Wednesday, November 7, 2012

testimoni Set BreastFeeding Shaklee

hari ini saya nak kongsikan pengalaman seorang pelanggan setia dari Terengganu yang mula-mula sekadar mencuba set family wellness, ostematrix dan alfalfa dan akhirnya sangat teruja dengan penghasilan susu untuk bayinya, juga perubahan positif ke atas dirinya. Nama beliau saya rahsiakan atas permintaanya.

Seawal lebih kurang 9.00 a.m, saya menerima gambar nie melalui whatApp dari beliau.

katanya:
~nak tunjuk stok saya...walaupun tak penuh freezer lagi....tapi tetap rasa bangga boleh buat stok..hehe
~makan vitamin sekarang nie dah tak mengantuk duk opis..dulu kena pekena nescafe.
~pagi dapat 8 oz sekali pump. Suka sangat!
~lepas makan lecithin, pump raasa habis/ takde clog dah

Alhamdulillah, berbunga-bunga hatinya bagitau saya, eheh! rahsianya??? mari kita selongkar =) petuanya?

  • tidak lagi minum ais
  • pum dengan kerap
  • masa pum, mesti relax, ingat baby+lupa kerja pejabat
  • tidak mengambil kafein
  • pengambilan set 3M secara teratur+disarankan pengedar (tips ekslusif la tu) :P
ini merupakan anak ketiga+ beliau bertekad meneruskan penyusuan sehingga 2tahun yang belum pernah dilakukan untuk kedua anak sebelum ini. jika begini komitmenya..TIADA YANG MUSTAHIL!

SET 3M MEMBERIKAN PERLBAGAI KEBAIKAN LAGI SEPERTI:
  • memperbaiki masalah keputihan wanita
  • memperbaiki hubungan intim suami isteri
  • mempercepatkan bayi merasa kenyang
  • menghilangkan lenguh-lenguh sendi, sakit gigi dan tulang
  • menganjalkan kulit
  • mengelakkan ibu berasa lapar terlalu kerap
  • bal..bla..(byk lagi)
banyak beno faedahnya..betul ke?? nak tau betul ke tak, kalau tak percaya, sukar percaya, terlalu mustahil untuk percaya, boleh cuba dulu. faedahnya lebih jauh dan mahal dari harga yang dibayar.

saaranan saya, sekiranya anda diluar sana mengambil milk booster, jangan tinggalkan nutrien asas. susu yang banyak tanpa tubuh yang sihat dan cergas akhirnya akan berakhir dengan stress. stress akan menjadi punca susu merudum.

perkongsian dari http://www.surijunior.com

Sunday, November 4, 2012

Kelebihan Susu Ibu

Di dalam al Quran ada menyebut tentang penyusuan bayi selama 2 tahun oleh ibunya. Antaranya ayat:
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan..." al-Baqarah: 233

" Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu-bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepadaKu jualah kamu kembali" Luqman:14

sudah tentunya pernyataan daripada kalam-kalam Allah ini mengandungi hikmah yang tersembunyi. Ternyata susu ibu memang banyak kelebihannya. Para ibu sememangnya tidak boleh tidak daripada menyusukan bayi mereka selepas kelahiran.



KELEBIHAN SUSU IBU
susu ibu adalah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi untuk bayi manusia, Saintis terus menemui kelebihan-kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi. Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi.

Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi: susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protien yang tinggi. Susu ibu bayi lapan bulan pula mempunyai kalori yang tinggi berbanding bayi berusia sebulan. Susu ibu berubah berdasarkan cuaca. Dalam cuaca panas, Susu ibu mengandungi lebih banyak cecair, dalam cuaca sejuk, ia mengandungi lebih banyak lemak. Susu ibu juga berubah dari segi rasa bergantung jenis pemakanan ibu. Ini memberi peluang kepada bayi untuk mencuba pelbagai jenis rasa di sepanjang tempoh penyusuannya.

KELEBIHAN SUSU IBU KEPADA BAYI:
  • Susu awal ibu pekat yang bewarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya kepadabayi.
  • mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi.
  • Mengandungi protien, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam.
  • perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam kotreks. (kajian menunjukkan bayi yang mengyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. -American journal Of Clinical 1991)
  • Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan.
  • mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti apabila mereka dewasa.
  • mengurangkan risiko sindrom kematian bayi.
  • mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuanyang lain.
FAEDAH PENYUSUAN TERHADAP IBU
  • Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari.
  • mengelakkan pendarahan selepas bersalin.
  • menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semulajadi.
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim.
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  • penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates