpa ubat-ubatan.


Panduan semasa memilih suplemen:

Keperluan pemakanan seseorang adalah berbeza. Oleh itu, suplemen yang baik untuk seseorang mungkin tidak memberi kesan yang serupa kepada anda.

Harga tidak sepatutnya menjadi ukuran kepada kualiti- suplemen yang mahal tidak semestinya yang terbaik.

Suplemen bukan pengganti kepada beribu-ribu khasiat dan mikro nutrien yang terdapat dalam makanan. Ini bermakna kita tidak sepatutnya mengambil vitamin sahaja.
Rujuk kepada doktor sebelum memukakan suplemen pemakanan, terutamanya jika anda sedang mengambil ubat-ubatan, sedang hamil mahupun menyusukan bayi.

Jangan gunakan vitamin dan mineral sebagai pengganti kepada ubat atau menghentikan pengambilan ubat tanpa pengesahan doktor.

Vitamin larut lemak harus diambil secara berhati-hati kerana pengambilan berlebihan akan disimpan dalam bahagian tubuh yang berlemak dan ini membawa kemudaratan. Vitamin yang larut-air yang berlebihan biasanya akan dikumuhkan.

Multi-vitamin dianggap pilihan suplemen pemakanan yang paling selamat kerana ia mengandungi campuran vitamin dan mineral yang seimbang dan tiada risiko terlebih dos untuk vitamin atau mineral tertentu.

Periksa tarikh luput produk suplemen pemakanan sebelum membelinya.

Asas pengambilan suplemen mestilah diambil dengan cara yang betul supaya ia tidak dikumuhkan tanpa diserap oleh sistem tubuh anda.



PANDUAN UNTUK MEMAKSIMAKAN MANFAAT SUPLEMEN:

Ambil suplemen anda dengan air pada suhu bilik, bukan dengan air panas atau air sejuk.

Baca arahan dengan betul samada ia patut diambil sebelum atau selepas makan.

dapatkan nasihat berkenaan suplemen terutamanya jika anda seorang vegetarian, kerana anda mungkin kekurangan vitamin dan mineral yang penting.

ELAKKAN:

Minum kopi atau teh 15minit sebelum mengambil suplemen kerana ia mengganggu penyerapan khasiat.

Bergantung semata-mata ke atas suplemen untuk nutrisi. anda masih memerlukan nutrisi mikro yang terdapat dalam makanan.

Mengambil dos yang berlebihan kerana ia tidak akan menjadikan anda sihat dengan cepat.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates